Showing posts with label Post Attachment. Show all posts
Showing posts with label Post Attachment. Show all posts

Friday, 30 March 2018

Pelangi Setelah Hujan Petir (part 1)

Malamnya tidur pukul 4 pagi, bangunnya pukul 8 setengah, ready ke kelas. ok lah tidur cukup kan. sem-sem sebelum ni masa dekat hostel aku mamang jenis tak suka buat kerja last minit tapi sem last ni ujiannya nak lawan diri sendiri saja. maka jadilah slide buat malam sebelum presentation. AWAS JANGAN CONTOHI!

Ingat boleh presentation akan okey je. sekali compare slide dengan classmates, okay slide aku tak ikut format. dia punya kelam-kabut repair slide time orang tengah present tu Allah je yang tau. groupmate siap request kat lecturer nak present last sekali. Alhamdulillah lecturer ni jenis boleh bawa bincang.

Guess what, SPSS result group aku dapat 30%. maksudnya kajian kami tu tak dapat sambutan. lowest rate should achieve minimum nya 60%. so kena buat semula nanti. 



Aku tak salah siapa esp groupmates dalam kes ni. aku salahkan diri sendiri sebab aku tau aku yang tak struggle masa prepare questionnaires tu. dengan harapan bila groupmates tu semua discuss without aku sekali tu okay je tapi aku patut lebih teliti bab outcomes discussion tu.

okey habis kelas Research Project.

Seperti yang dirancang semalam tu, kami pun gather dekat dataran kolej untuk bergambar sbg kenangan sblum habis belajar ni.panas-panas pun okay, kenangan punya pasal. mentari 11am kot. this is what we called #struggleisreal





okay then next bergerak ke kelas Pharmaceutics 4 - heavy subject. lecturer dan apa yang diajarnya best je, cuma kadang2 time test tu beliau suka tanya soalan yang tak dihighlightkan masa lecturing haha. 

kelas time ni enjoy habis. walaupun awal-awal tu macam mengantuk sikit sampai ada yang terjatuhkan nota lah, terabur gelang lah, macam-macam haha. enjoy sebab banyak sangat facts yang kami dapat masa tu. contohnya time cerita macam mana nak gemukkan kucing (kena kasi dia. means cut off dia punya zakar so that energy dia tak disalurkan ke situ), lepas tu kenapa PA zaman firaun apa semua tu badan besar (pun sama, macam kasi juga) dll. 
sepanjang sem ni, kelas Pharmaceutics 4 ni asyik dengar word sterilization setiap kelas. sebab fokus terhadap macam mana nak basmi kuman, tempatnya macam mana, caranya, alatannya, tahapnya, keperluannya dll. banyak lah.

sekali lecturer tanya, 'apa maksud eh you ni sterilize tak?'

the class be like kriuk kriuk kriuk, bunyi aircond kedengaran~

sambungnya lagi, 'manusia sterilize means dia mandul.'

class : apa? man apa?

lecturer : 'mandul. sebab dia tak dijangkiti'

okay time ni kelas bising sebab gelak tu macam-macam rupa.

teringat masa kelas dengan Dr Yunus dulu, Pharmaceutics 2 & 3. Dr suka sebut ayat ni,

'apa maksud kena buatan orang?'

satu kelas tengah brain nak jawab apa.

'kena buatan orang tu maksudnya mengandung, kan kena buatan orang lain'

time ni kelas dah tak terkawal ketawanya.

ok tu koleksi jokes je lah time belajar, selingan gitu.

facts face to face QnA dengan lecturer:
-ubat yang tak bagi 'lekat' selepas bersama eg: OC 
-ubat yang melibatkan sistem peranakan wanita mostly berkaitan hormones, memang designnya untuk buat kerja yang sama dengan natural hormones dalam body. dan artificial hormones tu mostly  steroid.
-xray tak boleh dijalankan ada wanita yang mengandung sebab sinarannya boleh mengganggu pertumbuhan bayi esp pada first trimester. kalau xray tu di lokasi jauh dari abdomen spt tangan , kaki dsb boleh dipertimbangkan.
-peralatan yang sterile spt syringe, needle dsb tu disterile (dibasmi kumannya) dengan kaedah exposure to ionizing radiation. sinaran menggunakan radiasi yang menembusi plastik pembungkus yang telah siap dipek.


habis kelas. pergilah ke #memorableclinic tempat attach tahun lepas. jom ke part 2



Pelangi Setelah Hujan Petir (part 2)

sambungan cerita Pelangi Setelah Hujan Petir (part 1)..

habis kelas, ibu ambil untuk teman pergi solat dan kerjanya sikit. lepas tu aku request nak pergi klinik gial kejap untuk ambil barang.

awal-awal tu nervous jugak sebab lama tak pergi kan. dok terngiang-ngian ayat PPK sorang tu masa jamuan perpisahan ketua PF januari 2018 tu. dia kata 'aku tak pernah tengok budak praktikal dok mai balik klinik lepas habis'. aku pun sengeh je lah sambil cakap aku ni special kononnya. saja nak tenangkan hati. takdak apa pun. biasalah rare sikit kan.

aku pun tekan lah loceng, aikk tak bunyi. lupa pulak, last aku datang dulu memang loceng dah nak habis bateri. so aku pun ketuk pintu. tunggu punya tunggu... aku tunggu belakang pintu. tengok-tengok Kak Reva yang buka pintu. dia terkejut sebab awal tu tak nampak aku kan. lepas tu dua-dua orang macam apa je sampai sakit perut haha

tengok lah view farmasi tu, sama je macam selalu, semua ada kecuali PF baru tu dengan Cikman je takda. (En Azman-yang ni Pembantu Am yang sangattt baik, the one who prevent me from taking mental medication during attachment haha, bukan dia halang tapi kebaikan dia je). dan patients pulak tak ramai, so diorang tak lah busy sangat kan.

one word : rindu.

sembang-sembang lah sambil tengok diorang buat kerja. lepas tu pergi lah tegur PF lagi sorang tu. sembang-sembang, dia pun sebut aku lama tak datang, bukan apa, aku segan je sebab macam kalau takdak hal nak pergi buat apa kan (selain ziarah). aku pun cakap lah nanti aku datang balik bulan 4 sebab ada TCA.

dah free sikit, Kak Reva pun ambilkan ubat expired yang aku nak pinjam tu untuk pameran nanti. Kak Yani pun tanya, 'nak buat apa dik dengan ubat tu?'. Kak Reva pun slumber je cakap, nanti ambilkan cucuk sendiri haha.

Kak Yani cakap lagi, 'awat tak habaq awal nak mai, kalau tak boleh bawak cekelat bagi' hahaha
pastu diorang dok cerita pasal PF YM (ketua pegawai farmasi) baru tu lawak sangat. ayat2 dia kan selalu ada-ada je. staff situ semua takut nak cakap dengan dia, padahal dia okey je sebenarnya.

teringat masa aku datang klinik sebelum ni, aku tekan lah loceng dekat bilik PF tu. dia pun buka. muka serius tak tahan tapi dia cakap cemni, 'buat macam klinik sendiri eh'. aku pun dengan blur tu pun dok compute apa benda dia cakap dengan muka senyum kelat, melawak rupanya hahaha

time nak balik tu, diorang tanya lagi bila TCA aku, salam dengan semua. masa nak salam dengan Kak Yani tu, dia pun gigih lah tinggal kaunter kejap (takda patient time tu), pegi cuci tangan dengan hand sanitizer cukup, lepas tu masa salam tu dia cium aku. terharu sangat sebab dia je yang cium aku cemtu selain ibu. Kak Reva pulak cakap, 'bye darling', aku pun gelak je dengan senyum tak lekang dari bibir dari awal datang. Kak Yani menambah, 'bukan senang tau dia nak sebut darling tu' haha

okey giler tak rindu kalau macam ni punya layanan, hilang kesedihan torturing masa attach dulu tu heee, moga Allah berkati kebaikan mereka.

throwback last day time attach












Friday, 23 February 2018

Family Gathering Pasca Practical

Family Gathering KK Kg Gial | 13 Jan 2018 | Hutan Lipur Bukit Ayer | Post Attachment

Sejujurnya rasa tak layak pun nak join ni, dgn mencari alasan mengelatnya, dgn acah2 malunya. tapi izin Allah tu membawa daku ke hutan itu haha slps tewas dgn kata bunda, "pegi lah akak, rai org ajak, bos dah bayar lagi tu", dgn itu daku turuti..

Berkat tajdid (renew) niat may be, semuanya berjalan lancar. cuasa pun okey sj pada kbykn masa, cuma renyai sikit time nak zohor tu, semuanya happy je, semuanya sedap belaka. Bukankah semua kemudahan tu dari Dia dan milik Dia ?

Thanks those who cheer up my weekend !!

Selaku yg masih belum berkeluarga lagi haha, sememangnya antara pemandangan terindah adlh bila tgok beauty moms yg cekap bekerja, dlm masa yg sama anak2 comel dijaga sempurna. dari disuap makan, main, mandi-manda sampailah didodoikan. passion being mom tak gitu.. si ayah pun tak terkecuali, hero keluarga kan. kita pegang je lah ehh anak org ambik berkat org kata hiks
opss apa melalut ni ? haha
Nak tempek kenangan je actually.

Family - a bundle of joy, where the life begins with an endless love

#familygathering2018
#hutanlipurbukitayer
#perlis #kkkggial
#postattachment

with Dr Hana & Iman Safiyya

Aufa Dhiya, my little kind of joy

got the attempt of smile :-)
magic show on the road

Mr Carrot is searching for mini mumias winner 
ni Kak Yani, someone special during practical.




Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...