Ubat yg diambil 3 kali sehari in bersifat short acting dan boleh guna utk tujuan emergency sbb cpt bertindak.
Eg Nifedipine.
Dlm BegCase di klinik desa, Tab Nifedipine pun diletakkan jugak bersama paracetamol, Vitamin K, Ferrous Fumarate dan Folate.
Nifedipine ni brtindak sbg ubat yg emergency digunakan utk turunkn tekanan darah pesakit yg nak lahirkan bayi.
....
pre eclampsia tu apa?
Risiko utk dpt sawan disebabkan masa pregnant ada mslh spt tekanan darah tinggi, edema, mslh jantung, proteinuria, diabetes etc
saluran darah mengecut bila pressure tggi. So oxygen dll zat penting x leh smpai kat baby. Risiko kematian yg tggi dlm kes kematian bayi bru lahir
.....
Edema tu bengkak. Ubat tekanan darah tinggi yg diuretics mcm hydrochlorothiazide (HCTZ), moduretic, spironolactone n frusemide tu smua ubat utk buang air lh. Edema ni boleh jdi sbb water retention, air bertakung dlm bdn.
Jd ubat diuretics ni flush air kluar lah. Sbb tu diuretic digalakkan untuk diambil pagi atau siang.
Kalo dose lebih sekali, maka dos terakhir adlh sblum pkl 6 ptg, kang pesakit x larat berulang ke toilet pulak kan mlm.
....
macam mana dengan proteinurea?
Proteinurea ni brlaku bila ada protein dlm air kencing. Prkara ni x boleh brlaku sbb protein spatutnya diserap kluar dri urine masa kat kidney. Protein ni molekul dia bsr. Jdi bila dia dok dlm urine mksudnya bahaya lah. Sbb boleh rosakkan kidney
Structure nephron tulaa kalau dia rosak akn ada masalah dlm water regulation dlm bdn kita..
Haa kalau minum bnyk tp x boleh nk kencing..itu problem laa tu..itu nama dia water retention..mungkin part kidney yg dkt collecting duct tu x boleh nk absorb air dlm kidney utk nk dibuang so volume air akn tinggi dlm darah..bila volume darah tinggi ity yg boleh mnybbkan hypertension (tekanan darah tinggi)
.....
memang kesan sampingan ubat tekanan darah tinggi kelas ACEi boleh menyebabkan batuk. jadi tak digalakkan untuk mengambilnya pada waktu malam, sebelum makan. contoh Enalapril, Perindopril (Coversyl), Captopril (Capoten) etc.
...
Mcm Cerumol (ubat utk tahi telinga keras) mungkin ada side effect lain. Tp kne aware dgn org yg allergy kacang sebab bahan dalam Cerumol ni berasaskan kacang.
...
Ubat tablet utk semput (Salbutamol) mmg boleh bg rasa ketat dada sebab mmg dia nak bg kesan tu
(merehatkan saluran pernafasan)
....
antibiotic tu ubat nak bunuh kuman. Harga dia mahal kalau nak beli sndiri. Bila bdn kita kena jangkitan atau infection, Dr akan bg antibiotic utk lawan jangkitan tu . dos yg Dr bagi adlh cukup utk matikan kuman tu . kalau ubat x dhabiskn, pastu kuman tu dtg balik nnti, pastu Dr bg antibiotic tu x jalan dah sbb bdn dah kebal. Then kita prlukn ubat antibiotic lain yg lbih kuat masa tu.
Tu cerita kerintangan antibiotic kita panggil atau antibiotics resistance. Kalo ada nmpk pamphlet atau streamer ke poster ke psl ni elok baca lah. ada kes yg plg teruk berlaku di Amerika kalau x silap, pesakit yang mati akhirnya sebab 26 jenis antibiotik badan dia dah kebal, so takda dah antibiotik lagi yang sesuai utk dia
...
Kalo ubat antiradang tu pulak dia kan steroid. Jadi dos kena cukup untuk dptkn kesan tu . Sbb ubt yg sma kalau dos beza, fungsi akn beza.
Contoh ubat aspirin. Sebijik 300mg. Untuk cairkan darah pesakit kolestrol tinggi, drh tggi n kencing manis kena makan 150mg je, separuh bijik. Tpi 300mg atau sebijik tu bagi utk pesakit utk tujuan tahan sakit. Tp praktis kat msia kita x bg lah sebijik utk tahan sakit. Kita bg ubat lain je
Kalau makan dgn dos yg betul, ikut saranan n arahan Dr xdak mslh punya utk masa dpn. Cumanya dlm kes2 yg jarang berlaku ada je side effect teruk. Sbb org lain mkn x jadi n dia mkn-jadi. Tu side effect lah. X semua org akn dpt. Bila dah jadi kena segera dptkn rwtn.
....
Steroid ni ubat power. Utk tujuan perubatan, Tahan sakit boleh, semput boleh, allergy blh, kena sengat binatang mcm lebah pun boleh. Tp mestilah ats arahan Dr
long term pngambilan ubat steroid ni boleh mnyebabkan tulang rapuh (osteoporosis), moon-face (muka jadi bulat)
....
utk masa dpn bagi pemegang kad alahan ni, bila nak jumpa Dr nanti antara bnda pntg kena bgtau tu mcm kita ada alergik ubat ke, kita pregnant ke, kita penah mkn ubt tu tp rasa x sesuai ke, ada G6PD, dsb. Kalo lupa bgtau Dr, bgtau time smpai kat frmasi pun boleh diorg tlg inform terus ke Dr utk bincang either tukar ubat etc
*makluma lanjut baca sini
pregnant n breast feeding lagiiii penting kena bgtau. Sbb ubat ni utk dia keluar dri badan adlh mlalui air kncing, najis n susu ibu.
Bergantung pada ubat lah. Lain ubat lain cara dia dikumuhkan/dibuang
...
G6PD?
Masalah enzim dlm badan. Semua baby yg lahir akan dibuat ujian tu. Diorg akn test sama ada baby tu g6pd negatif atau positif. Kalo negatif bagus lah. Kalo positif g6pd kena berjaga2 sbb org mcm ni Allah izin sel darah merah dia senang pecah bila berhadapan dgn bahan kimia tertentu. Contohnya mcm ubat gegat, ubat nyamuk (alternatif, ada parent yg bg anak dia guna ubat nyamuk elektrik bru ok), kacang parang xleh makan dll.
Kalo g6pd ni kena bgtau Dr sebab ada senarai ubat yg biasanya x boleh bagi pd psakit tu. Mcm ubat demam paracetamol (panadol), ubat batuk yg air tu diorg x leh ambik nnti jdi lg teruk
Tp ada je pesakit yg x jadi apa2 pun bergantung pd badan. Badan manusia ni berbeza even kembar seiras pun sistem badan x sama
No comments:
Post a Comment