Monday, 5 November 2018

Bentuk Dosej Ubat

Hi, Assalamualaikum!

Entry kali ni nak bercerita pasal Bentuk Dosej Ubat. English nya Drug Dosage Form (DF).

actually post ni sangat best utk orang yang suka info-info, kalau bercerita, buat mind map sikit, lukis-lukis sikit, buat salasilah bagai lagi best, tapi sebab dah macam mengantuk sikit, jadi type je lah ehh.

Dosej okey, bkn sosej! aik, peliknya nama, haa rilek-rilek, sini mari akka cerita kasi itu benda aa..

Bentuk Dosej ni maksudnya rupa ubat tu didatangkan.

contohnya kita ada :

>ubat biji seperti Kapsul, Tablet, Caplet (kapsul + tablet), Lozenges (ubat kulum sakit tekak, saiz lebih besar).

>ubat cecair seperti Sirap, suspension (ampaian, ada serbuk dan perlu dibancuh, biasanya antbiotik), elixir, emulsion (mcm sirap cuma lagi pekat mcm Scott's Emulsion)

>ubat sapu seperti krim, gel, cecair, losen, salap (ointment), liniment (mcm salap cuma lebih berminya dan cair sikit, biasanya ubat urut)

>serbuk seperti ubat cirit (Smecta/Hidrasec/Smecta), sesetengah antibiotik, ubat asthma utk bayi (spt Singulair (Montelukast))

>patch (pelekat) seperti Salonpas, Kenhancher Patch

>ubat titis : mata dan telinga termasuklah jenis antibitik, ubat titis tahan sakit utk bayi (Cataflam)

>spray seperti utk tekak, mulut, bius setempat (orang terseliuh), ubat asthma

Laluan Ubat

bentuk ubat ni mempengaruhi laluan ubat, apa maksudnya?

maksudnya, untuk laluan ubat tertentu, ubat dgn bentuk dosej tertentu shj boleh masuk.

macam ni, secara umumnya, laluan ubat dibahagikan kpd 3 iaitu :
1) enteral
2) parenteral
3) topical

Enteral
-mana2 ubat yang masuk dlm saluran pemakanan
-contoh : utk ubat2 makan lah, semua jenis ubat biji, serbuk, cecair, spray mulut, gel utk mouth ulcer, ubat cecair melalui tiub pemakanan di hidung bagi pesakit koma tu etc

Parenteral
-mana2 ubat suntikan dan ubat sedut
-umumnya, suntikan ada beberapa lokasi kerana sasaran ubat yang berbeza utk fungsi berbeza lah yang menjadikan laluannya berbeza (hahaha faham tak).
-lokasi suntikan :

  • intradermal : bawah kulit 
  • intramuscular : otot : contohnya ubat tahan sakit,
  • intraveneous : saluran darah vena : kebanyakan ubat
  • subcutaneous : lapisan lemak spt ubat insulin
  • intraarterial : saluran darah arteri
  • intrathecal/intraspinal : tulang belakang, epidural contohnya 

-ubat sedut tu banyaknya untuk asthma dan sebarang masalah pernafasan lah  itu termasuk pelega dan pencegah.

Topical
-ubat sapu, ubat yang dimasukkan ke saluran najis (anus), saluran peranakan (vagina),
-contohnya spt krim, salap, gel, losen

Sasaran Ubat

ini maksudnya, kesan macam mana yang kita nak bagi ubat tu capai. ia terbahagi kepada 2 sahaja iaitu local/setempat atau sistemik/menyeluruh.

contoh paling mudah, ubat krim adalah untuk kesan setempat dan ubat drip tahan sakit kesannya menyeluruh. selalunya ubat suntikan ni kesannya menyeluruh sebab bila masuk ke dalam saluran darah, darah akan mengalir ke seluruh badan membawa ubat, maka kesan ubat tu akan tersebar ke seluruh badan.

tapi ada juga ubat suntikan yang kesannya setempat shj seperti ubat tahan sakit untuk kes prosedur pergigian, prosedur berkhatan, kes pembedahan minor yang memerlukan bius setempat shj dsb.

ada kriteria2 yang perlu doktor pertimbangkan untuk beri ubat dengan kesan local dan sistemik ni, terutamanya untuk pesakit kanak-kanak dan tua, pesakit kronik, ketahanan pesakit kalau dibius setempat untuk kes pembedahan minor, keadaan pesakit dll.

So, believe in Allah and the doctors because they'll always make best decision for patient well being.

kebaikan dan kekurangan bentuk dosej akan disiarkan dalam entry yang lain ya, stay tuned.

so faham kan? simple je ni,





Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...