Malamnya tidur pukul 4 pagi, bangunnya pukul 8 setengah, ready ke kelas. ok lah tidur cukup kan. sem-sem sebelum ni masa dekat hostel aku mamang jenis tak suka buat kerja last minit tapi sem last ni ujiannya nak lawan diri sendiri saja. maka jadilah slide buat malam sebelum presentation. AWAS JANGAN CONTOHI!
Ingat boleh presentation akan okey je. sekali compare slide dengan classmates, okay slide aku tak ikut format. dia punya kelam-kabut repair slide time orang tengah present tu Allah je yang tau. groupmate siap request kat lecturer nak present last sekali. Alhamdulillah lecturer ni jenis boleh bawa bincang.
Guess what, SPSS result group aku dapat 30%. maksudnya kajian kami tu tak dapat sambutan. lowest rate should achieve minimum nya 60%. so kena buat semula nanti.
Aku tak salah siapa esp groupmates dalam kes ni. aku salahkan diri sendiri sebab aku tau aku yang tak struggle masa prepare questionnaires tu. dengan harapan bila groupmates tu semua discuss without aku sekali tu okay je tapi aku patut lebih teliti bab outcomes discussion tu.
okey habis kelas Research Project.
Seperti yang dirancang semalam tu, kami pun gather dekat dataran kolej untuk bergambar sbg kenangan sblum habis belajar ni.panas-panas pun okay, kenangan punya pasal. mentari 11am kot. this is what we called #struggleisreal
okay then next bergerak ke kelas Pharmaceutics 4 - heavy subject. lecturer dan apa yang diajarnya best je, cuma kadang2 time test tu beliau suka tanya soalan yang tak dihighlightkan masa lecturing haha.
kelas time ni enjoy habis. walaupun awal-awal tu macam mengantuk sikit sampai ada yang terjatuhkan nota lah, terabur gelang lah, macam-macam haha. enjoy sebab banyak sangat facts yang kami dapat masa tu. contohnya time cerita macam mana nak gemukkan kucing (kena kasi dia. means cut off dia punya zakar so that energy dia tak disalurkan ke situ), lepas tu kenapa PA zaman firaun apa semua tu badan besar (pun sama, macam kasi juga) dll.
sepanjang sem ni, kelas Pharmaceutics 4 ni asyik dengar word sterilization setiap kelas. sebab fokus terhadap macam mana nak basmi kuman, tempatnya macam mana, caranya, alatannya, tahapnya, keperluannya dll. banyak lah.
sekali lecturer tanya, 'apa maksud eh you ni sterilize tak?'
the class be like kriuk kriuk kriuk, bunyi aircond kedengaran~
sambungnya lagi, 'manusia sterilize means dia mandul.'
class : apa? man apa?
lecturer : 'mandul. sebab dia tak dijangkiti'
okay time ni kelas bising sebab gelak tu macam-macam rupa.
teringat masa kelas dengan Dr Yunus dulu, Pharmaceutics 2 & 3. Dr suka sebut ayat ni,
'apa maksud kena buatan orang?'
satu kelas tengah brain nak jawab apa.
'kena buatan orang tu maksudnya mengandung, kan kena buatan orang lain'
time ni kelas dah tak terkawal ketawanya.
ok tu koleksi jokes je lah time belajar, selingan gitu.
facts face to face QnA dengan lecturer:
-ubat yang tak bagi 'lekat' selepas bersama eg: OC
-ubat yang melibatkan sistem peranakan wanita mostly berkaitan hormones, memang designnya untuk buat kerja yang sama dengan natural hormones dalam body. dan artificial hormones tu mostly steroid.
-xray tak boleh dijalankan ada wanita yang mengandung sebab sinarannya boleh mengganggu pertumbuhan bayi esp pada first trimester. kalau xray tu di lokasi jauh dari abdomen spt tangan , kaki dsb boleh dipertimbangkan.
-peralatan yang sterile spt syringe, needle dsb tu disterile (dibasmi kumannya) dengan kaedah exposure to ionizing radiation. sinaran menggunakan radiasi yang menembusi plastik pembungkus yang telah siap dipek.
habis kelas. pergilah ke #memorableclinic tempat attach tahun lepas. jom ke part 2
No comments:
Post a Comment