Friday, 12 October 2018

Smecta vs Hidrasec

Since both of these are sachet medication, and we simply said both of them help to stop diarrhea, as usual I always be a wonderer because there must be something that make them a little bit different from the other one. so I asked the pharmacist, ni haa jawapan dia (tqsm Puan!),

jeng jeng jeng....

Image result for hidrasec Image result for smecta

okay bagi yang tak tahu, kalau ada masalah cirit, muntah dsb, bila pergi klinik swasta atau kerajaan, akan dibekalkan ubat2 berkenaan, ikut tempat. sini aku nak explain beza keduanya sebab dua2 ada di farmasi KPJ Perlis dan takkan lah fungsi 100% sama kan, ada lah beza sikit.

kalau pergi klinik-klinik swasta yang lain, boleh je dapat, ikut tempat, kalau x dpt ni, akan dapat lagi sorang geng dia nama Oral Rehydration Salt yang selalu orang panggil ORS tu, sachet jugak dia tu.

 BEZA

Smecta ni fungsinya lebih kepada menghentikan ciri-birit (diarrhea) tu sendiri, sedangkan 
Hidrasec akan diberikan untuk menggantikan kehilangan garam dalam badan akibat cirit atau muntah, bagi tenaga dan garam-garam yang diperlukan oleh badan kita.
ORS pulak fungsinya sama spt Hidrasec, untuk menggantikan garam dalam badan yang hilang itu

ya, memang lah garam ni berbahaya apabila berlebihan, apa-apa pun kena lah bersederhana sebab badan kita juga perlukan pelbagai jenis garam untuk kekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan, ada yang makronutrient (jenis besar) dan ada yang mikronutrient (kecil shj).  

garam tu sendiri banyak jenis dan contohnya, kalau kita biasa dengar nama Potassium (K), Sodium (Na), Magnesium (Mg), Chloride (Cl), haa garam lah semua tu. dalam makanan seharian kita ada je semua ni. Potassium ni banyak dalam pisang contoh paling mudah. amalkan pemkanan sihat untuk kekalkan keseimbangan nutrient badan ok.

secara normalnya, Allah jadikan keperluan semuanya seimbang untuk badan kita, sikit bahaya, terlebih pun bahaya. kalau sikit, kita jadi tak bertenaga, lembik longlai lah, kalau tinggi pulak, bahaya sebab boleh bawa kpd penyakit kronik spt darah tinggi.

BENTUK DOSEJ

bentuk dosej ni maksudnya jenis ubat tu lah dari segi rupa. contoh yang ada boleh tengok di sini. perbezaan bentuk dia mesti akan bawa pada cara kerja yang berbeza. 

Hidrasec didatangkan dalam bentuk tablet (kapsul) dan paket 10mg (kanak-kanak) dan 30mg (dewasa).

Image result for hidrasec tab

haa nampak tu, capsule pun ada, paket pun ada. yang kapsul tu telan je lah. yang si paket tu kena bancuh dalam segelas air dan minum. ikut arahan doktor sebab doktor bagi ikut keperluan, biasanya tiga kali sehari.

ORS dan Smecta so far memang sachet je selalunya jumpa.

bagusnya sachet ni, kesan dia lebih cepat berbanding kapsul atau tablet, sebab dia kan cecair, jadi dia menyerap dengan lebih cepat untuk membantu proses keberkesanan ubat itu, 


Image result for ors malaysiaRelated image


ni nak payung lah sikit, semua gambar ihsan incik gugel jek padahal. so dua gambar dekat atas ni adalah ORS, ada brand lain namanya UphaLyte, sama je fungsi, brand je beza. biasanya ada perisa oren. so tak lah teruk sangat nak menelah kan sekurang-kurangnya.

okay tu saja rasanya utk entry kali ni, sebarang persoalan dialu-alukan (perasan~), daaa..



1 comment:

Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...