Assalamualaikum & Hi.
(silent words talking)
Lama sangat tak menulis sini. Rindu
pulak rasa. Sampai blank, taktau nak cerita pasal apa. Tapi tetap menulis sebagai
kenangan di hari nanti.
Mungkin tika tu, mata dah tak boleh melihat (harap anak cucu
bacakan? Sekarang pun rabun boleh tahan),
Mungkin tika tu juga telinga dah tak boleh mendengar sangat,
Mungkin juga tika tu, kudrat dan memori kian merosot.
Tiada yang kekal, semua sekadar amanah untuk dijaga.
Tapi tu lah manusia, apa di depan mata tak pernah disyukuri,
dilupakan, tidak diucap syukur. Tapi yang tiada di depa mata tu lah yang
diratibnya.
Ucap Alhamdulillah jom? Seminit untuk,
“Thank you Allah for the eyes and sight, nose and smell, body and energy, and all you had given. Alhamdulillah."
Ucap Alhamdulillah jom? Seminit untuk,
“Thank you Allah for the eyes and sight, nose and smell, body and energy, and all you had given. Alhamdulillah."
Back to the topic,
Bachelor?
Bagi aku besar. Sebab terlalu banyak yang aku kena pertimbangkan. Ya,
you have to sacrifice something to get something.
Niat aku nak sambung belajar oversea masih belum pudar. Niat aku
nak jadi pelajar university (sebelum ni kolej je) masih belum luput. Niat aku
nak sarungkan jubah konvo masih tersemat. Hajat aku naik pentas untuk majlis konvokesyen sendiri belum termakbul (ya, aku pemegang diploma tanpa majlis konvokesyen).
Tahun ni 2020, umur aku 23 tahun.
Tahun ni 2020, umur aku 23 tahun.
Ramai yang kata, sambung lah belajar, kau masih muda. Betul. Aku sendiri
tak mahu ulas sebab dan segala halangannya, all the negative vibes - melemaskan.
First of all, to repeat the SPM Papers, bukan sesuatu yang mudah bagi aku,
kerana aku tahu kemampuan aku di aras mana.
Sejujurnya study pharmacy lagi seronok berbanding SPM. Passion, you know. Walaupun dikatakan
SPM tu hanyalah daki-daki ilmu yang lagi luas. Untuk belajar benda yang aku tak
minat, susah bagi aku. Itu lah kelemahan yang aku kena tingkatkan.
Motif?
Matlamat aku menulis hari ni supaya satu hari nanti ketika aku rasa
lemah di pertengahan jalan semasa dalam perjalanan ijazahku, atau masa tu aku
terjumpa post ni masa dah konvo, atau masa tu aku dah menjawat jawatan pegawai
farmasi, aku akan sedar yang aku pernah rasa lemah sebelum melangkah. Jadi aku kan hargainya.
Jika, aku masa aku baca tu, aku masih di tahap yang sama, masih sekadar beniat, aku harus terus muhasabah.
Jika, aku masa aku baca tu, aku masih di tahap yang sama, masih sekadar beniat, aku harus terus muhasabah.
Lemah?
Ya, aku lemah. Tak pandai, tak kuat. Tapi bukanlah itu selayaknya
jadi bahan untuk kalian memandang sinis pada aku. Sebab kemampuan manusia tu
sendiri berbeza. Tapi kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Akhir kata, doakan aku. Kata-kata semangat dan pendapat
dialau-alukan.