Tuesday, 7 November 2017

Renal & Pelvic Ultrasound

Tips - Drink a lot of water before the RENAL procedure. Bring your own bottle of water to keep drink while waiting for your turn.

*renal=kidney=buah pinggang=ginjal

Sebenarnya banyak jenis ultrasound yang wujud dalam dunia perubatan moden kini. Namun yang hendak dikongsi pada post ini hanyalah berkaitan buah pinggang dan pelvis sahaja. Lain-lain jenis ultrasound boleh dilihat di sini


Overview -

Scan ultrasound ini tidak menyakitkan, tiada radiasi atau suntikan digunakan untuk pengimejan, semestinya selamat sebab frekuensinya adalah rendah sahaja. sebarang jenis besi, pin dan sebagainya tidak akan mempengaruhi pengimejan ini

Pesakit akan diarahkan untuk baring seperti biasa semasa imbasan dilakukan, dan dikehendaki mengiring apabila diarahkan.

Gel base air yang sejuk akan disapu pada alat pengesan [transducer] untuk melancarkan proses pengimejan. Transducer akan ditekan sedikit dan digerakkan atas abdomen pesakit semasa imbasan dijalankan. Hasil imbasan akan dipamerkan di skrin komputer untuk tujuan penilaian doktor.

Pesakit akan diarahkan untuk menahan nafas untuk beberapa ketika, bernafas dengan biasa dan tenang, menahan kembali nafas dan bernafas seperti biasa. Biasanya tiga set dilaksanakan untuk merakam imej, bergantung kepada keperluan. 


#Fact -

-Untuk scan buah pinggang or renal doppler, urinary bladder [pundi kencing] mestilah penuh, maksudnya pesakit dikehendaki menahan diri dari membuang air kecil..

Sama juga untuk tujuan scan USG KUB [ultrasonography of kidney, ureter, bladder].

-Untuk scan uterus a.k.a rahim pula, urinary bladder perlulah dikosongkan. ini bermakna pesakit dikehendaki membuang air kecil terlebih dahulu sebelum prosedur dijalankan.

Namun ada pendapat yang mengatakan pundi kencing hendaklah sebahagiannya terisi. Maksudnya tidaklah pundi kencing itu kosong kerana pundi kencing yang penuh akan menolak usus keluar dari rongga pelvis, jadi pengimejan uterus dan ovari lebih jelas.
Bladder mestilah dalam keadaan selesa, tidak menyakitkan dan tidak terlalu penuh.


#why?

Sebabnya cuba tengok rajah di bawah, kedudukan uterus adalah di atas bladder.
Bila bladder mengempis selepas buang air kecil, jadi uterus boleh dilihat dengan jelas semasa scan dijalankan.

sebaliknya..

Bladder yang penuh akibat tahan kencing membantu proses scan bladder dijalankan supaya bladder boleh dilihat dengan jelasnya sebab pundi kencing sedang mengembang.

Urinary bladder kita adalah organ berotot yang berupaya mengembang dan mengempis untuk menampung urin sebelum dikeluarkan dari badan ('=



#Mengapa ultrasound renal arteri doppler dijalankan?

Ujian diagnostik ini dijalankan untuk mengenalpasti sebarang sumbatan atau penyempitan arteri renal [a.k.a stenosis atau penyakit renovascular, stenosis adalah penyempitan pada salur arteri renal]. Salur darah aorta di abdomen juga dinilai. Bunyi seperti nadi berdenyut boleh didengari semasa ujian ini dijalankan dan ia adalah normal.

Berkenaan penyakit arteri renal stenosis ini, ia adalah masalah yang berlaku akibat penyempitan salur arteri yang membawa darah dari jantung ke kedua-dua buah pinggang. biasanya masalah ini dihadapi oleh golongan tua yang turut mengalami artherosclerosis (pengerasan arteri). Masalah ini boleh menjadi lebih teruk di mana ia boleh membawa kepada hipertensi (tekanan darah tinggidan kecederaan buah pinggang. Petanda ini ditunjukkan oleh perembesan hormon-hormon dari buah pinggang yang membawa kepada peningkatan tekanan darah. Untuk tempoh jangka masa panjang, renal arteri stenosis boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang.


#Mengapa ultrasound renal dijalankan?

Ujian ini dijalankan untuk menilai saiz, bentuk dan mengesan sebarang cyst, tumor, mass seperti fibroid dan sebagainya, batu atau lain-lain sumbatan pada buah pinggang.

Ultrasound ini juga dapat menunjukkan :
-tanda-tanda kecederaan pada buah pinggang
-ketidaknormalan pada buah pinggang sejak lahir
-komplikasi jangkitan saluran kencing (UTI)


#Mengapa ultrasound pelvic dijalankan?

Ultrasound pelvic atau gynaecologic ultrasound khusus untuk wanita. Ia dijalankan untuk memeriksa organ pelvis wanita termasuklah uterus [rahim/womb], endometrium [lapisan paling dalam pada rahim]. serviks dan ovari wanita.

Sebarang masalah berkaitan haid mungkin akan dilakukan ujian ini untuk mengkaji sebarang kemungkinan.

Namun begitu, tidak semua wanita memerlukan imbasan ultrasound ini. Hal ini kerana ultrasound pelvis ini berguna dalam mengkaji masalah-masalah yang berlaku akibat perkara berikut agar para doktor dapat melakukan diagnosis yang tepat iaitu :

  • haid yang banyak dan menyakitkan
  • sakit pada bahagian pelvis termasuklah ketika melakukan persetubuhan
  • ketidaksuburan
  • haid yang tidak tetap dan tidak kerap
  • pendarahan setelah menapaus
Selepas selesai imbasan ini, pesakit dibenarkan melakukan semua aktiviti seperti biasa.

REFERENS
http://www.mtnkidney.com/index.cfm/do/Patients.usInstructions
http://patofisiologi.blogspot.my/2014/09/pemeriksaan-radiologis-penyakit-ginjal.html
http://www.advancedwomensimaging.com.au/pelvic-gynaecologic-ultrasound
http://kidshealth.org/en/parents/renal-ultrasound.html
https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/renal-artery-stenosis-symptoms-treatments#1

No comments:

Post a Comment

Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...