1. Ujian-ujian
yang dilakukan untuk mengesahkan penyakit tekanan darah tinggi ialah
ü Ujian
fungsi thyroid
ü Ujian
electrocardiogram [ECG/EKG]
ü Ujian
air kencing
ü Ujian
ultrasound buah pinggang, ureter, pundi kencing
ü Ujian
ultrasound kidney droppler [fungsi
buah pinggang]
2. Ujian-ujian
ini penting dilaksanakan kerana komplikasi atau masalah jangka masa panjang
yang datang dari tekanan darah yang tinggi boleh membawa kepada kerosakan
Ø Jantung
Ø Mata
Ø Saraf
Ø Buah
pinggang
3. Masalah
tekanan darah tinggi pula boleh berpunca dari
§ Penyakit
buah pinggang dan hati [dikenalpasti melalui ujian air kencing]
§ Paras
kolesterol, kalium dan natrium yang tinggi [dikenalpasti melalui ujian darah]
§ Penyakit
kencing manis
SMBP
Sebelum semua ujian ni dilakukan, biasanya pesakit
diminta untuk melakukan SMBP [self
monitoring blood pressure] atau pemantauan bacaan tekanan darah tinggi
kendiri supaya trend bacaan tekanan
darah tersebut dapat dilihat dan dinilai,
Faktor-faktor lain pula akan diselidik seperti adakah
disebabkan tekanan, sejarah keluarga dan sebagainya. Bagi SMBP, ia digalakkan
dibuat di rumah menggunakan alat sphygmometer atau sekarang ni boleh didapati
dengan harga kurang RM2OO je untuk menghapuskan faktor ‘white coat syndrome’.
White
coat syndrome ni macam perasaan cemas yang dialami
pesakit apabila berkunjung ke fasiliti kesihatan seperti klinik dan hospital. Apabila
SMBP dijalankan di rumah, maka bacaan tekanan darah pesakit dapat dilihat
dengan serafam kerana pesakit akan lebih tenang.
Contohnya pesakit tu tekanan
darah dia normal je, tapi dia mengalami white
coat syndrome, bila ambil je bacaan tekanan darah di klinik/hospital,
tekanan darah dia terus jadi tinggi. Ini masalah bukan jadi kat orang tua je
tau, orang muda pun boleh jadi *macam saya hihi*
Tapi bagi yang tak berkemampuan untuk beli alat periksa tekanan darah tu boleh je buat di
klinik kesihatan, klinik desa, farmasi komuniti [kedai farmasi] dan sebagainya.
Kebanyakan klinik desa dan klinik kesihatan memang menyediakan ruang untuk
pesakit kendalikan sendiri atau dengan bantuan staf kesihatan untuk tujuan
pemantauan.
Biasanya doktor akan minta pesakit jalankan SMBP ni
selang dua hari atau dua hari sekali, pada waktu yang sama. Adalah DIGALAKKAN
pada waktu pagi kerana keadaan badan kita masih segar dan bertenaga. Kalau ambil
bacaan tu leaps waktu pejabat ke, waktu tengah hari rambang pans ke, tengah
lapar ke memang sengaja nak tengok bacaan tak cantik ler tu hehe.
Rekod bacaan SMBP tu kemudiannya nanti boleh dibawa
untuk ditunjukkan pada doktor semasa temujanji atau kali pertama nak jumpa
doktor untuk bincang masalah ni. Doktor akan nilai untuk dibawa ke ujian yang
seterusnya pula.
Kalau dah dihapuskan faktor stress, genetik, obesity
semua tu, dan masih tinggi bacaannya kenalah dibuat ujian-ujian lain untuk
tujuan mencari sebab.
UJIAN
FUNGSI TIROID
Untuk jalankan ujian ni, darah akan diambil dan
dihantar ke makmal untuk dilihat bacaan fungsi tiroid ni.
Tiroid ni sejenis hormone yang sangatt penting Allah
jadikan dalam badan manusia. Kuantitinya mestilah mencukupi. Kalau terlebih
boleh jadi hyperthyroidism dan kalau
kurang dinamakan hypothyroidism.
Okey jom tengok dulu maksud hormone.
Hormone ialah
bahan kimia yang dihasilkan/dirembeskan untuk memberi insyarat melalui cecair
badan [mengalir dalam saluran darah]. Ia bertindak sebagai mesej pengatur yang berkomunikasi atau molekul perantara yang
dirembeskan dari mana-mana bahagian badan untuk mengawal atur aktiviti sel
dalam bahagian tubuh yang lain.
Kelenjar tiroid yang menghasilkan hormone tiroid ini
berfungsi dalam mengawal atur metabolism tubuh [T3 & T4] dan mengurangkan
kadar kalsium dalam tubuh [Calcitonin].
Metabolism tubuh ni maksudnya proses-proses yang
berlaku dalam badan lah. Kalau sekecil-kecil proses dalam tubuh pun ada masalah
pasti akan ganggu sistem atau bahagian tubuh yang lain.
Penyakit hiportiroid disebabkan oleh metabolisma badan
adalah rendah dan ia berlawanan dengan penyakit hipertiroid. Perbezaannya boleh
gugel je sebab banyak. Tapi point pentingnya bila metabolism badan rendah
[hipotiroid], gula yang dimakan akan disimpan dalam badan, berlaku peningkatan
berat badan kerana gula tidak digunakan dengan efisien/cekap.
Bila keputusan ujian darah untuk mengukur paras
tiroid keluar, doktor akan memaklumkan sama ada bacaan tiroid pesakit sama ada
berada dalam paras rendah, normal atau tinggi.
No comments:
Post a Comment