Wednesday, 14 July 2021

Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk menghadapinya, ada yang kena kaji gali. 

Kadang aku rasa aku dh matang, kadang macam tak. Banyak situasi dalam hidup aku yang menunjukkan betapa aku perlu dilindungi. Syukurlah aku dikelilingi orang-orang yang baik. 

Masa sekolah menengah, aku ada program di Selangor. Aku perlu ke Kuantan usai program tersebut. Aku tak kenal siapa lelaki itu, orang memanggilnya Pakcik Megat. Beliau ambil aku dari tapak kem, bawa berehat sebentar di rumahnya, kemudian beliau hantar aku di Stesen Bas Pudu. Beliau agak berusia, tapi sangat tangkas dalam memandu dan membawa usung beg aku. Beliau hingga pastikan aku naik bas dan duduk dengan selamat dan luput aku dari pandangannya, baru beliau pulang tinggalkan aku. Walhal kami tidak mengenali satu sama lain. 

Masa di kolej, Zuey arahkan aku untuk duduk di kerusi pertama yang dia nampak masa hendak pulang dari kolej. Bas penuh masa tu. Sangat tegas cara dia arahkan aku untuk duduk sebab ramai lelaki dekat belakang. Dia pun berjalan cari kerusi kosong di tempat lain, entah ada, entah tidak. Aku tak tahu. 

Masa kerja, aku pernah digertak oleh pihak penghantaran ubat, syarikat yang baru berurusan dengan kami. Jelas sekali bukan salah kami ketika itu. Namun kegelisahan aku mengganggu konsentrasi kerja kerana dihubungi beberapa kali. Syukur juga mood bos aku dalam keadaan baik, beliau memberi jaminan akan keselamatan kami. 

Hari ini pula aku didesak dengan seorang waris yang kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Melihat keserabutan aku, rakan sekerja membantu memberi idea dalam mengatasinya. Dicadangkan juga untuk kami berbincang dengan jabatan lain kerana bukan salah dari pihak kami semua. 

Syukurlah ada yang mahu membantu. Beliau menawarkan untuk bercakap sendiri dengan waris tersebut. Betapa aku terpegun keberaniannya, lawan dengan undang-undang pun beliau tak kisah, malah memberi amaran untuk tidak mengganggu stafnya lagi (iaitu aku ketika itu, juga yang lainnya siang tersebut sebagai orang bawahan). Usai dirungkai hujung pangkal cerita, rupanya beliau yang meminta layanan melampau sedangkan semua orang  diberikan layanan seperti yang sepatutnya, ada udang di sebalik batu juga rupanya!

Dari situ juga boleh lihat betapa aku tak mampu pertahankan diri sendiri. Dimarahi, dimaki, dimanipulasi, diganggu, dijadikan tempat melepaskan dendam dan geram, digunapakai bak tisu untuk mengelap air mata namun dibuang ke tong sampah kemudiannya. 

Pernah aku tiba lebih awal di tempat yang asing bagi aku. Terjumpa pula rakan. Usai tanya khabar, aku meminta diri untuk menunggu di surau sebelum perlu ke tempat urusan. Aku tak tahu apa yang berlegar difikirkannya, keselamatan atau kasihan? Entah, tiada idea. Beliau mengajak aku untuk mengikutinya ke suatu tempat yang orang awam tidak dibenarkan masuk. Pesannya supaya membuat muka biasa sahaja. Kami melewati ruang-ruang yang tiada orang awam, melepasi pengawal tanpa soal jawab. Terkejut dan sangat terharu, beliau membawaku ke bilik rehat beliau rupanya sementara menunggu waktu urusan aku nanti Subhanallah. Semoga Allah memberkatimu.

Banyak lagi peristiwa yang membuktikan betapa aku perlu dilindungi. Syukur Tuhan Maha Baik, dikirimnya orang keliling aku pun baik. 

Harapnya semoga suatu hari nanti apabila aku mahir dengan selok belok permainan dunia yang sementara ini, aku dapat membantu orang terdekat aku, bukan menganiaya. Aku masih baik, masih sopan, masih ada etika dan tatasusila, cuma perlu digilap ketegasan untuk hidup dengan lebih selamat.

 Tanpa doa pun, aku yakin akan ada bahagian kebaikan bagi semua yang membantu sesama manusia, namun aku tetap memohon agar Allah mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat untuk semua yang membantu aku dari masa ke masa. 

Thursday, 8 July 2021

Being Silent

Masa lunch tadi, my mom bagitahu yang aku sekarang ni banyak diam. Tak perlu rasanya aku bagitau betapa beratnya dugaan dalam mengharungi hari demi hari tu kan. Aku tahu dia akan risau nanti. Jadi aku cuma jawab,

"Banyak cakap, banyak dosa. Tu yang akak banyak diam."

Jawapan selamat gitu. 

Sambung beliau lagi, seisi rumah takkan tegur aku bila nampak aku diam. semua orang tertanya-tanya jika aku ada masalah dsb, dan semestinya takkan ada siapa yang berani tanya~

Jadi aku rasa aku kena tukar heading blog ni dari 'a too much story' ke ....... ? nantilah fikir. 

Dulu memang lah aku ni talkative, tu sebab kot aku banyak kawan. bila tengok balik sejak bila aku berubah karakter ni, sejak intern aku rasa.

How hard the intern, it really changed me.

Dari situ aku jadi pendiam. Masuk kerja lagi lah, new environment, pressurized, tortured and so on. But in another sight, aku ambil sebagai anak tangga nak meneruskan kehidupan je lah. 

Dulu aku tak suka nangis, bagi aku orang yang nangis ni lembik. Sekarang baru tahu sakit lagi pendam perasaan haha.

Dulu aku suka bertanya. Satu sebab memang habit suka bertanya. Secondly sebab aku terdorong masa kursus-kursus motivasi/program/konferens yang banyak aku join tu lah, ke arah menjadi manusia yang educated, lebih baik, gitu lah lebih kurang kan.

Masa intern aku berani lagi tanya-tanya itu ini, memang aku catat habis semua yang aku dapat. Tapi time masuk kerja, perlahan-lahan aku insaf dari bertanya, dan paksa diri jadi pendiam, ya aku paksa diri jadi pendiam.

.

Ada satu masa tu (cerita kerja sekarang) aku dapat preskrispi yang boleh cakap rare jugak lah. physician ni kadang-kadang kreatif ubah suai fungsi ubat untuk kegunaan tertentu. tak salah ya secara medikal, aku kena highlight ni siap-siap, mereka tu doktor pakar, so mereka tahu apa mereka buat. cuma kami tak diajar secara teorinya begitu je lah, jadi kami belajar dari pengalaman benda-benda gini. ada lah taktik-taktik rahsia tu kan jengjengjeng.

Dan kadang-kadang tu, doktor pakar gunakan terma-terma yang tinggi tahapnya haha. jadi aku pun gigihlah baca-baca sikit nak fahamkan preskripsi dia. kalau dia tak letak nota-nota rare masa prescribe ubat tu, kami dispen macam biasa je lah kan. 

Aku pun tayang kebodohan aku dekat senior (kononnya bertanya menghapuskan kebodohan 5 minit dari diam dan menanggung kebodohan selamanya - falsafah sangat kan aku). Aku tanya dia maksud term high level tu kan. Maka mendapatlah bebelan melekat 3 tahun dalam otak.

Point bebelannya tu, tak salah untuk aku bertanya tu, cuma dia highlight "aku tau hang akan cari baca benda tu, tapi tahap kita sini saja. kita kena explain seringkas mungkin dekat patient dalam bahasa yang paling mudah, cukup nak bagi dia faham."

Zap! terus terkena renjatan bisikan, "salah ke aku cari benda yang aku tak faham?." Jadi sesi memujuk hati berhari-hari pun bermula sobs. 

Mungkin suatu hari nanti aku akan jadi orang pasif, dan disenangi kot, kan?

.

Satu lagi sebab aku jadi pendiam, agaknya sebab aku belajar menjadi seorang pendengar. Jujur bagi aku yang banyak cakap (dulu) ni kan, mendengar adalah kelemahan aku. Kalau tak menguap, mencebik bibir tahan menguap tu pun tanda-tandanya lah. Bukan biadap, tu kelemahan aku. 

Pernah aku menyesal sebab berkata-kata, aku pun buat koreksi diri, jadi aku nampak puncanya adalah sebab banyak bercakap. 

Pernah aku rasa kesian dekat kawan aku yang kena dengar luahan hati aku bila hampir meletus. Aku tanya dia, macam mana nak jadi macam dia, pandai mendengar. Sebab bagi aku mendengar ni adalah satu kemahiran, ada seni mengendalikan tu pula. 

Jadi dari situ aku belajar, aku kena cuba mendengar juga dari berkata-kata semata, Dalam rangka belajar mendengar, aku jadi pendiam pula, begitulah kitarannya.

Apa-apa pun, aku bersyukur seadanya. Kelebihan dan kekurangan yang membina diri ni bukanlah untuk kita banggakan atau rasa rendah diri. 

Tapi untuk jadi hamba Allah yang rabbani, bermanfaat untuk diri sendiri dan semua. 


 Kursus Asas Jahitan HaluanSiswa Perlis 2018

Tuesday, 6 July 2021

Counting days

 #theministory gonna start soon. 

During the online reunion of RU20, "Sedetik Sejenak Bersama RU20' we played Dam Ular containing sharing sessions. It was very cheerful and exciting reunion ever. It was the first reunion that I joined (I always unable to join them few times before). 

How I missed them so much, listening to each voices reminds me when Huda taught me English and checking my essay in her accents, Arwa and her naughtiness, Aeyn and her jokes, Amni Farihah and her words, Syakirah and her still not-matured-yet voices during telling how pregnancy feels like, Asyhrafun this time looked quiet matured telling how her first pregnancy aborted 😭 and Puteri still same like always, "abang Jamil sihat ke?" hahaha! 

Allahu, I really wanna meet them back!

Seeing they talking each others, I smiled and laughed a lot until my TMJ muscles got aches back, but then my minds whispered how I wish I can be like before, because i changed a lot, like a lot. 

I don't want to meet them, 

I don't want to cry in front of them.

I don't want anyone else know about my black stories. 

So I, just smile. Pretend things are fine. 

One of them said, "Adulting is hard". I guess most of us feeling that, at least me, understand it hard enough. 

.

Fada then asked all of us in her delightful slang, "what's your target/wishes before get into 25?"

Some of us lost of words and some are laughing. Some saying that they didn't see anything as it got blurred due to unexpected time MCO will end. Some laughing as it like job seeking interview question or baitul muslim question. Ya it just few months ahead toward that one forth of the century age right. 

As for now, everyone of us plan to finish their study, get own money, get permanent job and so on. But when it comes to my turn...

You know how bad my internet line was. I was talking alone, nobody heard me, so I texted some of them to make sure the condition. So at my turn, my reunion partner handling team read my wish... 

"I want to have my own baby's aqiqah before my 25th birthday"

.

Time paused. 

.

"bila eh birthday nani?"

.

"bulan 11 kan?"

.

"weh nani nak kawen keeee!?"

.

"serious lah!"

.

Just like gender-revealing party, they shot me questions like machine gun. 

Of course everyone wants to hear it from me  directly. It was soooo chaotic moment ever as always kita punya ribut kan =') what can I do, senyum je lah, yang tahu cerita helps giving hints, then I wrote je lah dekat In Chat Messages due to internet instability. 

Feeling like orang bisu gitu haha. 

My typing here also paused due to still unstoppable smiling.

May Allah grant all the wishes and the prayers. 

.

"Kita ni dah tunang eh awak?"

Hahaha. 

I woke up from sleep post night shift smiling like wants to katoq kepala orang after read the text. 

I think he is still in denial phase, just like me. 

May Allah ease all the upcoming events ❤

Monday, 14 June 2021

Sabar

Sejujurnya aku tak pasti nak letakkan tajuk untuk posting kali ni. Sebab aku memang utamakan content dulu. 

Blogspot bagi aku memang oldscho*l dan asyik stucked dengan vir*s je tapi aku tetap kat sini sebab sini je aku mampu, webs lain yang berbayar agak menyusahkan aku. 

Sekurang-kurangnya apa yang aku kongsi dekat sini akan jadi bahan bacaan aku kelak. Manusia pelupa macam aku ni semua pun kena catat, paling penting kebaikan orang dekat kita. Memori-memori tu semua pun boleh bagi aku tersenyum =)

Kebaikan orang dekat kita, kena ingat. 

Kebaikan sendiri, lupakan.

(adakala kena ingat juga kebaikan/kelebihan sendiri untuk raikan diri sendiri, nanti aku share pasal ni). 

Sharing kali ni actually pasal ilmu melayani manusia, gitu haa intro aku. 

"The highest level of knowledge is having good attitude"

Pernah dengar? 

Aku setuju sangat. Sebab tu ulama dulu belajar ilmu adab bertahun-tahun sebelum nak mendalami ilmu keduniaan yang lain.

Sedangkan anak-anak di Jepun pun diajar adab dulu pada peringkat tadika/playschool, nampak tak pentingnya adab/attitude di situ? Boleh tengok contoh dalam video ni 👇

https://youtu.be/y_ee7-XrH6E

Atau banyak lagi video lain seumpama ni. 

.

Kisahnya, ada satu hari tu masa aku kerja shift malam, datang seorang pakcik ni dalam pukul 1 pagi, mengadu sakit perut/angin/tak sedap badan dsb, gitulah yang aku faham lebih kurang.

Usai bagi ubat dekat pakcik tu, aku singgah tanya doktor yang kebetulan berada dekat kaunter nurse pasal ubat yang pakcik tadi tanya juga. 

Doktor pun explain lah, okey takda masalah situ. Aku pun tanya untuk kepastian, tapi syukur dapat ilmu baru lebih lagi. 

Contohnya, Hyoscine boleh menyebabkan sembelit kalau diambil kerap. 

Haa part ni aku nampak sendiri sebab adik aku makan sampai dos ke tiga kot, diarrhea (cirit) dia jadi sembelit pulak haha (kakak kena gelakkan adik kan?) 

Kemudian doktor cerita lagi pakcik tu baru lepas prosedur inguinal hernia repair, memang ada kesan-kesannya yang dia akan rasa tak selesa sini sana. 

Pasal ubat pun pakcik tawar-menawar dengan doktor juga. Taknak ubat tu nanti jadi begitu, taknak ubat ni nanti jadi begini, ubat ni okey, kalau boleh taknak banyak ubat, sebab ubat lain yang kena makan pun dah ada banyak. 

Bunyinya banyak songeh, kan? 

Tapi tau apa respon doktor tu dekat akhir cerita dia, 

"Orang tua, macam tu lah. Kadang kena melayan sikit. 

Tadi katanya sakit masa dekat rumah. Dia pun call anak dia. Bila anak sampai nak bawa ke hospital, dah tak sakit pulak. Kadang mungkin sakit satu hal, ada isu lain juga tu saya rasa. (iaitu nak anaknya). 

Dah habis check tu, saya offer Nexium, taknak katanya nanti pening, saya offer Controloc, dia cakap okey. Tapi nak ubat makan je, taknak injection. Okey. Saya top up juga dengan Ganaton, bagi okay sikit perut tu, dia setuju situ.

Pakcik tu pun bagus, polite je.

Dia bagitau saya, kalau boleh doktor jangan lah bagi ubat banyak sangat, susah nak makan, ubat yang pakar bagi pun kena makan juga sana kan. Itu yang saya bagitau dia, kalau dah okey, boleh stop dua-dua ubat ni. 

Orang tua ni macam tu lah, kena layan lebih sikit."

Subhanallah.

Aku rasa impress giler dengan kesabaran dia, kelembutan dia tu memang dah seluruh semesta tau dah. Cantik tak payah cakap lah, mungkin mak dia lahirkan bidadari barangkali?

.

Walaupun cerita ni dah lama sebenarnya, mungkin bulan lepas. Tapi masih segar dalam ingatan aku. Mungkin satu, sebab aku kagum dengan layanan doktor tu (lagipun baru kenal dia juga). Keduanya, ayat doktor tu sebenarnya menjentik hati aku sangat-sangat. 

Tak lah maksudnya aku ni jenis panas baran, cuma ada lah karat-karat pemarah dan kurang kesabarannya tu. 

Jadi bagi aku, hebat sangat lah cara beliau melayan dan paling penting yang Allah nak tunjuk dekat aku adalah, itu tipsnya nak menghadapi orang tua. 

Aku ni mood-oriented person. Kalau mood okay, semua pun ok. Burung berak atas kereta pun aku terus ambil tisu lembap dan lap tanpa merungut. 

Tapi kalau masa mood tak elok, sebiji pinggan dalam sinki tak terbasuh pun cukup bagi telinga aku berasap.

Itu belum lagi nampak kesan tapak kaki kucing panjat kereta, "cuba kau pakai stokin, takda lah bertompok cermin kereta ni!", haa gitu kau. 

Tak baik kan huhu. 

.

Ada satu ketika lagi, masa tu aku dekat pharmacy, tengah sediakan ubat patient wad. Tiba-tiba dengar loceng bunyi, doktor S datang rupanya. Beliau nak tanya tentang beberapa ubat dan ambil ubat anaknya juga masa tu. 

Aku risau tak terlayan, aku ajak dia masuk dan tunjukkan beberapa pilihan ubat yang ada sesuai dengan soalan dia. 

Beliau pun tak kekok ceritakan tentang ubat yang selalu klinik luar guna, tanya kami juga sini selalu ubat apa yang laju, tukar-tukar info kan. 

Diselitkan juga perihal anaknya yang sedang diarrhea. Bagi aku yang masih belum ada berkahwin, 'bagi je lah ubat, nanti baik lah. Kalau dehydrate, masuk ward untuk drip balik.' 

Itu mentaliti aku. 

Tapi ayat ni keluar dari mulut beliau, 

"Biasalah bila anak diarrhea, mak-mak kena sabar sikit."

Sabar, tu dia sebut. 

.

Dan ya sama seperti kisah pakcik tadi, ayat ni memang terngiang-ngiang dalam ingatan aku sampai hari ini. 

Sekali lagi hati aku terjentik di situ. 

Bagi aku bukan sengaja Allah letakkan aku dalam dua-dua situasi tu. Allah nak ajar aku sesuatu dekat situ. 

Iaitu, sabar.

Okey? 

(Akhirnya dapat dah idea tajuk posting kali ni) 

Manusia memang tak sama, tapi tak bermaksud tak boleh berubah kan. 

Moga Allah berkati hidupmu 😊


Saturday, 12 June 2021

Caffeine and Me

 I wonder how caffeine can help raising up mood and awareness in some people because obviously not in me. 



Evening shift usually boredom (even though I like it most). I tried to decrease wasting time in social media. So I opened up the draft of yesterday's minute meeting and planned to finish it today. Please congrats me as I yawned at the first page!

Effort to be productive should be done. I went to the pantry and look for a coffee. I think I need something to help me focus so I took a sachet of Nescafe and yes, a mug of it is done. not even at the third sip, I got stomachache. 

As I continue typing, I got palpitation as expected. I ignored it and went to settle down patient discharge medications and inpatient reconciliation drugs, then I got headache. So I drank a lot of mineral water to counter the caffeine effects and it brought me to toilet then.

Guess what, I got hungry pulak.

Scrolling Foodpanda but found nothing nice according to the throat-demand. I want something warm but non heavy carbo like rice/mee/noodles etc. A warm pau should be nice. So I scroll even more, yes they are pricy in FP haha. So I continue the minute meeting.

But wait, how can I lie my mind? I still want something to chew. So I scroll once again the FP and found nice pau and pastries, hey that's are my favourites! Accidently I ordered so much (more than one person's portion) and continue the minute meeting. 

Just sharing here, I've been a secretory since I was 14 during school, and even at the college and afterwards, I still holding the title everywhere. When my Unit Manager said yesterday during the meeting that "you good in documentation," (and asked me to prepare the minute meeting grrr) 

I put a little smile. Ya that's a little thing I can do besides my weaknesses. That's my unit manager, she likes to appreciate her staff and we should be aware when she's not in mood, she can be worse that a devil (she quoted from her husband, and we acknowledge that).



Perfect. 

Back to the pastries & pau, Alhamdulillah, they are very nice! Best one I thought. 

I bought some pastries from anywhere but these ones exactly fit my tastebuds. You can feel how crunchy it is when they are still warm. The salty-butter taste of the butter croissant always my favourite. The Belgian Chocolate filling won't disappoint you. The apple filling really a perfect sweet-sour combination. 

The Kari Ayam Pau as tasty as usual. 


Don't worry I didn't finish them all, I brought home some. I still obeying the calorie restriction ehek.


As my mood is back, I continue the minute meeting and it nearly end of the shift. So it's right the old people said, the time always jealous of your spirit. Continue typing later. 

And back to the caffeine, no point to wonder around how some people love coffee so much because every single body and preffered is different =)

Tuesday, 8 June 2021

Malas @ Dispassionate?

 Sebenarnya nak menaip pun malas. 

See? Ayat pertama sendiri dah menguatkan tajuk posting kali ni. 

Dulu pernah aku share pasal passion. Betapa passion ni bagi aku macam magic power yang jadi bahan bakar kenderaan kita menuju destinasi. Passion ni juga boleh membawa kita pergi lebih jauh, enjoy dengan kerja, tak tergugat dengan ujian-ujian kecil, sebagai pemacu semangat dan resepi rahsia kebahagiaan, bagi aku lah. 

Tapi kalau takda passion tu, macam mayat hidup dah. Kerja pun dah jadi rutin harian saja, tak nampak kesungguhan dan daya saing tu, zero. 

Dulu aku seorang yang sangat passionate dalam bidang yang aku ceburi. Ada orang pun mengaku nampak. Walaupun tak pandai belajar, tapi aku bersungguh fahami apa yang aku pijak. Yang aku pegang, aku genggam. 

Aku punya tahap enjoy dalam bidang ni, aku catat semua benda walaupun kecil yang aku dapat, aku kongsi dengan orang terdekat, aku baca lagi berulang kali sampai penat. Sampai aku pernah rasa kalau berlaku kebakaran, antara benda penting yang aku kena selamatkan adalah buku nota aku, rasa berharga sangat ilmu. Aku pun impress dengan diri sendiri bila terkenang balik. 

Tapi, langkahku pernah terjerat. 

Padah tiada daya asertif. Impaknya besar. Trauma dalam otak. Fobia dengan kaum lain jantina (luar jangkaan minda). Takut sini sana. Risau tiada ke sudah. Gelisah dengan sesuatu yang tak pasti. Dan kesan paling aku perit bagi aku adalah, 

Dispassionate. 

(senyum) 

Kemudian membawa kepada kemalasan. Aku akui yang aku sudah berubah. 

Kalau dulu laman web MIMS, Medscape, buku BNF jadi kegilaan aku, macam ghairah baca buku sejarah, sekarang sekali pandang saja. Cukup sekadar cari yang perlu. 

Kalau dulu baca casenote patient jadi hobi aku di masa senggang, kemudian mana yang tak faham atau terma baru bagi aku, segera aku google atau tanya orang, terus catat dalam buku nota, sekarang aku tak terdetik lagi perasaan itu.

Kalau dulu ada topik-topik yang aku rasa hendak difahami, aku akan baca dan baca, sampai banyak tab dibuka di Google App, kalah buat assignment. Sekarang, ketawa menonton video Uncle Roger condemn nasi goreng mat salleh lagi menarik. 

Lagha, kan.

Dulu tak macam ni pun. 

Tapi tu lah, sebelah tangan takkan berbunyi bila ditepuk. Melainkan kalau kau tepuk di meja, baru ada bunyi. Tapi meja yang kaku juga jadi penyumbang kepada gelombang bunyi tu kan. 

Perasaan passion yang membuak-buak dalam hati aku membawa diri ke lembah kehinaan. Ya, aku rasa hina dengan apa yang berlaku. Hina sangat, seperti penzina, tu perasaan jujur yang aku alami. Sebab aku secara tak sedar telah 'approach' seseorang demi memenuhi keinginan aku untuk mendapatkan ilmu. 

Sedih? 

Ya ada sebahagiannya dari sudut hati. Keinginan untuk sambung degree mungkin terpaksa aku lupakan. Konon dulu nak sambung degree sebab nak banyak ilmu, supaya boleh bantu pesakit, boleh bercerita dan fahamkan pesakit dengan bahasa yang mudah dan menarik. Supaya rasa contented. Dulu lah, kononnya begitu. 

Marah? 

Tak pun. Mungkin sebab malas membuatkan aku jadi inert. Lebih kepada kecewa dengan kebodohan diri sendiri. Kesal dengan kelemahan sendiri. Benci diri sendiri, begitulah. 

Cuma sekarang ni, aku hanya perlu jalani saki baki usia yang Allah pinjamkan. Tiada semangat. Senyum pun dah kurang. Malas kan. Nasib pakai mask, kalau tak, sedih patient tengok muka aku. 

Mungkin kalian boleh doakan aku mampu tersenyum kembali? Ini bahagian aku, tak pernah sangka jadi begini.

9th June 2021

Counting days.


Friday, 4 June 2021

Degil

 Degil, or begedil? 

Mana-mana yang kau suka. Tiada siapa paksa, hak kau. 

Yang sakit kepalanya, aku, bukan kau. Aku ada ubat, bukan sejenis, malah lebih. Tapi aku juga ada pilihan, untuk ambil atau tak. 

Tak tahu mana datang sakit kepalanya. Makan minum tidur macam biasa. Dari 5 petang hingga 12:30 tengah malam, masih bisa denyutannya. 

Sakit kepala aku sejenis saja yang dominan, occipital and pricking.

Simple maths, kau makan ubat, hilang sakit kepala kau, boleh sambung layan tengok K-Drama atau sambung menelaah baby baru : Men From Mars.

Tapi kau tak makan ubat tu. Kau degil. Kau suka melawan. Kau rasa kau kuat. Kau rasa kau boleh. Kau seorang yang tinggi harapannya. 

Apa susah, datang je denyut tu, pejam rapat mata, paling teruk pun, kau terdiam masa menyembang, atau kau lari dari crowd dan masuk bilik, baring. (baca:tak hilang pun lagi sakit kepala tu). 

Layan je sakit kepala. 

Dan ini lah pilihan aku, tak makan ubat, letak handphone, tutup mata, bila datang denyut, pejam rapat mata dan kerut dahi sambil sebut, 

"Allahu Akbar, Allah, hamba redha, ampuni hamba."

Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...