Showing posts with label Diari Attachment. Show all posts
Showing posts with label Diari Attachment. Show all posts

Thursday, 7 December 2017

Himpunan Anekdot


Kisah pendek ini aku kongsikan semasa menjalani Latihan Pembantu Pegawai Farmasi (PPF) di Unit Farmasi sebuah klinik kesihatan di utara semenanjung.
Satu hari, aku menerima sekeping slip ubat kronik dari seorang kanak-kanak lelaki berumur dalam lingkungan 10-11 tahun di kaunter farmasi. Apabila ditanya tentang pemilik slip, adik itu pun menjawab bahawa slip yang dibawanya itu milik emaknya.

Aku bertanya di mana emaknya berada sekarang kerana pihak farmasi memerlukan buku hijau (Buku Rekod Pesakit atau Home Based Card) emaknya. Adik itu lantas  meminta izin untuk pergi meminta buku tersebut dari ibunya sebentar. Aku meminta adik tersebut duduk sebentar sementara ubat emaknya disediakan.
Siap. Nombor pesakit dipanggil. Aku berada di kaunter sebelah yang kebetulan kosong pada masa itu.

PPF R : Mak mana adik?
Adik X : Mak dalam kereta. Mak tak boleh jalan, stroke.

Aku lihat slip ubat emaknya. Emaknya berusia dalam lingkungan 40an sudah mengalami stroke. Jujur aku bersimpati.

PPF R : Adik tahu tak mak guna pen warna apa? (dengan harapan adik itu tahu)
Adik X : Warna hijau.
PPF R : Mak ada berapa pen dik?
Adik X : Pen ada satu. Warna hijau. Ubat ada dua, satu hijau satu lagi kuning.
PPF R : Tahu tak mak cucuk berapa unit biasanya?
Adik X : Siang cucuk 18, malam 22
PPF R : Siapa yang cucukkan ni, adik ke?
Adik X : Ya saya

Staf-staf yang hanya mendengar sahaja perbualan dari tadi serentak menoleh melihat adik di kaunter itu. MasyaAllah hebatnya adik ni, semua soalan dijawabnya dengan penuh yakin, tiada satu pun yang salah, berani pula tu cucukkan untuk emaknya. Kecil-kecil sudah pandai uruskan ubat emak sendiri, siap tahu teknik yang betul lagi!

Kagum. Di kala kanak-kanak lain sebayanya keluar bermain bola, minta sahaja hendak dibelikan apa sahaja, dan sebut sahaja mahu makan apa pada ibu masing-masing, tapi adik ini menghabiskan masa menguruskan ibunya yang tidak mampu bergerak bebas seperti biasa lagi.

Semasa mendispen ubat si ibu kepada adik tadi, dia hanya mengangguk tanda mengerti perihal semua ubat-ubatan itu tentang makannya berapa biji, masa mana, siap boleh bezakan lagi tarikh berjumpa doktor dengan tarikh untuk ambil ubat.

Hebat benar budak ni! Sedangkan ada sahaja pesakit yang sudah berulang kali datang mengambil ubat pun masih tidak boleh bezakan antara tarikh mengambil ubat dengan tarikh berjumpa doktor.

Sebelum adik itu beredar, PPF yang lain pula memanggil adik itu,

PPF Y : Adik, belajar rajin-rajin. Besar nanti jadi doktor tau. cucuk pandai dah tu!

Adik hebat itu hanya senyum dan berlalu pergi.

Untungnya si ibu memiliki anak hebat dan bertanggungjawab sepertinya.


2. Santun
Aku adalah seorang pesakit muda yang masih dalam pemerhatian pakar untuk didiagnos masalah tekanan darah tinggi. Aku diminta untuk menjalani ujian electrocardiogram (ECG). Aku tahu tentang prosedur tersebut, tentang tujuan dan bagaimana ia dilakukan. Aku juga dalam bidang sub-perubatan.
Nasib menyebelahi aku. Alhamdulillah aku dapat pembantu pegawai perubatan (MA) perempuan untuk dilakukan ujian pada hari tersebut. Berkat tidak putus berdoa sehingga hari yang dijanjikan barangkali.
Ditutupnya rapat langsir dari semua sudut, dipinta dengan penuh santun bahasanya akan setiap arahan, diminta maaf pula apabila diperlukan untuk membuka aurat badanku. Penuh cermat kerjanya.
Dikongsikan pula serba-sedikit ilmu mengenai masalah aku itu. Dia juga menenangkan aku dengan menyatakan ECG ini cuma ujian sahaja, juga memberi aku harapan supaya aku benar-benar tidak menghidap penyakit kronik itu.
Sangat baik, sangat membantu, sangat ramah.
Aku masih mencari adegan-adegan buruk staf perubatan yang teruk dipropakan media. Tidak pernah ditemui, semenjak kecil aku tidak pernah mendapat layanan buruk, baik semasa ditahan di hospital, atau sebagai pesakit luar sahaja.
Mereka ingin membantu kita, mudahkan kerja mereka.

3. Malu
Usai menukar pakaian kepada gaun pembedahan, aku diminta kembali ke wad untuk bersedia dipanggil menjalani pembedahan appendicitis. Prosedur memerlukan aku untuk menukar tudung kepada topi pembedahan.
Jururawat seraya berkata, “takpa kita tukar kat tempat lain ya. Adik ni malu kot tukar kat sini” dengan senyuman manisnya. Barangkali jelas kelihatan cuak di raut mukaku. Seperti dijanjikan, dia menukar tudung kepada topi pembedahan untukku di ruang yang kurang orang ramai.
Walaupun peristiwa ini sudah 6 tahun berlalu, namun aku masih ingat kebaikannya. Semoga dia terus dirahmati urusan hidupnya.

4. Pakcik yang meracau
Sedang aku leka melayari akaun Facebook semasa menjaga anak sepupuku yang terlantar akibat kemalangan jalan raya, tiba-tiba satu suara garau yang kuat kedengaran memecah kesunyian petang.
“Pahhhh, Pahhhh, Pahhhh”
Suaranya semakin lama semakin kuat. Semua yang berada di situ menoleh ke arahnya. Dua orang jururawat dari kaunter bergegas berjalan menuju ke katil pakcik yang kelihatan awal 60-an itu.
“Pakcik, pakcik tak boleh bising macam ni pakcik. Bising ni, pakcik kacau orang lain”
Pesakit itu diam sebentar.
Tak lama kemudian dia bersuara lagi. Kali ini pula dia menyebut “Allahu Akbar” berulang kali. Pakcik itu sekali lagi didatangi jururawat dan doktor pula. Masih lagi menyuruhnya menenang dan bertanya sekiranya dia berasa sakit.
Suasana kembali sunyi.
Aku palingkan wajahku ke skrin telefon bimbit kembali. Seorang makcik yang menjaga pesakit di katil sebelah datang memberitahuku mengenai pesakit yang meracau sebentar tadi.
Katanya pakcik tersebut terlibat dalam kemalangan semasa hendak ke tempat kerja. Dia mengalami kecederaan pada kebanyakan bahagian tubuhnya. Tiada pula siapa yang menjaganya. Kalau ada pun, hanya isteri dan anaknya yang datang sekali-sekala, itu pun sekejap sahaja. Isterinya bersikap bengis terhadapnya, sering memarahinya yang terlantar itu.
Aku sekadar mengangguk dan bersimpati dengan pesakit tersebut.
Apalah agaknya salah pakcik tersebut hingga dilayan sebegitu rupa. Aku kembali merenung diri. Adakah aku juga akan dilayan sebegitu rupa kelak oleh anak dan suamiku nanti? Lantas aku istighfar dan berazam menjadi dan memberi yang terbaik untuk semua.
Skrin telefon kembali aku tatap. Tiada lagi yang menarik.

5. Uncle Lau Chua
Kalau terdengar nama ini, pasti aku akan terenyum sendirian.
Seorang pesakit yang berusia lewat 50-an aku kira, berbangsa Cina. Dia sangat peramah. Dia akan tegur semua orang yang berada di sekitarnya. Baik kanak-kanak, jururawat, staf-staf lain, hingga aku yang pelajar praktikal pun dia akan tegur. Suaranya pula kuat apabila bersuara. Jika dia mula masuk klinik, sah kami tahu dia datang klinik hari itu.
Uncle Chua jenis yang banyak cakap juga. Satu hari, dia datang untuk mengambil ubat ulangannya. Tapi kali ini dia membawa sejumlah ubat yang tidak habis digunakan milik isterinya untuk dipulangkan. Kali ini nadanya agak sugul.
Dia mengadu soal isterinya yang terikut-ikut dengan hasutan jiran yang menghalangnya memakan ubat hospital. Kata mereka bahaya dan boleh merosakkan buah pinggang.
Tapi Uncle Chua tidak beranggapan begitu. Dia sangat patuh dengan pemakanan ubat darah tinggi dan kencing manis untuk mengawal penyakitnya itu. Namun isteri kesayangannya itu gagal dia nasihatkan. Aku turut kecewa dengan sikap saling menghasut, namun aku lebih sedih melihat Uncle Chua yang tidak ceria seperti selalu.








Wednesday, 27 September 2017

Peluang Mendispen ?

fakta : budak trainee tak dibenarkan dispen ubat kepada pesakit.

and I did it ?
*under PF n PPF supervision lah !

biasanya aku diberi peluang untuk dispen ubat biasa shj, maksudnya ubat demam, batuk, selsema etc. tapi Isnin last week (18 Sept 17) PF Mr Raymond suruh aku dispen ubat kronik  !! sejuk ketaq tangan eden~

dah siap melabel, aku tekan nombor giliran patient sambil pass bakul ubat dekat PF Mr Raymond. dia tolak balik wey bakul tu kat aku dengan senyuman killer dia, aku pun apa lagi, "ehhh apa ni Mr Raymond ?". dia dengan senyuman killer nya lagi, "you dispen lah, I nak tengok"

maka menjeritlah daku seorang diri dalam hati



Alhamdulilllah okee je sebenarnya, over je haha, cuak sebab first time kan dispen dpn PF dan ubat kronik lagi.

REBUTLAH PELUANG! 

apa lagi, bukan senang nak dapat chance gini.

tapi, the real first time dispen depan PF adalah depan Pn Awanis dulu. tapi eye ointment je lah. sejuk tangan eden hiks.present pulak depan staff nurse. Alhamdulillah okey je

depan PPF penah dispen ubat kronik : Amlodipine, Simvastatin dan MDI Salbutamol etc.
ubat biasa : Paracetamol, Piriton, Benadryl etc.

tadi : dispen ubat Clotrimazole Pessary* der (rujuk footnote untuk tahu pasal pesari), adehh perasaan time tu macam nak sangat sebab peluang mahal dan boleh juga challenge diri untuk tau kebolehan diri kan. of course cuak tu menjelma jugak.

Alhamdulillah done well. ^^

ni pesari yang ada dekat farmasi klinik kesihatan

tu haa applicator/holder dia

btw, kalau tak faham cara guna, boleh tanya PF/PPF di farmasi berdekatan. #kamisediamembantu~
baca je dekat leaflet dlm kotak tu haa faham jugak..

maklumat lanjut mengenai pesari ni baca di sini

ok cukup untuk hari ni. nak sambung typing n prepare utk report n mini viva pulakk. gonna see tomorrow's rainbow, k see ya ~

#7daysleft
#attachment
#DiplomaInPharmacy

*PF : pegawai farmasi
*PPF : penolong peg. farmasi
*pesari : ubat yang berbentuk sepert peluru dan dimasukkan ke dalam vagina / saluran peranakan wanita.

Budak Hebat

selalunya aku akan cerita pasal diri sendiri, tapi kisah hari ni pasal seorang budak laki yang aku adore habis, tak boleh move on lagi dengan kemampuan hebat anak kecil ni.

ANAK HEBAT

Tadi, kaunter farmasi ada terima sekeping slip ubat kronik dari seorang budak laki umur dalam lingkungan 10-12 tahun. sihat budak ni. bila ditanya tentang pemilik slip, dia pun jawab yang slip yang dibawanya tu slip emak dia.

PPF Reva tanya lah mana mak ? dia cakap mak dok duduk sana, sambil tunjukkan ke arah ruang menunggu yang agak jauh dari farmasi. kita minta dia ambilkan buku rekod pesakit (Home Based Card) @ HBC dari emak dia dan tanyakan pen cucuk mak dia warna apa.

Adik tu pun pergi ke emak dia dan datang kembali untuk berikan HBC emak dia. takpa lah, kita pun minta dia duduk dan tunggu dulu sementara kita prepare ubat-ubat emak dia semua tu.

Siap. panggil nombor tu.

Kembar adik tu datang untuk ambil ubat.

PPF Reva : mak mana adik?
Adik : mak dalam kereta. mak tak boleh jalan, stroke.

kami pun tengok slip ubat emak dia. baru 40 tahun dah stroke.

PPF Reva : tau tak mak guna pen warna apa?
Adik : warna hijau. ubat pun hijau jugak, dengan kuning.
PPF Reva : mak ada berapa pen?
Adik : pen ada satu. warna hijau. ubat ada dua, satu hijau satu lagi kuning.
PPF Reva : tau tak cucuk berapa biasanya?
Adik : siang cucuk 18, malam 22
PPF Reva : siapa cucukkan, adik ke?
Adik : ya saya



Kami yang lain pun tengok adik tu. masyaAllah hebatnya budak ni, confident je jawab. kecil-kecil dah pandai urus ubat emak sendiri, siap tahu teknik yang betul lagi!

Aku kagum bukannya pasal apa, aku sendiri pun ambil masa hampir seminggu sebelum betul-betul master lah jugak bab insulin dan pengiraannya. inikan pula budak kecil macam ni boleh beri komitmen untuk uruskan ubat-ubatan emak dia, di kala budak-budak sebaya dia pergi main bola dan minta je nak belikan mainan dan nak makan apa dekat emak masing-masing.

Back to the story, masa tengah terang dan dispens (beri) ubat dekat adik tu, dia angguk-angguk je faham ubat semua tu makan berapa banyak, masa mana. siap dia boleh beza lagi tarikh TCA (temu janji) dengan doktor dan tarikh untuk ambil ubat,

wah hebat benar budak ni.

sebelum budak tu beredar, PPF Yani panggil adik tu,

PPF Yani : adik, belajar rajin-rajin, besar nanti jadi doktor tau. cucuk pandai dah tu!

adik tu pun senyum dan berlalu pergi.

adore.

untungnya emak dia ada anak hebat dan bertanggungjawab macam ni. sejuk perut mengandung.
harap nanti aku dapat anak yang hebat macam adik ni jugak, berjasa sungguh.


Thursday, 21 September 2017

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal

|| 21 Sept 2017 ||
1335hrs
Ruangan Menunggu Unit Farmasi

Aku menyapu lantai di ruang pesakit menunggu untuk mengambil ubat. Tiada siapa-siapa di situ. Sunyi benar waktu rehat. Hanya ada SN Shafinaz dan Dr Karen stand by di triage. Aku masih lagi asyik menyapu lantai yang agak kotor di ruang itu. 

Tiba-tiba... 

"Hanani" 


Aku toleh ke belakang. 


Dr Hana! 
Seorang insan yang amat aku sayangi dan sanjungi. Dia berjalan mendapatkan aku dengan menggendong bayi sulungnya itu. Segera aku sandarkan penyapu di dinding bilik Pegawai Farmasi. Sebak dan terharu. Macam nak menangis. Macam nak peluk dia. Macam nak cakap yang aku sangat rindukan dia. Terima kasih Allah! 

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. kini Dia hantar pula orang yang dirindui di depan mata!  

Dia masih lagi ingat namaku rupanya. Aku tak kisah sekiranya dia lupa namaku sekali pun. Aku faham, biasalah doktor kan sibuk, pesakit pula ramai. Banyak perkara yang membelenggu minda. 


Dia menunjukkan bayi montelnya padaku. Iman Safiyya, cantik namanya, secomel ibunya juga.
 

"cakap hai dekat kak hanani," kata Dr Hana. Alahai comelnya bayi berbaju pink, siap ada headband hijau di kepala lagi.


"Bulat kan dia", kata Dr Hana.


"Haah. Gebunya! Mama dia pulak makin slim", balasku dengan penuh ketakjuban melihat bayinya yang sangat comel itu. 

"Dia moody ni, lapar. Btw, bila TCA*  ultrasound kidney awak?," soalnya menukar topik. 


"7/11/2017 nanti. Lambat lagi," balasku ringkas. 


"Tak jadi ke nak buat dekat private hospital?," tanyanya lagi. 


"Tak jadi nampaknya Dr. Abang saya nak kahwin hujung tahun ni. Banyak duit nak guna. Kalau minta claim duit company dia, susahkan pula. Jadi takpa lah saya tunggu je hurm," jawabku dengan nada pasrah tapi redha. 


"Takpa lah macam mana pun. InsyaAllah takda apa-apa. Nak check je pun," pujuknya sambil menepuk bahuku dengan senyuman. 


"Risau lah," balasku.


 "Eh bila tah awak habis nanti?," soalnya lagi.


"6/10/17. TCA 3/10/17. Dr masuk balik bila? (Habis cuti berpantang)". Soalku pula. 


"Tak ingat lah saya. Tapi hujung bulan 10 lah. Tak sempat lah kita jumpa." 


jawapannya menambahkan sedih di hati ini. Hendak berpisah dengan orang tersayang, berkenalan hanya lah sekejap. Namun keceriaan wajahnya, senyumannya, bait-bait katanya, prihatinnya membuatkan aku tersenyum setiap kali teringatkannya. Satu wajah yang akan membuatku senyum di kala hariku muram.

sebelum dia bercuti bersalin dulu, kalau dia datang farmasi, dia pasti tegur aku. 
*tak ramai berani tegur aku ni, muka serius n sombong bak kata orang haha, hakikatnya tu awal-awal je, dah kenal okey je hehe

seorang doktor yang sangat rajin, peramah, mesra, boleh dibawa bincang, rendah diri. kalau ada je apa-apa yang tak pasti, mesti dia akan telefon kami, atau datang terus ke kaunter dengan bawa perutnya yang kian sarat mengandung tu. 

masa awal-awal aku on ubat dulu pun, dia lah yang suggest aku untuk dose adjustment + SMBP*, bagi saranan dengan sangat lemah lembut, dan bahasa dia masyaAllah beruntungnya aku jumpa doktor macam ni.

dia juga tak lokek cerita. dia sangat memahami eczema aku ni. betapa 19 tahun lebih aku hidup, Allah izin 12 July tu lah aku faham pasal masalah aku selama ni, dan ubat yang dia suggest tu sangat membantu. tapi mungkin juga bila aku faham rawatan yang nak diberikan, aku lebih bersedia dan percaya dengan rawatan tu.

8 tahun aku berulang-alik ke dermatologist hosp, tak tahulah apa diagnosis masa tu. tapi ada Dr suspect chronic eczema baru-baru ni. aku sendiri tak faham kenapa aku pergi dulu, mungkin sebab kecil lagi dan parents pun tak mampu nak explain exactly masalah kulit aku ni, jadi of course aku tak ingat apa-apa lah kan. 

tapi yang pasti aku memang selalu refuse any skin treatment, sebab tak selesai-selesai jugak masalahnya tu, dan treatment yang diberikan selalunya menyakitkan dan memedihkan. disebabkan tak pandai cakap lagi, makanya aku tak bagitau lah yang aku allerged to any kind of calamine preparation. alami ADR* : itchiness each time using it. 😜





Dr Hana juga cerita perihal adik dia yang juga ada masalah eczema tu. jadi kita tak rasa teruk mana sangat pun sebab rupanya bukan kita je yang alami masalah tu. see?

satu perkara yang menarik untuk difahami, kita akan rasa keterikatan dengan seseorang tu bila dia mula bercerita tentang hidup dia. tak percaya cuba fikir balik betul tak. tu psikologi namanya. hand gesture, body contact etc penting semua tu. 

bukanlah nak diagungkan dia, tapi aku rasa sangat beruntung sebab Allah pilih aku jumpa dia, dan Allah ilhamkan dia untuk tolong aku fahami masalah aku.




these 3 words above are enough to express my feeling in the bottom of my heart, 
jazakillah khayr kathira, 
may Allah grant you much kindness than you did!


{short abbr notes}

TCA : To Come Again (tarikh temu janji)
SMBP : Self Monitoring Blood Pressure 
ADR : Adverse Drug Reaction (kesan sampingan ubat yang teruk) 

Ada heart connecting rupanya...

Dia seorang kakak nurse yang sangat peramah, sentiasa tersenyum, ada-ada saja cerita dia tiap hari. kalau datang kaunter farmasi tu ada-ada saja benda yang nak dicerita lebih dari tujuan asal datang ke kaunter.

aku pernah terdetik untuk mengenali dia dengan lebih dekat. perwatakan seseorang yang baik macam tu mustahil tak berminat untuk didekati. talkative, sama macam aku ^^

|| 04:15pm ||
triage counter*
OPD*

SN* Aznita : ya dik ada apa?

SN Siti : dia nak check BP, ada young hypertension. dah on ubat tu.

(mekasih tlg explain hehe, special aku ni, datang je orang lain yang akan explain untuk aku. tak payah cakap dah. sebelum ni masa aku datang untuk check BP dengan SN Hashima pun, tak sempat aku bagitau kenapa nak check BP masa dia tanya aku "kenapa n tak sihat ke?" tu, SN Hashimah Suboh yang tolong explain bagi, dia tak kenal aku lagi sebab baru habis cuti bersalin haha).

continue.

SN Aznita : ouh sini2.

SN Siti bangun meninggalkan kami berdua di situ. suasana klinik sunyi, tak ramai pesakit petang ni, hujan lebat.

Cuff BP machine dipasang di lengan kiri aku. aku cuba sebaik mungkin untuk tenang. relaksss. tekanan dikenakan oleh mesin itu ke lengan aku.

done.
aku toleh ke kiri. oh no, takpa cuba lagi.

me : akak tlg ulang sekali lagi boleh?

SN Aznita : cuba awak sandar.

repeat reading.
bacaan menurun. tapi masih tinggi. kecewa.

SN Aznita: akak tengok awak lama dah, lama dah akak teringin nak cakap dengan awak. akak dok tengok je rekod awak tahu.

masyaAllah seronoknya dengar, ada yang sudi bercerita, almaklumlah this is lil knowledge seeker lagi curious typing, ada heart connecting rupanya. aku pun teringin juga nak beramah mesra dengan dia.

me: betul ke? mana akak tengok?

SN Aznita : akak keje sini lama dik, 14 tahun dah

SN Aznita : awak mesti kalut nak turunkan cepat ni kan?

me : mestilah! sebelum jumpa FMS nanti hehehe

SN Aznita : tu lah, kan stress dah tu nak turunkan cepat. awak tak boleh stress2 tau. nanti lagi la tak turun. awak kena ingat, BP awak turun ni sebab ubat tau.
(aku rasa macam tak turun je, naik lagi ada lah haha)

me : hurmm pastu cemna..

SN Aznita : awak relaks je, kurangkan stress, jaga diet. awak memang kurus. tapi still kena jaga diet. orang kurus pun kadang cholesterol tinggi. exercise jangan lupa. darah tak boleh turun kalau bergantung pada ubat semata-mata. ada banyak faktor yang kena tolong ia, ubat tolong kawal saja. akak cakap sebab nak share knowledge tau. untung awak orang nak cerita. kadang-kadang tu orang tak mau pun cerita gini.

me: takpa2 teruskan, saya suka dengar.

SN Aznita : ubat lain, ubat chol boleh off, tapi darah tinggi tak boleh. awak muda lagi, tau kan nanti nak mengandung, nak beranak, pre-eclampsia semua tu.. awak start ubat dengan dose rendah kan?

me : tahu, tu yang saya cuba nak turunkan tu. haah dose rendah. tak pernah miss pun.

SN Aznita : awak muda lagi untuk ni. akak ye lah dah tua gini (tua lah sangat haha) normal lah nak sakit2 tu. akak pun pernah ambik ubat thyroid tau dulu, carbimazole. lepas tu akak cuba cari punca kenapa thyroid akak tinggi, symptoms memang ada, tapi tak semua. kita kenal lah diri kita kan. lepas tu akak kaji punya kaji, cuba ubah apa yang patut, sekarang dah off carbimazole.

dia tersenyum bahagia.

me : serius akak? wahh

aku kagum dengan kesungguhan dia nak berhenti ambil ubat thyroid tu.

SN Aznita : meh sini akak cerita, akak kerja merata dulu sebelum kerja sini, akak kerja kat MCH, Ulu Kinta. akak ada lah serba sikit ilmu pasal OnG, paeds, psikiatri, tapi medical n surgical akak kurang. cuba cari knowldge tiap hari..

..................

dan perbualan berlanjutan.

aku sangat kagum orang macam ni. dah usia dewasa macam tu pun masih semangat nak cari ilmu.
suka share pulak tu apa yang dia tau. ni lah dia antara orang yang aku suka dekati, knowledge lover. dengan ilmu lah dapat merubah kita, dan mengangkat darjat kita.

seorang demi seorang staf berjalan ke hulu ke hilir melintasi kami.
rasanya ramai je yang tahu pasal aku ni, sebab masa awal2 datang check dulu pun ramai je yang berkumpul tengok.

ni berkat doa barangkali. ramai je baik-baik kat sini, yang kurang mesra tu ada jugak, tapi tak payah kata apa, tu cara dia. kita relaks je dan jangan lupa senyum macam adik ni hihi



terlalu banyak kebaikan di klinik kecil ni, walaupun klinik jauh dari bandar, tapi aku yakin bukanlah isu klinik besar atau kecil, untuk dibanding-bandingkan, sebab kebahagiaan dan rahmat tu Allah turunkan sebagai tanda kasih-Nya.

bertambah berat perasaan nak habiskan training ni. 15 days left.

moga Allah tabahkan hati aku, dan terus merahmati warga kerja sini




Allah, tak sanggup nak menghitung waktu. tak kuat. tapi aku cuba ukir sebanyak mungkin kenangan manis setiap hari, usaha nak lihat pelangi setiap hari, capai bahagia tiap detik.


May Allah bless all of you.

truly,
lil knowledge curious eager seeker ^^
21092017
2325hrs

Sunday, 17 September 2017

21 hari je lagi


pakcik X : orang baru ni
me: saya praktikal je pakcik :-)
Kak Reva : haah, student praktikal je ni pakcik, lebih kurang 21 hari je lagi dia kat sini

.....

like seriously lagi 21 hari je lagi aku kat sini ? tak pernah terfikir pulak untuk kira. kerja je macam biasa. ya Allah cepatnya masa berlalu.

apa yang aku dapat?

pengalaman yg sgt berharga terlalu banyak
ilmu yang berguna tak kurang hebatnya juga.
suka duka hidup survive di sini, seorang diri, tanpa kawan di sisi, hanya aku, handphone dan pen, dan Dialah Allah tempat aku mengadu selalu.

rasa macam baru je datang di kaunter, dengan tersenyum innocent nya seorang freshie trainee, ikut je orang tunjuk itu ini, catat je apa yang patut, hafal nama sorang-sorang staf, hafal kedudukan ubat, mengira tak berhenti, hati ni.... "ya Allah help me, I'm really need You, I'm weak oh my Lord"

PF : "kenal tak Azim? budak praktikal sebelum ni"
me : "tak"
PF  ; "takkan lah tak kenal"
me : "urmm tak"
(dalam hati: sorry tak kenal laki dan tak berhajat berkawan tanpa urusan hiks)

bila kita buat salah, nampak lah kegigigan mereka nak ajar dan ingatkan kita, tapi apakan daya bila tak mampu ingat semua benda,

"awak ni, kan saya dah kata......"
"takkan lah tu pun tak ingat"
"awak kena makan kismis banyak ni"

and the most thrilling question...

PF : "awak tau tak Diamicron ubat apa"
me : "kencing manis kalau tak silap"
PF : "haa nasib baik tau"
(korang patut tengok muka dia time tu, dan aku rasa lega terselamat dari bala)



positif lah, datang sini untuk belajar, tak tahu tanya, tak faham minta ulang/terang, tak ingat catat, tajdid (perbaharui) niat setiap hari, buang ego tu jauh-jauh, taat, patuh, humble.

Allah izin masa start attach tu tengah Ramadhan, aku selisih Cikgu Norizan masa lepas terawih, dia dengan wajah manisnya tanya aku  buat apa skrg, macam mana praktikal, ok ke and so on, dan ayat dia yg aku paling pakai,
"kalau tak tahu, cakap macam ni, "minta maaf saya tak tahu""

and believe me bila aku guna ayat tu orang tak marah aku. orang takkan marah orang yang tak tahu tapi orang yang bodoh sombong yes itu memang menanti makian. just be humble and sincere, otak tu kena lah laju sikit catch up new things.

first week really horrible, harshly treated. jiwa kalau kental insyaAllah mudah. Tahajjud tu penting, bagi kau rasa kuat walaupun hati remuk, memang setiap kali aku mendepani situasi sulit, aku rasa taklah seberat mana pun ujian sebab yakin Allah tengah uji, untuk bagi kita kuat.



RINDU HOUSEMATES

ni bukanlah sejenis homesick walaupun simptomnya hampir sama. look alike, sound alike orang kata :-D setiap hari ada-ada saja benda yang nak cerita, tapi tak ada yang sudi mendengar dan responnya takkan sama spt yg namanya sahabat tu.

yes family is your best circle ever. tapi kena ingat, 'a sister may not a friend but a friend is always like a sister'. tu prinsip aku lah, sebab dalam famili adab dan hormat tu benda penting so still ada privasi yang famili takkan tahu, tapi tak semua privasi kita perlu bagitau kawan.

cerita dengan famili tak sama dengan cerita dkt kawan. bukanlah maksud aku famili tu tak baik, tapi kawan lebih faham cerita kita sebab mereka rasai benda yang sama dengan kita, mereka berdepan dgn situasi sama spt kita.

sakitnya friendsick tu Allahu, rasa macam nak naik bas pegi jumpa sorang2 hug sepuas2nya dan bercerita spuas2nya. tapi keletihan punya pasal, masing2 menyepi dalam group. ye lah tengah bercuti, terus bekerja, macam culture shock lah kan, situasi baru, tenaga yang guna tu lebih dari yang biasa guna hehe.

bila bergayut dengan Ika, puasnyaaa rasa, tu pun tak boleh lama sebab limited kan, and Ika be like,
"takpe lah nani, boleh dengar suara nani pun lega rasa", Ika, me too!!

bila bergayut dgn Aina pulak,
"Na ni, tak puas la menyembang, nak kena berjumpa depan2 baru puas haishhh"
haha betul na, betul sangat tu.

ok cukup takat ni, nak sambung buat report pulak, nanti kita sambung deh, see ya~



Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...