MAKING DECISION
Menjelang usia 20-an ni, memang hidup menuntut aku untuk
buat keputusan sendiri. Percaya atau tak, aku tak suka benda ni. Sebab aku
jenis seorang yang lebih suka bekerja bawah arahan. Keputusan sendiri hanyalah
dibuat atas kertas exam sahaja haha, (betul salah masalah aku je kan, tak libatkan orang lain) dan selebihnya aku lebih suka orang buatkan
keputusan untuk aku.
point is : Aku takut keputusan yang aku buat tu jadi musibah di
kemudian hari. Aku tak kuat menadah telinga untuk mendengar buah mulut manusia.
SOALAN BETUL SALAH
Kak Reva, Pen. Peg. Farmasi tempat aku praktikal tu aku dapat rasakan yang dia nampak kelemahan aku dalam membuat keputusan ni.
Satu hari dia tanya
aku,
PPF Reva: Nani, you tau tak kenapa wujudnya soalan
betul/salah dalam kertas exam?
Me: sebab diorang nak jawapan tepat?
PPF Reva: Ya. Sebab diorang nak latih kita confident dengan
keputusan yang kita buat.
Me: Sebab tu jugak lah saya tak suka soalan macam tu, sebab
tak boleh ‘goreng’, unless kalau saya dah master dalam bab tu jadi saya
bersedia hehe..
ni contoh part aku quiet master nak buat keputusan~ part ni je laa |
Sampai bila nak stick dengan word ‘bersedia’? dalam hidup ni
banyak perkara yang datang tanpa minta izin, tanpa amaran, dan tak ada pun musibah yang
datang tu bagi penguman pun dulu untuk kita bersedia. so kena fleksibel lah wahai diri!
BUDAK KECIK NI JADI
PENGARAH PROGRAM
Masa Kem Pesona 2.0 Oktober 2017 yang lalu, aku dipilih untuk jadi
Pengarah program disebabkan aku je yang menepati kriteria yang dikehendaki.
Awal-awalnya aku rasa selamat sebab AJK Modul yakni Kak Maysarah selalu ulang,
“takpe kami ada je kat belakang Nani, apa-apa tak jelas tanya je okay”. Tapi
sampai bila je kan Kak May boleh support aku, akan tiba juga masa-masa yang menuntut
aku untuk buat keputusan. Dia pulak tak boleh turun masa program.
Dari meeting ke meeting, hinggalah hari program tiba,
keadaan mendesak aku untuk buat keputusan. Allah izin Timbalan Pengarah, Kak
Fatin Amran kena balik untuk last day since dia ada komitmen lain. Aku memang
perasan yang dia suka biar aku decide sendiri apa-apa yang AJK, Fasilitator
(FC) dan Urusetia Tanya. Banyak kali aku ulang dan merayu supaya dia tolong aku
untuk buat keputusan, dan dia selalu buat donno, serah balik persoalan yang
dilontarkan tu kat aku. Malam tu dengan nada lemah, aku cakap dekat dia yang aku ni lemah, aku tak
pernah berada di tempat ni, tolonglah. Masa TOT sendiri pun dia tak fokus
sangat. Sedih sangat.
Sebelum dia bergerak balik, dia pesan dekat aku supaya buat
keputusan yang terbaik untuk semuanya. Time tu aku rasa aku dah tak ada siapa
dah untuk bersandar. Rasa lemah sangat. Tiap solat aku doa supaya Allah pimpin
aku supaya setiap keputusan yang keluar dari lisan aku adalah Ilham-Nya, bukan
kehendak aku.
Alhamdulillah aku sedar yang aku masih ada AJK yang memang
orang lama dalam program : Kak Tasnim, Kak Izyan, Kak Afifah. And they helped
me so much. Tu pun setelah aku minta
pandangan. Kak Tasnim dan Kak Izyan prefer berbincang dulu dan Kak Afifah
prefer buat keputusan dengan tegas setelah dinilai baik buruk.
Pada kebanyakan kem, aku biasanya jadi FC dan Urusetia shj,
jadi tak penat, tak tension, tak stress sebab kita cuma stick dengan job scope yang ditetapkan, dan jalan ke sana sini sesuka hati bila siap kerja.
Being a Director, you must know all the
things, making sure everything going to be well.
Setiap sudut kena diperhati,
jangan terlepas pandang. Penat dia boleh tahan lah. Berjalan sana sini, usung
kertas modul dan running order ke hulu hilir, pastikan semuanya berjalan lancar
termasuklah slot akan datang lagi!
Fikiran aku asyik berputar-putar sambil flashback macam mana
lah Kak Nailah bekerja dulu, pantau semua AJK, selaraskan dengan FC lagi,
kegigihan dia, kesabaran dia, ketegasan dia memang aku fahami dan hargai bila
aku berada di tempat sama seperti dia masa tu. Memang dia dihormati lah dalam kalangan kami semua penggerak ni.
Malam sebelum majlis penutup, AJK multimedia surrender tak
reti buat video. Pada asalnya aku kurang tekankan pasal video sebab tu hal
kecil je. Tapi lama-lama fikir balik, seronoknya sesuatu kem tu adalah apabila
ada video untuk peserta tengok balik kan. Aku decide untuk buat sendiri video.
Tapi penat punya pasal, aku tumbang tertidur kepenatan malam tu. Kononnya nak
buat esok . Allah izin keesokannya sangat sibuk, memang tak sempat buat video,
dengan mengantuk tak hilang-hilang Allahu..
Sebelum majlis penutup, aku nampak Kak Fatin datang. Aku
terus jalan ke arah dia dan peluk dia, rasa macam nak nangis mengadu semua
benda. Tapi kesuntukan masa sangat. Dia usap aku, dia faham. Aku marah dia
sebab dia tinggalkan aku. Aku bagitau dah sebelum program, tolong berada di
sisi aku, aku tak kuat.
Tahu apa jawapan dia?
“masa ni lah Nani kena berlatih buat keputusan.”
Aku terdiam.
Sampai bila aku nak bergantung pada orang untuk buatkan
keputusan untuk aku. Aku belajar untuk buat keputusan setelah dipertimbangkan
pro n cons. Dan semestinya aku kena bersedia atas segala kemungkinan yang
berlaku.
Antara sebab aku tak suka buat keputusan adalah sebab aku
tak sanggup menghadap apa yang mendatang. Jadi sekarang aku kena bersedia. Diam
dan terima, tegakkan kebenaran bila perlu. Terima kasih Allah sebab bagi aku
peluang untuk peroleh ‘kemahiran’ ni.
PERSPEKTIF TERHADAP
ORANG MEDIKAL
selingan..
Perspektif atau pandangan kasar aku terhadap orang medical
dulu, diorang ni biasanya jenis yang suka buat keputusan, suka mengarah, ada
saja pendirian tegas tersendiri. I’m wondering why it is that so until I’m
apart of them. Aku dapat jawapan akhirnya. Hidup dalam bidang tu lah yang
menuntut mereka untuk jadi begitu. Akibatnya perangai tu diorang terbawa-bawa dalam
hidup bersosial.
Tak salah, Cuma yang aku perasan diorang akan kurang
pertimbangkan banyak hal termasuk isu hati dan perasaan.
Hidup dalam dunia perubatan (walaupun aku bukan dalam bidang
perubatan yang tepat, cuma cabangnya sahaja) ni, kau kena buat keputusan yang
tepat dan cepat. Orang sekeliling menanti keputusan kita. Tiada yang akan marah
dengan keputusan kau selagi tak salah, Cuma kalau ada alternative baru lah akan
dibawa untuk berbincang semula. Jadi kami ni dicop sebagai : tegas membuat
keputusan. Bab cakap belakang buat-buatlah tak dengar asalkan keputusan tu tak dosa, tak langgar peraturan dsb.
MAKING MY OWN
DECISION DURING ATTACHMENT
Aku pernah mengalami kejutan budaya sikit masa awal-awal nak
suaikan diri dalam norma kerja sebenar
masa praktikal dulu. Semasa proses pengisian ubat, diorang akan tanya
sama ada aku ambil ubat untuk berapa lama. aku pun jawab dengan tidak yakinnya
sekian-sekian tempohnya. Aku terus tanya adakah salah? Dan diorang akan jawab,
“taklah, nak pastikan je”. Dan babak ni berlaku berulang kali sehingga aku
benar-benar faham bahawa aku sedang buat
keputusan.
Diorang takkan faham betapa aku ada masalah dalam membuat
keputusan. Jadi antara hikmah aku dapat masa praktikal ni, ‘kemahirann dan
keyakinan’ dalam mebuat keputusan. Asalkan kau ada ilmu, fikir habis baik dah,
pertimbangkan dah semua perkara yang sepatutnya, tengok corak (trend) rekod lama dan
silakan buat keputusan. Jangan lupa minta Allah bantu!
Pernah sekali tu diorang tanya berapa banyak ubat insulin
aku ambil untuk pesakit tu kerana limitnya hanyalah 5 vial sahaja. Kalau
jumlahnya 6 vial, baru kita boleh consider. Tapi untuk kes ni, keperluan untuk pesakit
tersebut untuk tempoh sebulan tu lebih 5 vial dan hampir 10 vial!
Jadi jawapan ringkas aku,
“bagi 5 saja, patient tak compliance. Insulin lama pun tak
habis ni datang nak ambil yang baru pula. Nanti habis dia sendiri pun tahu yang
dia kena datang ambil”.
Guess what, diorang terdiam dengan jawapan aku bukti diorang
terima alasan aku. dan dah tentu jawapan aku tu tak salah pun, kenapa nak takut ? Alhamdulillah aku rasa sedikit berpuas hati atas keputusan
yang dibuat. Aku yakin, ni bantuan Allah sebenarnya. tak sangka juga aku akan buat keputusan cemtu hehe
COME ON, GROW NOW SMALL LADY !
Teringat masa tengah praktikal di farmasi jugak dulu, PF
Yani gelakkan aku sebab aku tak mampu buat keputusan even nak makan apa je pun.
Katanya, “budak ni ntah-ntah nanti nak kahwin pun was-was jugak”. Aku sengih je
tapi hakikatnya kabus seram menyelubungi hati aku, nak kahwin nanti pun aku tak
berani nak buat keputusan sebenarnya.
Sudah-sudahlah tu. Kau kena berani. Nak jadi student
berjaya, nak jadi isteri orang, nak jadi sayap kiri sebuah rumah tangga nanti
kan. Kalau tak ada keberanian dalam buat keputusan, macam mana masa depan anak-anak?
“kebaikan yang tidak dirancang akan tewas oleh kebatilan
yang terancang”
Ayat ni selalu aku dengar masa sekolah dulu. Maksudnya kalau
kita tak bersedia, tak plan apa-apa, takda pendirian maka kita terpaksa ikut
orang lain yang ‘merancang’ sesuatu untuk kita.
“make your own habit, don’t let the habits making up
yourself”
Nasiblah kalau terasa dengan ayat atas ni. Aku dah terasa
hihi. Kalau kita tak plan untuk berjaya so kita plan untuk gagal lah kan?
Ok see ya, sedang melatih tubi buat keputusan. Nak berjaya
ke tak ehh~
No comments:
Post a Comment