I’m done my part, the best one that I can do.
Tak kisahlah
sekiranya orang lain masih lihat kerja kita sebagai satu bentuk kelemahan. Tapi
pernahkan orang lain itu melihatnya dengan pandangan penghargaan kerana
kegigihan seseorang itu. Tak semua orang mampu. Pernahkah kalian terfikir mengapa wujudnya
terma “buat sekadar yang mampu”? pada aku, semua orang ada limitasi tersendiri.
Semua orang cuba melakukan perkara yang diarahkan sama ada
secara paksa atau rela, sesetengahnya ingin cuba melakukan yang terbaik,
sesetengah dari itu pula akan melakukan sehingga maksima mungkin sehingga diri
sendiri yang jatuh sakit, tumbang dan tewas. Tetapi yang lain tidak, tahukah
mengapa? Sebab kemampuan dan limitasi manusia berbeza lah.Ada orang melakukan
sesuatu pekerjaan itu sehingga diri sendiri cedera dek ingin melakukan yang
terbaik.
Tapi dihargaikah usahanya itu? Jawapannya ada pada diri
masing-masing.
Aku acapkali tertarik pada kebanyakan filem Jepun yang
ditonton. Apabila seseorang itu telah berusaha tetapi gagal, pasti yang lainnya
akan katakan bahawa dia telah melakukan yang terbaik, cukuplah!
Passion
Ini adalah satu perkara yang akan menunjukkan perbezaan
terhadap sekumpulan manusia yang melakukan pekerjaan yang sama untuk tempoh
yang lama. ada orang mampu belajar lama, faham dan boleh melakukan sesuatu
kerja itu dengan cekap sekali, malah perform
pula keputusan dia. Tapi disebabkan tiada passion
itu, maka dia akan berasa bosan dan hasilnya akan dilihat pada attitude
buruknya.
Tapi sedarkah bahawa ada orang yang tidak mampu belajar
lama, minat dengan ilmu berkenaan, tidak pandai, perlu diulang beberapa kali
sebelum boleh buat, itu tak termasuk cekap lagi. Tapi disebabkan dia ada passion dalam bidang yang diceburinya
itu, kesungguhannya dapat dilihat. Dia sanggup berusaha keras dan berkorban apa
yang ada padanya untuk terus berada dalam bidang itu.
Aku selalu berasa cemburu dengan orang pada golongan yang
pertama itu atas kelebihan-kelebihan yang dimiliki mereka itu. Akhirnya aku
lupa bahawa usaha kerasku untuk berada dalam bidang yang sedang aku ceburi ini
sedang dinilai untuk balasan di ‘sana’ kelak.
Semasa sekolah menengah dahulu, guru selalu berpesan bahawa
usaha keras yang kita lakukan itulah yang akan membantu kita ke syurga kerana
dilipatgandakan usaha kita. Berbanding orang yang pandai, mereka tidak perlu
berusaha keras untuk memahami perkara yang sama dipelajari semua orang.
Kalau lah hidup ini umpama permainan gadjet Subway Surf,
setiap pahala yang dilakukan dijelmakan dalam bentuk syiling emas itu, pastinya
semua orang akan berusaha melakukan yang terbaik sebanyak mungkin.
Tapi manusia ini diciptakan dengan sifat pelupa. Jadi iman
lah yang membantu supaya kita terus teguh dalam landasan yang benar.
PASSION SCENES
Scene Number # 1
Aku tiba di lokasi usrah. Kak Mai atau biasa dengan
panggilan Along bagitahu aku yang dia ke klinik kesihatan baru-baru ni kerana
buasir. Dia lantas bererita tentang apa yang berlaku serta ubat yang
diperolehnya. Katanya ahli keluarga dia yang lain juga ada masalah buasir ni.
Aku pun bercerita tentang bagaimana buasir boleh berlaku
berdasarkan kefahaman aku. Along pun sangatlah ralit mendengar penjelasan aku. Orang
lain pun tengok je aku bercerita.
Dalam perjalanan pulang, aku dan Along menaiki kereta yang
sama. Katanya, “Nani, kami Nampak hampa ada passion lah dalam bidang hampa ni. Hampa
boleh explain one-by-one macam tadi Jadi pharmacist berjaya tau!”
Alhamdulillah. Ni semua dari Allah, ameen.
Scene Number #2
Semasa dalam perjalanan menuju ke Seminar Pengucapan Awam
bulan lepas, Makcik Khairiah yang juga sahabat baik ibuku memberitahu aku
bahawa dia baru sahaja didiagnos penyakit kencing manis. Kini dia perlu
mengambil ubat tablet Metformin siang dan malam.
Dia bertanya kepadaku adakah penyakitnya itu akan sembuh. Maka
aku pun bercerita tentang kencing manis atau diabetes bahawa ia adalah penyakit
kronik yang tidak boleh disembuhkan tetapi hanya dapat dikawal bagi mengelakkan
serangan stroke. Ia juga adalah sejenis penyakit degenerative (akan merosot dari masa ke masa).
Setibanya ke destinasi, kawan baikku mengatakan bahawa dia
mengagumi kemampuan aku memberi penerangan mengenai penyakit itu. Aku hanya
tersenyum syukur.
Alhamdulillah. ini semua dari Allah.
to tie up,
guys, be appreciative! orang yang tak mampu berterima kasih pada Allah takkan tahu berterima kasih kepada manusia. jangan sehingga Allah tutup hati kita dari mensyukuri nikmat-nikmat-Nya.
No comments:
Post a Comment