Friday, 23 February 2018

Bisul Nakal !






bisul ni mat salleh panggil Boils @ Abscess. 

Ia ni sejenis jangkitan kuman lah. ada yg superficial atau bahagian atas saja. tapi dalam kes yang teruk, kuman tu boleh makan daging, haa tu kena operate buang. kalau yg menempek dekat superficial skin layer tu, antibiotik je dah cukup. kalau dah baik pun, kena habiskan juga antibiotik tu.

bisul ni akan jadi lebih teruk kalau ia menjangkiti pesakit diabetes. ringkasnya macam ni lah, dalam bisul tu ada kuman, untuk dia hidup, kena ada makanan. dan pesakit diabetes ni kaya dengan gula dalam darah dia. jadi kuman tu enjoy lah hidup kan sebab ada makanan iaitu gula tu sndiri. lagipun pesakit diabetes ni sekali dah luka atau cedera memang lambat sembuh kan. jadi memang kena berjaga-jaga

kalau kes yang masih baru, krim antibiotik dah memadai spt Neomycin Cream. tapi kalau tak selesai juga masalah bisulnya tu selepas 3-5 hari, kena refer klinik, jumpa doktor balik. mungkin doktor akan preskrib ubat antibiotik oral untuk dimakan pulak.


Kisah aku dengan bisul nakal

lepas final exam semester 7 bulan December 2017 tu, aku demam, selsema dan batuk, semua cukup lah, set dengan sakit tekak lagi. aku taknak ambik ubat. plannya nak lawan sendiri je.

tak lama lepas tu, aku sedar macam ada jerawat kecik dekat bo***t. alamakk apa jadi ni ?? mana ada aku duduk atas bantal pun *kaitan* hahaha.. memang tanak lah pegi klinik ke apa, malu kot. so biar lah menderita 2-3 hari, ingat lepas pecah sndiri okay, malangnya nasib tak menyebelahi aku, beberapa hari lepas tu naik lagi seketul dekat belakang betis. haa ni tak boleh jadi, parut teruk nanti. aku pun ajak lah adik hensem sorang tu pegi klinik.

sampai je klinik kesihatan, perghhhh ramai beb! ouh lupa, kelmarinnya tu cuti umum kan, so ramai lah klinik hari ni, PT tu pun suggest aku pegi klinik 1 Malaysia je dulu, kalau diorang tak boleh handle, baru diorang akan bagi surat refer ke KK. okay aku pun setuju sebab tak sanggup menunggu huh.

nasib baik adik aku tau jalan, aku ni tak pernah pegi K1M ni sebab jauh dari KK dekat dgn rumah tu, papan tanda pulak kecik lahai..

Klinik 1 Malaysia

first impression, not bad, service pun okey je, mesra je staff semua. sedia membantu lagi. ye lah, aku masuk sorang, si adik tu dia tunggu kat luar jek main handphone. dan first time lagi, klinik kerajaan ni aku tak pernah pegi lagi, sebab sebelum pencen, kami sekeluarga memang pegi klinik panel private je kan.

mula-mula, nurse tu tengok dulu, dia macam terkejut sikit sebab dia kata besar lah jugak, siap ada mata lagi bisul tu adehh. dia pun panggil MA tu tengok sebab lagi mahir kan. so dia pun suruh register.

dahlah x bawak IC, sebab lepas final hari tu, x keluarkan lagi IC dari pencil case agaknya. lupa lah kot. baik je dia, x marah-marah pun, aku yang risau teruk tengok IC takdak huhu.

pesakit pun x ramai, kejap je tunggu turn. cuma takde doktor lah, MA je, tp MA yang KUP lah, yg lama kerja tu (uniform dia kemeja hijau). baik je nurse tu layan pesakit sorang ni yg terkial-kial hahaha..

so lepas siap consultation, dia pun bagi ubat. ubat first line je lah dulu kan, macam krim neomycin ni. kalau x baik jugak selepas 3- hari, baru pergi klinik kesihatan untuk rawatan selanjutnya katanya.

Neomycin Cream
nampak tak aku pakai banyak mana hahah. sampai kempis tube nya tu. compliance kot sebab nak halau bisul nakal ni pegi jauh-jauh. eh jangan salah faham pulak, aku dapat half je tau, diorang lipat half tube krim tu. packaging dia kan besar tu, rugi je kalau bagi yg besar cemtu, pesakit pakai sikit je. so aku setuju je lah diorang bagi half tube ^^

hari berganti hari, memang lah part aku sapu krim tu, bisulnya akan pecah, tapi akan naik lagi kat tempat lain. setiap kali naik, aku sapu krim. sedar tak sedar, nak dekat 10 biji tau timbul dalam masa 2 bulan! nampak tak 2 bulan ?

tu pasal bertangguh pegi klinik sebabnya hehehe. ye lah, tiap kali nak pegi klinik je, dia pecah sendiri, aku nak tunjuk apa nanti haha.


Cerita di KK

Allah izin, pegawai farmasi dekat KK yg aku attach tu mesej nak hantar dobi, so aku pegi lah ambil. masa nak hantar minggu lepas tu, aku pun stay lah beberapa jam kan, mak aku pun nak pegi tempat lain. lepak lah dulu dengan diorang. time ni ketua PF dah tukar ke Pej. Kesihatan Daerah (PKD). so aku berpeluang lah jumpa PF baru tu, mesra je dia.

aku pun buka mulut dekat PPF R yg aku rapat tu, tanya pasal ubat apa yg sesuai utk bisul. dia kata mmg selalunya akan dapat antibiotik. tapi dia sndiri tak berani bagi cemtu je sebab antibiotik kan. punya lah baik, dia pun call bilik Dr tu, cakap kata aku nak jumpa kejap.

so aku pun pegi lah register apa semua dan jumpa doktor tu. dia kata nasib baik x besar, kalau besar macam tapak tangan tu operate lah ceritanya. sebab bisul ni ada sac (kantung) dkt dalam kulit tu. aku ni saiz macam 20 sen je paling besar, tu pun risau habis sebab sakit of course lah kan, lepas tu risau jugak sebab jangkitan kuman kan. family aku pulak ada sejarah diabetes, lagi lah kena aware.

maka pulanglah aku pada hari tersebut berbekalkan 3 jenis ubat, yg antibiotik nya 40 biji amekaww haha..

Cap. Cloxacillin Sodium 250mg, Tab. Magnesium Trisilicate, Tab. Actifed
yg wajibnya antibiotik tu lah untuk dihabiskan. dosnya 500mg sebab dewasa, yg ada 250g, so kena makan 2 bijik. Magnesium tu ubat angin. x makan pun xpa je. tapi side effect antibiotik ni boleh jadi tak sedap perut (stomach upset) pada sesetengah pesakit, ada yang jadi ruam dsb, 

asalnya aku taknak pun telan ubat angin tu. kali pertama dan kedua nak try dulu tanpa ubat angin. memulas dia ya tuhan hahaha, serius terganggu tidur. rasa macam perut berkeroncong sebab lapar tu haa. so kali ketiga aku give up, telan jugak ubat angin tu. huh Alhamdulillah lega, x rasa dah sakit perut tu.

yang aku perasan, kalau bisul yang pecah sebelum ni sama ada aku pecahkan sendiri ataupun pecah sebab krim tu, beza rupa dia dengan bisul yang pecah disebabkan ubat makan tu.

kalau yg pecah sendiri, kesannya kulit situ jadi merah keliling, rasa keras (stiffness), kulit lembab, dan gatal tu azabbb.
kalau yg pecah disebabkn ubat, kesannya kulit situ jadi kering, macam terbakar, warna kulit jadi gelap, beza dengan pecah sendiri!

the last dose
gigih tak gigih, aku berjaya penuhi dos tu! Alhamdulillah, 40 biji. naseb ceria kaler, semangat sikit nak telan hehe. rasa hebat lah jugak, pencapaian yg baik untuk diri sendiri sebab aku tau, bukan mudah nak patuh pada pengambilan antibiotik ni. tahniah juga pada di luar sana yang berjaya penuhi dos masing-masing. 

tips nak habiskan antibitotik boleh lihat di sini.

so itu je lah kisah aku dengan angkatan bisul nakal ni. selamat jalan semuanya, jangan datang kembali walaupun korang dah tinggal kenangan parut kat badan aku haha..

jangan lupa panjatkan kesyukuran pada Tuhan sebab bagi kemudahan dalam dapatkan rawatan dalam bumi bertuah, Malaysia ni. antibiotik saja boleh mencecah RM60 tau, ni kita dapat dengan bayaran RM1 sahaja! dan berkesan bukan? sama je dengan ubat yg beli sendiri tu. 

syukur jangan kufur ^^


No comments:

Post a Comment

Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...