antibiotik ni sebahagian dari ubat yang perlu dihabiskan dosnya.
kalau perasan,dekat bungkusan ubat atau botol tu akan dilekatkan sticker atau ditulis:
anibiotik @ untuk dihabiskan @ finish the course.
perasan tak? haa penting tu, kalau tak nanti kuman yang sama datang balik, ubat yg dimakan tu dah x berkesan lagi.dipanggil juga kerintangan antibiotik @ antibiotic resistance.
kita taknak lah kan jadi macam ni. dekat negara omputih sana, ada kes kematian seorang wanita akibat jangkitan kuman, yg mana tak boleh lagi dirawat dengan antibiotik biasa sebab badannya dah kebal dengan 27 jenis antibiotik dah!
jadi, gagahkan diri untuk habiskan juga macam mana pun dengan sedikit usaha untuk jaga kesihatan. ingat, badan adalah pinjaman, bukan anugerah :-)
tips simple ni sesiapa pun boleh buat, ni cara aku. buat alarm clock dekat handphone tu untuk setiap kali masa makan tiba.
macam Cloxacillin yg aku kena habiskan dalam post ini ni, 4x sehari, so aku buat lah alarm set, label dgn title masa makan ubat.
so far, 2x dah kena makan antibiotik untuk 3 tahun ni, memang cara ni je yg aku guna. Alhamdulillah sgt membantu.
kalau 4x sehari, dicadangkan 6pg, 12tgh, 6ptg dan 12 mlm.
kalau aku, 6pg tu kadang x bangun tidur lagi sebab kadang-kadang pkl 6 lebih kan, so aku anjak lah sejam lewat semua masa tu. x kisah asal selang jam tu kena betul. kalau pegawai farmasi tu ckp 4x, so divide lah jadi setiap 6 jam. lagipun masa makan akan terganggu sikit lah untuk 5 hari tu sebab ubat ni makan sebelum makan.
Ubat yang diambil sebelum makan : maksudnya, 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.
jarakkan masa makan dgn betul spy x ganggu keberkesanan ubat nanti, fokus utama untuk bagi ubat berkesan lah kan ^^ insyaAllah x jadi dah lepas tu nanti ye. ingat, berubat atau dapatkan rawatan aalah wajib hukumnya
sekian ~
No comments:
Post a Comment