Sejujurnya aku tak pasti nak letakkan tajuk untuk posting kali ni. Sebab aku memang utamakan content dulu.
Blogspot bagi aku memang oldscho*l dan asyik stucked dengan vir*s je tapi aku tetap kat sini sebab sini je aku mampu, webs lain yang berbayar agak menyusahkan aku.
Sekurang-kurangnya apa yang aku kongsi dekat sini akan jadi bahan bacaan aku kelak. Manusia pelupa macam aku ni semua pun kena catat, paling penting kebaikan orang dekat kita. Memori-memori tu semua pun boleh bagi aku tersenyum =)
Kebaikan orang dekat kita, kena ingat.
Kebaikan sendiri, lupakan.
(adakala kena ingat juga kebaikan/kelebihan sendiri untuk raikan diri sendiri, nanti aku share pasal ni).
Sharing kali ni actually pasal ilmu melayani manusia, gitu haa intro aku.
"The highest level of knowledge is having good attitude"
Pernah dengar?
Aku setuju sangat. Sebab tu ulama dulu belajar ilmu adab bertahun-tahun sebelum nak mendalami ilmu keduniaan yang lain.
Sedangkan anak-anak di Jepun pun diajar adab dulu pada peringkat tadika/playschool, nampak tak pentingnya adab/attitude di situ? Boleh tengok contoh dalam video ni 👇
https://youtu.be/y_ee7-XrH6E
Atau banyak lagi video lain seumpama ni.
.
Kisahnya, ada satu hari tu masa aku kerja shift malam, datang seorang pakcik ni dalam pukul 1 pagi, mengadu sakit perut/angin/tak sedap badan dsb, gitulah yang aku faham lebih kurang.
Usai bagi ubat dekat pakcik tu, aku singgah tanya doktor yang kebetulan berada dekat kaunter nurse pasal ubat yang pakcik tadi tanya juga.
Doktor pun explain lah, okey takda masalah situ. Aku pun tanya untuk kepastian, tapi syukur dapat ilmu baru lebih lagi.
Contohnya, Hyoscine boleh menyebabkan sembelit kalau diambil kerap.
Haa part ni aku nampak sendiri sebab adik aku makan sampai dos ke tiga kot, diarrhea (cirit) dia jadi sembelit pulak haha (kakak kena gelakkan adik kan?)
Kemudian doktor cerita lagi pakcik tu baru lepas prosedur inguinal hernia repair, memang ada kesan-kesannya yang dia akan rasa tak selesa sini sana.
Pasal ubat pun pakcik tawar-menawar dengan doktor juga. Taknak ubat tu nanti jadi begitu, taknak ubat ni nanti jadi begini, ubat ni okey, kalau boleh taknak banyak ubat, sebab ubat lain yang kena makan pun dah ada banyak.
Bunyinya banyak songeh, kan?
Tapi tau apa respon doktor tu dekat akhir cerita dia,
"Orang tua, macam tu lah. Kadang kena melayan sikit.
Tadi katanya sakit masa dekat rumah. Dia pun call anak dia. Bila anak sampai nak bawa ke hospital, dah tak sakit pulak. Kadang mungkin sakit satu hal, ada isu lain juga tu saya rasa. (iaitu nak anaknya).
Dah habis check tu, saya offer Nexium, taknak katanya nanti pening, saya offer Controloc, dia cakap okey. Tapi nak ubat makan je, taknak injection. Okey. Saya top up juga dengan Ganaton, bagi okay sikit perut tu, dia setuju situ.
Pakcik tu pun bagus, polite je.
Dia bagitau saya, kalau boleh doktor jangan lah bagi ubat banyak sangat, susah nak makan, ubat yang pakar bagi pun kena makan juga sana kan. Itu yang saya bagitau dia, kalau dah okey, boleh stop dua-dua ubat ni.
Orang tua ni macam tu lah, kena layan lebih sikit."
Subhanallah.
Aku rasa impress giler dengan kesabaran dia, kelembutan dia tu memang dah seluruh semesta tau dah. Cantik tak payah cakap lah, mungkin mak dia lahirkan bidadari barangkali?
.
Walaupun cerita ni dah lama sebenarnya, mungkin bulan lepas. Tapi masih segar dalam ingatan aku. Mungkin satu, sebab aku kagum dengan layanan doktor tu (lagipun baru kenal dia juga). Keduanya, ayat doktor tu sebenarnya menjentik hati aku sangat-sangat.
Tak lah maksudnya aku ni jenis panas baran, cuma ada lah karat-karat pemarah dan kurang kesabarannya tu.
Jadi bagi aku, hebat sangat lah cara beliau melayan dan paling penting yang Allah nak tunjuk dekat aku adalah, itu tipsnya nak menghadapi orang tua.
Aku ni mood-oriented person. Kalau mood okay, semua pun ok. Burung berak atas kereta pun aku terus ambil tisu lembap dan lap tanpa merungut.
Tapi kalau masa mood tak elok, sebiji pinggan dalam sinki tak terbasuh pun cukup bagi telinga aku berasap.
Itu belum lagi nampak kesan tapak kaki kucing panjat kereta, "cuba kau pakai stokin, takda lah bertompok cermin kereta ni!", haa gitu kau.
Tak baik kan huhu.
.
Ada satu ketika lagi, masa tu aku dekat pharmacy, tengah sediakan ubat patient wad. Tiba-tiba dengar loceng bunyi, doktor S datang rupanya. Beliau nak tanya tentang beberapa ubat dan ambil ubat anaknya juga masa tu.
Aku risau tak terlayan, aku ajak dia masuk dan tunjukkan beberapa pilihan ubat yang ada sesuai dengan soalan dia.
Beliau pun tak kekok ceritakan tentang ubat yang selalu klinik luar guna, tanya kami juga sini selalu ubat apa yang laju, tukar-tukar info kan.
Diselitkan juga perihal anaknya yang sedang diarrhea. Bagi aku yang masih belum ada berkahwin, 'bagi je lah ubat, nanti baik lah. Kalau dehydrate, masuk ward untuk drip balik.'
Itu mentaliti aku.
Tapi ayat ni keluar dari mulut beliau,
"Biasalah bila anak diarrhea, mak-mak kena sabar sikit."
Sabar, tu dia sebut.
.
Dan ya sama seperti kisah pakcik tadi, ayat ni memang terngiang-ngiang dalam ingatan aku sampai hari ini.
Sekali lagi hati aku terjentik di situ.
Bagi aku bukan sengaja Allah letakkan aku dalam dua-dua situasi tu. Allah nak ajar aku sesuatu dekat situ.
Iaitu, sabar.
Okey?
(Akhirnya dapat dah idea tajuk posting kali ni)
Manusia memang tak sama, tapi tak bermaksud tak boleh berubah kan.
Moga Allah berkati hidupmu 😊