Wednesday, 28 March 2018

Medical Usrah

JEMPUTAN

the night before, Dr Izyani whatsapp aku utk jemput. tiba-tiba je dapat whatsapp dari orang tak kenal. ajak makan-makan pulak tu. okay then stalk lah siapa kan. ok muka macam kena, Alhamdulillah letak dp muka sendiri (part ni aku appreciate sangat sebab tak semua orang akan mudahkan urusan orang lain part ni). mutual group : yeh group KKH. confirm aku kenal. padahal dia dah introduce diri dalam text tu. padan lah muka tak baca dulu.


CONFIRMATION

aku pun accept je lah tawaran utk join tu kan since memang takde hal masa tu. so decide pegi dengan apa dan siapa etc. ok then berangkatlah beta...


THE ARRIVAL

sejujurnya akulah manusia yang paling cuak dan pemilik humble feeling yang tertinggi bila bersama mereka. sebabnya dah la yang paling muda (age is nothing kan), pastu student je baru (yang lain semua dah kerje except sorang kakak tu tengah tunggu nak masuk HO) dan aku sorang jek in pharmacy field (diorang semua adalah duktur).

dia punya cuak tu sampai terbawa-bawa lah sampai ke restoran tu. dengan cari orang tak jumpa lah, padahal bukan ramai pun customernya. cukup pakej tak perasan text mesej tu hghlight perempuan shj. hang buat gelabah apa lah ceq. bukannya ada specialist yang hebat2 dan doktor hebat2 tu pun, ppuan je semua hahha


THE BEGINNING

aku ingat aku orang last sampai, rupanya tak, orang second last. so diorang tak start lagi lah. setakat sembang-sembang je. aku duduk and salam-salam tu semua sambung lah sembang dan berkenalan bagai sambil tunggu kakak duktur tu lagi sorang. dah cukup korum kami pun start lah perkongsian.

Agenda:

1) isu semasa KKH. soal ahli-ahli lain, doktor-doktor vateren dsb.
2) motif perjumpaan. nak buat program-program kesihatan untuk orang ramai, berkenalan dengan orang ramai, nak ikat hati supaya kekal dalam lingkungan tarbiyah
3) the sharing : Kenali Diri :

a. berkawanlah dengan orang soleh
supaya kita pun akan terikut kesolehan dan amalan mereka. orang soleh ni hati mereka sentiasa tenang dan tenteram, sabar tu tinggi, walaupun tak dikenali di bumi tapi famous di akhirat seperti Julaibib kan.

b. biasakan diri dengan amal soleh
bulan ramadhan akan tiba tak lama lagi. gunakan masa yang ada untuk practice seperti dalam bulan ramadhan. bawa habit baik tu ke bulan-bulan lain. macam bangun awal, mulakan pagi dengan membaca, sabar dan sebagainya.

tu je lah aku ingat antara intipati sharingnya tu. aku pun x bawak buku sebab tak expect akan ada sharing gini. aku cuba je nak hafal dan fahamkan dengan kaedah mendengar. i failed again.

memang aku jenis orang visual, bukan audio. aku akan lebih catch up things dengan melihat, melukis, menulis dsb. suruh aku mendengar, sorry 25-45% je aku dapat. no matter lah kalau ada orang cakap aku mampu type atau tulis je laju-laju, tu je aku mampu.


REFLEKSI

best je actually boleh duduk bersama mereka walaupun rasa tak layak tu tinggi menggunung. especially part diorang start guna medical terms tu lahai, sikit je lah aku mampu faham. selebihnya senyum tak perlu kata apa-apa.

banyak kisah dan tips yang dikongsikan masa sharing tu, antara part yang aku paling ingat:

perbaharui niat kita setiap kali nak buat sesuatu sebab taknak amalan tu sekadar rutin dan kitaran hidup. kita nak apa yang kita buat adalah sepenuh hati dan Allah terima. jadi buat sehabis baik. 

betul jugak tu. kadang-kadang bila buat kerja tanpa perbaharui (tajdid) niat, kita tak rasa pun nak buat bersungguh-sungguh. kalau niat tu jelas insyaAllah feeling tu lain sikit.


THOUGHT FOR TODAY

adakah aku bersedia dan mampu nak sambung degree nanti?


ok thats all for today. wait for beautiful tomorrow, nak submit SPSS utk research paper untuk last semester ye. see ya

No comments:

Post a Comment

Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...