Saturday, 27 February 2021

Veve & Tayar - Ujian Kuasa Dua

Kisah aku dan kuda tungganganku, Vèvé adalah 1001 kisah suka dan duka. Ia mengajar aku erti pengorbanan, pengharapan, pengajaran dan erti hidup terutamanya.

Tentang mengapa aku pilih dia, kenapa dia yang hadir dan sebagainya, mungkin itu yang terbaik Dia aturkan, aku redha.

February 2021, ujian aku bersama kuda ini aku rasa amat berat. Tapi syukur, air mata berjaya aku kekang dari menjadi bah, ia sekadir mengalir lembut membasahi pipi. 

Acapkali ujian tiba, aku refleks diri andai ada dosa di mana-mana, salah kerana ada yang tidak aku jaga. Hati kecil ini lantas mencari Pemilik Semesta, mengadu seakan anak kecil dengan tangis teresak-esak gamaknya. 

Siapa aku untuk mempersoal kehendak dan susunan-Nya. 

Ada ketika dengan menukar 2 biji tayar itu hanya diselangi istighfar dangan pejam rapat mata ini.

Sakit, tapi aku tahu perlu.

Tapi kali ini sakit torehannya kerana sangat misteri. 

#KES 1

Aku seakan-akan terdengar bunyi letupan dari arah belakang, disangkakan terlanggar botol plastik ketika memandu. Selang beberapa kilometer, kenderaanku terasa berat dan hampir mati. Aku berhenti di tepi jalan, di bawah lampu jalan di hadapan rumah orang. Lebih kurang 500 meter di hadapan ada roadblock kerana PKP kali ini. 

Aku tidak menyalakan lampu kecemasan. Aku tak suka menjadi perhatian. Aku duduk senyap-senyap dalam kereta, mematikan enjin lantas menelefon abangku jauh di Johor sana.

Dia menyuruhku membuka boot hadapan kereta dan memeriksa apa yang patut, berdasarkan arahannya.

Aku menelefon abangku di Perlis pula memberitahu kejadian ini. Sambil menunggu dia tiba, aku menghantar pesanan Whatsapp kepada adikku, menunjukkan gambar kereta tersadai di tepi jalan, di mana jam menunjukkan hampir 10 malam. Aku mula menerima panggilan tak berhenti dari seluruh keluarga.

Abang tiba membawa jiran menaiki motosikal kerana mereka dari rumah rakan. Usai memeriksa, diselangi menghubungi sana sini berbincang, mereka memutuskan untuk membawa aku pulang menaiki motosikal.

Aduh, masalah besar! Fobia aku dengan motosikal masih tersisa, namun gagahi juga dari menunggu hingga entah bila di situ. 

Sampai di rumah, tanpa menjamah sebarang makanan, aku baring di katil dan terlelap hingga ke pagi dek keletihan. Aku tidak lupa air mata yang mengalir kering ditekup bantal kerana diselubungi sedih melampau. 

Siapa sahaja yang datang untuk menyembang tidakku layan. Aku perlu masa untuk tenangkan diri, sendirian.

Aku jahat, membiarkan kakakku sendirian mencari kedai tayar di petang hari keesokan harinya. Aku merajuk benar kali ini. Akhirnya dia pulang hampa kerana tiada lagi kedai buka kerana esoknya cuti raya cina. 

Baru siang itu aku menghabiskan sejumlah wang untuk tinted (setelah penat mendengar bebelan orang keliling), malamnya pula tayar pecah. Allah, hamba sedih.

Keesokannya aku mula bercuti di rumah untuk berehat selama beberapa hari, langsung aku tidak pedulikan kuda itu. 

Sehari sebelum cutiku berakhir, aku masih tidak mahu memandu kuda itu. Aku menyuruh orang lain. Tapi aku dipaksa ikut juga untuk belajar. Aku akur. Sepanjang perjalanan itu aku diam sahaja mengenang nasib diri.

#KES 2

Kurang 2 minggu kemudian, tayar di sebelah sana pula pecah. Allah. Aku tak tahu bagaimana harus aku menunjukkan reaksi. Cuma tika itu aku terdiam. Bisu. Lemah. Hanyut aku dibawa lamunan.

Telefonku berdering menerima panggilan dari bonda. Aku mengkhabarkan kejadian itu. Beliau cuma bertanya apa yang perlu dia bantu. Aku hanya pohon doa.

Dengan menebalkan muka dan suara, aku menghubungi abangku sekali lagi. Banyak arahannya. Bebelan demi bebelan dihemburkan. Semua bagiku tak mahu aku sempurnakan. Fikiranku hanya satu, lari. Langsung tidak menyelesaikan masalah. Pengecut.

Dia tiba tidak lama kemudian bersama 2 orang rakan merangkap jiran kami juga. Aduh, kawannya pula sambung membebel. Siap bertanya apa yang aku lakukan pertama sekali? Kataku, aku makan burger dahulu kerana risau aku tidak dapat berfikir waras kerana aku memang lapar ketika itu. Dia menepuk dahi dan membebel lagi.

Usai menukar tayar, mereka meninggalkan aku bersama kuda bertayar cacat itu, 3 tayar rim saiz 16, lagi satu rim saiz 14 mungkin ? Kecil sekali. Aku pun perlahan-lahan memandu pulang ke rumah. 

#MISTERI?

Bukan hak kita menghukum sesiapa. Bukan akhlak kita menuduh sesiapa. Walau banyak kali manapun kita memeriksa CCTV ciptaan manusia, takkan kita dapat menerima jawapan andai bukan itu kehendak Tuhan.

Aku redha. 

Meskipun hati kecilku memberontak, terus dipujuk hati yang keras itu, ini bukan kuasa kita. Sudahlah hati, sudahlah.


Sunday, 14 February 2021

Yis - Tricky nya!

Assalamualaikum & Hi!

Tiber tajuk entry hari ni pasal yis. Kadang ada orang panggil Mauripan, brand name dia kan. Sama macam ubat gigi, brand name dia yang ori nya Colgate, sebab tu ramai sebut Colgate berbanding Ubat Gigi. 

Macam juga Maggi, padahal mee segera, tapi dah ori atau perintisnya brand Maggi, maka kita pun sampai hari ni sebut mee segera sebagai Maggi gittew, ada je banyak brand yang datang kemudian dalam bentuk generik, maksudnya bukan asal/perintis tu macam Indomee, Mee Sedap, Ruski, Mamee etc. eh belajar pasal pharmacy ke tu? πŸ˜…

Kat mana tadi? Haa pasal yis.

Bagi aku dalam baking dan dunia memasak ni kena try an error, kalau tak jadi then buat lagi. Tiada orang akan stop kan kita melainkan kita stop kan diri kita sendiri.

Baker yang aku respect - my SIL pun sangat pandai baking, aku suka tengok hasil baking dia, kemas, sedap, dan bahan terjamin! 

Itu pun dia pernah cakap untuk sampai ke tahap itu, banyak kali juga dia mencuba, ikut kelas, kalau tak jadi, buang saja kemudian cuba lagi.

Kalau kita tengok kisah-kisah founder KFC, Domino's tu semua, mereka pun ambil masa yang lama untuk berjaya, cuba tapi gagal pun tak putus asa hingga nama produknya dikenali seluruh dunia sekarang ni.

Aku akui aku ni tak pandai masak. Antara sebab utama penghalang aku adalah sifat takut mencuba. Jadi aku akan buat benda yang aku yakin aku boleh buat je.

Kemudian bila meningkat umur ni, aku rasa aku kena belajar lagi. Jadi perlahan-lahan aku lawan diri aku. Berpegang pada prinsip "No Rules In Kitchen," aku pun mencuba resepi baru dari semasa ke semasa. 

Yang jadi tu Alhamdulillah boleh dijamu, yang tak jadi tu biasanya aku post mortem dulu dekat mana silapnya. Kemudian dapatkan second third forth opinion dari Ibu, Abah, Abang/Kakak semua. Atau option masa ni, call Kakak di kejauhan sana untuk talian hayat. Kalau boleh diselamatkan, syukurlah. Kalau sebaliknya, senyap-senyap aku buang πŸ™Š

Sejujurnya aku tak suka membazir, tu cara kami dibesarkan. Kami bukan jenis yang buang makanan. Apa pun akan cuba dihabiskan juga, kalau tak mampu juga, kongsikan rezeki bersama Rembo And GangπŸ“πŸ“πŸ“ di reban hee.

Sejak bila berbaking?

Ni balik kepada childhood memory balik sebenarnya. Ibu dulu suka baking. Dia pandai buat macam-macam kek untuk dijual, favourite aku adalah kek kurma dengan kek coklat. Selain tu Ibu juga pandai buat biskut raya. 

Menjelang raya saja, mesti banyak tempahan eksklusif diterima. Tempahan tu takda lah banyak macam kilang tu tapi mesti ada lah tiap tahun. Yang laris biasanya Tart Gulung, Makmor (favourite no 1 aku yang Ibu buat saja), Biskut Y, Biskut Kacang, Biskut Buah Pinggang dan banyak lagi. Kebanyakannya memang aku suka. 

Jadi dari kecil memang aku dok perati je Ibu buat. Kalau lebihan doh kek coklat tu semua mesti aku akan habiskan (jilat guna jari). Kalau biskut yang dibuat, mesti aku diberi peluang untuk buat sekali.

Ibu selalu cakap, "Hidup biar ada kemahiran, dicampak dekat mana pun, kita tau cara buat duit sendiri". 

Jadi pada umur awal belasan macam tu, aku dah berani dan dapat lesen untuk baking sendiri. Berani sebab apa? Sebab aku dapat panduan yang jelas dan aku tau aku ada back up kalau ada masalah nanti iaitu cari Ibu.

Okey ni cerita dari rumah.

Lepas SPM dulu, aku bantu SIL dekat bakery dia. Asalnya tolong jaga anak dia je, tapi lama-lama dia ajak tolong buat kerja-kerja pembantu dapur dia. 

Kerja-kerja simple saja macam sapu planta dekat loyang, lekatkan sticker jenama, susun masuk kereta untuk hantar ke kedai, sediakan bahan tu semua, by time dah boleh tolong setting oven, angkat kek dari oven, sampai lah diberi kepercayaan untuk baking tu sendiri. Resepi dia lekatkan dekat dinding. Just ikut saja. Jangan salah.  Tapi dapat kepercayaan tu dah rasanya level privilage besar dah bagi aku hehe..

Aku tak pernah berhasrat untuk buka kedai atau bisnes dengan ilmu yang aku dapat ni. Jadi aku buat memang semata-mata untuk have fun selain tunaikan hasrat perut gittew.

Sekarang kan semua benda kita nak share dekat media sosial. Aku tak share sangat dekat Fb sebab terlalu open bagi aku. So banyaknya aku share aktiviti harian dekat Whatsapp Status, takpun Instagram sebab boleh review kan nanti, tapi tu lah IgStory aku selalu gelong pehal tah ?

Baaaaack to the root : Yis.

Aku sekarang ni dalam fasa suka buat donut. Ya aku tau kalori tu semua, tapi like I said, buat untuk have fun, memang best, share dengan family air tangan kita kan.

Jadi nak mendonut ni kena guna yis. Sangat tricky tau! Aku rasa setakat ni nak dekat 5x kot aku buat kerja guna yis. Sekali je betul-betul naik dengan sekali cubaan.

Aku gigih kot google sini sana, buat research ewwahhhh untuk dapatkan hasil terbaik bila sediakan yis.

Ada yang suruh campur garam, gula, susu pekat dengan yis dan air suam,

Ada yang suruh tuang je atas adunan tepung,

Ada yang suruh sediakan yis dengan air suam semata-mata,

Ada yang suruh sediakan yis dengan air suam dan gula saja. (ni yang terbaik setakat ni)

Eh banyak lah pendapatnya!

Untuk malam ni, aku tunggu dari lewat pukul 8 malam sampai 11pm lebih, dengan frustnya, aku pun update status - pujuk yos naik dengan baik. 

Maka ada lah beberapa orang respon. Yang bagi tips itu ini, eh yang request hasil kejadian pun ada haha. 

Jadi ni dah siap aku goreng untuk frozen kan tadi. Hasil malam ni aku tak puas hati lagi huhu. But still boleh cuba lagi. Still, aku menulis dekat sini supaya kalau aku dah mahir nanti, aku tahu yang aku pernah bersusah payah untuk berusaha buat yang terbaik.

(Actually donut aku tu boleh dan selamat je dimakan. Cuma aku frust sebab hasilnya tak memuaskan, tu je. Harapan konon, nak bahi dekat Dr Syafa sebab dia pernah request, tapi untuk hasil yang aku tak puas hati, memang aku takkan bagi orang makan huhu mianeee).

Jadi dear self, never give up and keep doing what makes you happy okay ❤






Sunday, 12 April 2020

Bachelor?


Shot back side young female student in hand holding a bouquet of flowers the graduates of graduation hats

Assalamualaikum & Hi.

(silent words talking)

Lama sangat tak menulis sini. Rindu pulak rasa. Sampai blank, taktau nak cerita pasal apa. Tapi tetap menulis sebagai kenangan di hari nanti.

Mungkin tika tu, mata dah tak boleh melihat (harap anak cucu bacakan? Sekarang pun rabun boleh tahan),
Mungkin tika tu juga telinga dah tak boleh mendengar sangat,
Mungkin juga tika tu, kudrat dan memori kian merosot.

Tiada yang kekal, semua sekadar amanah untuk dijaga.

Tapi tu lah manusia, apa di depan mata tak pernah disyukuri, dilupakan, tidak diucap syukur. Tapi yang tiada di depa mata tu lah yang diratibnya. 

Ucap Alhamdulillah jom? Seminit untuk,

“Thank you Allah for the eyes and sight, nose and smell, body and energy, and all you had given. Alhamdulillah."

Back to the topic,

Bachelor?

Bagi aku besar. Sebab terlalu banyak yang aku kena pertimbangkan. Ya, you have to sacrifice something to get something.

Niat aku nak sambung belajar oversea masih belum pudar. Niat aku nak jadi pelajar university (sebelum ni kolej je) masih belum luput. Niat aku nak sarungkan jubah konvo masih tersemat. Hajat aku naik pentas untuk majlis konvokesyen sendiri belum termakbul (ya, aku pemegang diploma tanpa majlis konvokesyen). 

Tahun ni 2020, umur aku 23 tahun.

Ramai yang kata, sambung lah belajar, kau masih muda. Betul. Aku sendiri tak mahu ulas sebab dan segala halangannya, all the negative vibes - melemaskan. First of all, to repeat the SPM Papers, bukan sesuatu yang mudah bagi aku, kerana aku tahu kemampuan aku di aras mana.

Sejujurnya study pharmacy lagi seronok berbanding SPM. Passion, you know. Walaupun dikatakan SPM tu hanyalah daki-daki ilmu yang lagi luas. Untuk belajar benda yang aku tak minat, susah bagi aku. Itu lah kelemahan yang aku kena tingkatkan.

Motif?

Matlamat aku menulis hari ni supaya satu hari nanti ketika aku rasa lemah di pertengahan jalan semasa dalam perjalanan ijazahku, atau masa tu aku terjumpa post ni masa dah konvo, atau masa tu aku dah menjawat jawatan pegawai farmasi, aku akan sedar yang aku pernah rasa lemah sebelum melangkah. Jadi aku kan hargainya.

Jika, aku masa aku baca tu, aku masih di tahap yang sama, masih sekadar beniat, aku harus terus muhasabah. 

Lemah?

Ya, aku lemah. Tak pandai, tak kuat. Tapi bukanlah itu selayaknya jadi bahan untuk kalian memandang sinis pada aku. Sebab kemampuan manusia tu sendiri berbeza. Tapi kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Akhir kata, doakan aku. Kata-kata semangat dan pendapat dialau-alukan.


Thursday, 16 January 2020

Bloody Poops (The Nightmare!)





Siapa tak terkejut bila tengah membuang, tengok-tengok mangkuk jamban yang putih bersinar tu mengalir darah dengan banyaknya ?

Disangkakan darah haid sebab tak sakit dan jenis tak senggugut (Alhamdulillah, so far). Tapi lepas dipastikan berkali-kali dengan tisu, ini bukan cobaan!

Well, itu lah kisahnya.

Dalam 3 hari jugak lah kejadiannya. tapi tak sakit! so buat tak tahu je lah (perangai tu, selagi tak sakit buat tak endah je kan). dengan period yang tak kunjung tiba walaupun December nak melabuhkan tirai dah ni (anxious).

Beranikan diri untuk bersembang dgn MO. Takda pilihan masa tu, hanya ada yg jantina lelaki tu je. 
Beliau pun start questionnaire, once aku cakap, "kalau syringe out total ada kot 10ml". Terkejut beliau haha.

So cadangannya, "monitor dulu, get more fibres, drink plenty of water etc. Kalau masih tak baik-baik juga, jumpa lah General Surgeon kat atas tu (consultant clinic, level 4)," katanya.

Seram tak seram, aku pun pulun lah selesaikan kes ni dengan bersungguh hahaha.. makan buah banyak-banyak, minum Duphalac (uwek!), minum air banyak-banyak etc. dengan harapan, masalah ni akan selesai.

ya, masalah selesai. tapi ini bukan kali pertama ya, dah kali kedua atau kali ketiga tak salah aku. it's okay dear, try natural ways dulu selagi boleh haha. moga-moga masalah takkan berulang, ameen!




rajin-rajinla membaca ya, website ni pun bagus untuk tambah info, https://www.webmd.com/digestive-disorders/blood-in-stool#2
jangan ambil mudah ya ;-)

Little Akid - Ophthal Journey



Bismillah..

This entry is about my little nephew, Akid. My second nephew lah dia ni. dia duduk serumah dengan kami time ni. Kind of, someone special lah in our house.

Little Akid - Ophthal Journey adalah berkaitan masalah mata dia dan appointments yang aku bawa.

Kisahnya bermula bila dia dok mengadu gatal mata, jadi merah dsb. As decided, aku kena bawa dia jumpa doktor.

1) MO KPJ Perlis - Dr Ramzdhan (30 Mac 2019)

MO tu Medical Officer atau Pegawai Perubatan, atau mudahnya kita sebut doktor biasa lah, bukan pakar. try je dulu jumpa doktor biasa, kalau perlu kepada pemerhatian pakar, ikut je lah.

Tq SN Atiqa ambil vital signs.
history taking, terlindung rambut Aisyah 

kasi bergambar buat kenangan

setahun sekali ehh Acik lanje kome kat cafe & Kedai Ayaq @ KPJ Perlis. Akid order choc oreo

staff card Acik no hal

dapat ubat selsema/gatal (Zyrtec Syrup), dengan salap mata (CMC Ointment) dengan ubat titik mata (Neo Deca).

so doktor kata ambil dulu ubat ni, tengok dalam 2 minggu lagi macam mana.
Thank you Dr Ramzdhan treat Akid for the first time.

...


Dua minggu berlalu, symptom tak berkurangan, mata masih merah, bawa jumpa doktor semula dekat kpj lagi. kali ni jumpa doktor lain pulak.

2) MO KPJ Perlis - Dr Kashfi (7 April 2019)

Macam biasa, kutip maklumat apa lagi, disebabkan masalah tak selesai, beliau bagi lagi ubat untuk kurangkan gatal mata tu, dengan ubat titis mata yang lain juga. Plan asal nak refer KMC, tapi sebab tak ada insurans, so refer pakar mata HTF je. 

katanya masih merah mata lagi
Singgah pharmacy ambil ubat

Kali ni dapat ubat selsema/gatal (Telfast Syrup) dengan Gentamicin eye drop pula.
Pesanan doktor kali ni, elak dari semua allergen, atau semua yang boleh bawa kepada punca allergy tu macam bulu haiwan, debu dsb. susah lah juga sebab budak jenis pencinta haiwan kan. segala jenis ayam, kucing dia gomoi tahu. Acik ngko je penakut binatang.

Bab ubat, Alhamdulillah dia jenis comply je, ambil ubat ikut masa, tak susah lah mudah kata. Just remind je masa makan tu. ubat salap dan titik mata tu sekali ajar je, lepas tu dia buat sendiri dah.

Tq Dr Kashfi untuk treat Akid kali ni. 

so next journey. kayuh lagi deh..

3) Opthal HTF - first appointment (9 April 2019)

Time ni tak ingat sama ada aku kerja malam atau cuti. tapi pagi kira dia MC lah dua hari sejak last dekat kpj hari tu, sebab takut jangkit kat kawan kan.

tengah hari tu, aku bawa dia pegi kpj dulu sebab ada CME (talk) dengan urusan dekat bahagian finance, lepas tu baru pegi HTF. alang-alang CME pun pasal ular, elok sangat lah dia dengar, bukan takut binatang budak ni.

dia dah tahu kalau datang kpj, dia mesti akan kesejukan, kali ni dia pakai sweater siap-siap haha



awal-awal je dia dengar talk tu, lama-lama lentok jugak adeh, okey lah kan dari tak dengar langsung. baru ambil dari sekolah pulak kan, mesti lah letih
one before go
masa menunggu dekat HTF. dalam dok pesan tu jangan garu mata tu, gatal kan

mata kanan merah

settle jumpa doktor, turun pharmacy, ambil ubat titis mata 2 jenis.
sama juga, masih diberi tarikh untuk temujanji lagi nanti, nak tengok improvement dengan test yang tak buat tu sebab dia tak tahan.

aku faham bila dia tetap garu mata bila kita larang, bila dia tak boleh comply masa periksa mata tu (doktor letak contrast kot dekat mata, kemudian mata didekatkan sedekat mungkin pada lensa mesin untuk diperiksa). 

sebab? 

sebab aku sendiri pernah lalui fasa begini. di mana appointments berderet, trauma dengan hospital, trauma dengan semua orang yang datang nak periksa aku, walaupun baru nak start tanya je pun, aku dah cemas. kulit aku - aku akan gatal-garu-gatal-garu bila cuaca dan makanan tak sesuai (kisah kulit sensitif aku). 

back to the story Akid,

let's go!

tq to Dr Aini, Dr Izyani & semua staff terlibat masa temu janji kali ni 

4) HTF - second appointments @ last  one ? (review) (25/4/2019)

Appointment kali ni pun sama, aku ambil dia dari sekolah jugak. nak pegi kerja pagi tu, aku bawa siap-siap baju/seluar/sikat/bedak/selipar semua, letak dalam kereta. habis kerja 2pm, terus balik rumah dalam 15km, patah balik Kangar another 15km untuk appointment tu.

nampak letih sebenarnya macam ni, keluar awal pagi untuk pergi kerja, berulang ke sekolah, masuk pekan balik. tapi bagi aku, perkara macam ni berbaloi untuk aku didik dia, ya mesti lah, setakat yang aku mampu.

sembang-sembang dalam kereta, only two of us, masa yang sangat sesuai untuk kami cakap heart-to-heart. ajak berdoa masa cari parking dan lain-lain. impaknya tak besar, tapi bagi aku, biar lah keihkhlasan tu Allah kira. 

back to the story, masa aku ambil dia dari sekolah, dia tak makan tengah hari lagi, haru betul. kau pun kalau tak makan, tahu kan macam mana jadi haha. aku tak makan takpa, budak - jangan berani biar.
baju -tukar dalam kereta je. Acik? hentam je lah baju kerja pergi hospital pun huhu..

disebabkan kesuntukan masa, beli air kotak dengan roti je dekat kiosk hospital, terus daftar kat klinik pakar mata. boleh lah buat alas perut kan, dia pun jenis tak makan banyak sangat.

maaf ya Akid, tak bawa makan atau beli apa-apa makanan berat
ujian penglihatan



kali ni doktor sendiri yang periksa mata, tadi tu PPK dengan MA bantu

pharmacy -  ubat sama je macam sebelum ni.
dapat lagi appointment untuk seterusnya. aku tak ingat sebab apa aku tak bawa dia dah, mungkin sebab dah baik kot, tanya doktor perlu tak datang kalau dah baik, katanya boleh je tak datang pun.

so, thank you so much kepada Dr Nor Azizah, Dr Aini & semua staff terlibat untuk temu janji yang terakhir kali ni. moga Allah mudahkan urusan kalian.

maka berakhirlah kisah Akid and his ophthal journey ^^

sama, aku tak harap dia ingat aku, atau hargai aku, atau berterima kasih dekat aku. sebab yang paling penting tu penilaian Allah juga. moga terus jadi anak yang baik, soleh, dan bermanfaat untuk semua, rindu Akid =')









Saturday, 19 October 2019

Waris patient : Pegawai Penjara

Hi, Assalamualaikum.

Penat actually hari ni, keje shift petang plus OT 4 jam lebih awal, so target balik nak rehat lah kan, 11 jam bekerja.

Duty roster latest (updated Oct 2019), setiap minggu akan ada sorang yang tak ada shift malam. So minggu ni aku kena.

Isnin sampai Rabu shift pagi, Selasa sampai Sabtu shift petang plus OT 4 jam awal. Then Ahad baru cuti. Minggu depan baru dapat night shift balik hehe..

Bagi sesetengah orang, seronok keje pagi, tapi aku prefer keje petang kot, sebab balik dah malam, so tak panas, ikut orang lah kan macam mana, pendapat masing-masing.

Eh tu kisah duty roster je. Malam ni sakit kepala lah sikit, dari petang tadi sebenarnya. Tak tahu punca. Denyut main-main dia.

Tapi rasa seronok nak cerita pasal patient, well, itu tempat terletaknya passion aku.

Tadi siang, dispen ubat patient tu baby dekat ayah dia. Dah habis semua, masa masukkan ubat dalam paper bag, aku ambil masa ni bersembang sikit.

Me : Encik kerja pegawai penjara kan?

Waris : Eh, mana tahu?

Me : Saya teka je. Tu alamat dekat Pusat Koreksional.

Waris : Oo haah. Betul lah tu.

Me : Dulu saya praktikal dekat Klinik Kesihatan Kg Gial, dok nampak je banduan yang pegawai penjara bawa tu. Baju purple kan.

Waris : Aaa betul. Baju purple tu dalam perbicaraan lagi, kalau merah dah dijatuhkan hukuman. Kalau putih tu tunggu masa hukum gantung.
*maafkan kalau silap info

Me : Ooo haah, tu lah, saya perasan juga, ada beberapa colour kan.

..

Yang seronoknya kat sini, bukan sesi bagi ubat tu sangat. Tu biasa je. Tapi bila kita bersembang ni, meriah lah sikit kan =) boleh tukar-tukar info, beramah mesra.

Memang aku sendiri nampak muka ayah patient tu dari tegang/biasa jadi ceria bila aku tanya keje dia tu. Dia macam terkejut macam mana orang tahu background dia, tapi seronok dalam masa sama.

Kadang benda kecil macam ni lah yang menghiasi hari kita kan. Tukar senyuman tu lagi best kesan dia.

So it is more than doing our job ❤

kita tak tahu kesan senyuman kita tu kepada orang lain. Mungkin merungkai keserabutan, mengangkat kesedihan, menenangkan kegelisahan, siap tahu.

Jom terus senyum!


Thursday, 5 September 2019

Ketulan bawah dagu?

Bak kata my personal doctor, aku ni bagus sebab sangat concern dengan kesihatan sendiri. Aku je rasa nak buang perasaan ni, sebab macam over thinking kan..

Bengkak bawah dagu?

Actually aku rasa hampir 2 minggu. Tapi tak consistent kan, on off gitu. So malas lah nak jumpa doktor pun, sebab macam tak ada benda pun nak tunjuk.

Tapi semalam memang baik punya sakit dia, nak dekat 5 kali aku rasa, atau mungkin lebih? Paaaling rasa time aku punya nervous hampir accident semalam tak hilang lagi.


Bincang punya bincang dengan my MO, dia suggest jumpa dentist sebab aku sakit either part :

Submental..
Submandibular..
Suprahyoid
Subhyoid
Suprathyroid.

Semua ni mudahnya bawah dagu atau rahang lah. Memang kes macam ni dental cover. Rasa macam ada benda dekat bawah dagu tu, time nak telan macam sakit sikit, ada lah feel sakit tekak tu jugak. Tapi macam aku cakap lah, still malas nak jumpa doktor sebab simptomnya on off kan.

So since niat aku memang dari semalam lagi nak jumpa dentist untuk regular check up, aku ingat nak tanya sekali je lah.

Toughest Journey! 

Aku ni kalau ambil darah, derma darah okey lagi. Tapi dengan dentist tu, memang big decision lah. Aku takkan pergi time sakit haha, rare kan.

So balik kerja first night shift tadi, nak dekat pukul 8 pagi jugak lah baru sampai rumah (hari bekerja kan, banyak kereta kat jalan), siap2 bagai, 8.45am keluar rumah.

Tak breakfast lah ceritanya kalau nervous gitu. Last makan nasik 7pm semalam, lepas tu roti ais krim 3am sebab perut berbunyi lepas siap top up trolley inpatient.

Memang tough betul perjalanan ni. Beberapa kali rasa nak patah balik rumah untuk tidur. Tapi sebab kalau tak pergi, macam mana nak selesai kan. So aku pun gagahkan juga hati rapuh ni huhu.

Parking takdak pulak! Punyalah banyak kereta, last2 aku park dekat depan Klinik Psikososial (methadone?) tu, jalan jauh jugak lah ke dental. Tak kisah pun, exercise lah sikit kan.

Masuk klinik tengok orang tak ramai.

Alhamdulillah hee. Aku no 1006, time nak duduk tu 1004. Ada lah nombor kepala 7000 dengan 0000 in between, tapi okey lah tak banyak sangat.

Nak bagi hilang nervous punya pasal. Aku pun text lah dengan kawan non stop sampai kena turn dipanggil haha.

Dan great achievement aku kali ni, BP aku behave giler.

First visit dulu, systolic reading x ingat,
Lepas tu 170 something,
Next visit 167/96, pulse rate 97.
Hari ni 136/82, pulse rate 85.

Hebat kann? Untuk aku hebat lah tu, dekat dental kot, bukan klinik biasa hahah.

Thank you dekat my friend sebenarnya, sebab layankan text aku yang non stop sebab nervous, disctract pasal surrounding, buat macam2 assumption, membawang etc ops haha, ok lah kan dari nervous takut pengsan je.

Plan asal nak telan Amlodipine yang balance masa appointment 2 tahun lepas tu, tapi sebab lupa hehe. Sebab aku ambik 2 bulan takdak kesan, so confident je kan ok. So my friend to stop me takut kang pengsan sebab BP low sangat blablabla (read : bebel) hehe.

So turn aku pun sampai. Last text was,

Doakan saya tak mati situ (dental chair).

Haha kome tengok, kome tengok.

Alhamdulillah dentist tu okey, muda, baik, komunikasi dia pun baik, (hensem), mudahnya memang bagus lah.

So aku pun start lah bebel tentang apa jadi kan. Dia mintak izin nak tekan2 bawah dagu tu.

(aku tak rasa akan menjerit haha sebab bukannya sakit macam nak belasah orang tu, dia macam denyut tau)

So dia tekan2, lembut jugak dia tekan, dia cari tulang rahang tu, tekan sana sini, aku cakap lah, kena tekan kuat baru rasa hihi. So dia pun sambung pressure kuat sikit lah.

Aku tanya dia lymph nodes ke?
Dia cakap Submental Gland atau Salivary Gland.

Time ni aku dah takjub sebab tekan2 je dia tau gland yang mana satu. Kan banyak glands situ, dia boleh sebut yang mana satu.

(dia dentist kan, kau pun hahaha)



Lepas tu dia mintak izin check bahagian dalam mulut pulak. Aku risau jangan ada infection je, nak comply dengan antibiotik tu aduhh.

So dia tanya jugak pernah jadi ke tak.
Aku cakap lah pernah masa previous visit dulu, jaw pain tu. So dentist teddy bear time tu cuma tampal je dengan amalgam filling huhu.

Then dia tanya umur aku, anak mata ni automatik gerak ke kiri fikir umur sendiri, aku stand by untuk soalan2 pasal sakit macam mana, berapa lama, dekat mana tapi tak ready pasal sesimple umur berapa tu haha!

So he insist cari wisdom teeth on both sides. Alhamdulillah takdak!

Dia tengok2, katanya okey je, bawah lidah pun dia tengok, cari apa taktahu lah.

Lepas tu dia tunjuk pulak susunan second molar yang tak allign elok tu, dia cakap pasal effectnya buccal wall tu asyik terkoyak kan, tapi memang aku tak sedar lah kalau hari2 jadi. Ni benda sama yang dentist comel dulu tu explain.

Overall dia cakap memang rasa lah keras dekat submental area tu. So plannya, dia nak keep in review je within one month. Kalau masih sakit, datang balik.

Dia tanya aku doktor ke farmasi? Aku cakap farmasi je. Nampak lah mudah sikit dia nak communicate lepas tu, dia guna terus je medical term haha..

So dia ingat settle, aku tanya pulak pasal upper left molar tu. Sia-sialah aku fight dari semalam nak datang situ tapi no treatment kan hehe.

So dia tengok2, dia cakap ada lubang kecik je. Tu pun takkan perasan kalau tak cungkil2 (patut lah lama, dan dia pun cakap ambik masa sikit).

Aku request filling je terus, since ada kat situ dah, tau kan aku punya toughest journey ni hee.

Berani pulak tanya, amalgam ke composite?

Hahahah ampun ya pak duqtur! saya sedih tengok amalgam filling seketul dalam mulut ni, nak bagi doktor check tonsil ke apa confirm malu sebab berwarna kan.

Alhamdulillah dia cakap composite je huhu.

Drill tu tak sampai 3 second je kot, tu pun dia baca basmallah dulu, tak ke lega dengar haha (psycho). Spray, letak filling, polish tu semua tak sakit langsung. Aku pun taktau dia buat keje kat gigi ke udara πŸ˜…

Cuma part last tu lah, dia tanya rasa tinggi ke tak, itu aku angguk, memang takleh tipu diri sendiri. Kang bebal balik nanti.

So dia request paper apatah dekat nurse tu, warna biru kertas tu. Gigit2 dalam 3x, so terus okay. Macam bagi filling tu compact kot?

Habis tu dia tanya aku ke yang guna GL tu? Aku geleng lah, dia tanya lagi keje gov ke? Aku cakap lah tak hehe, tapi who knows one day kan.

Aku dengar je dia menyembang pasal nak transfer ke KK tempat aku intern dulu masa buat keje tadi. Macam nak menyampuk je, tak sedar diri tengah nganga hahaha.

So tu je lah, settle lah urusan seharian daku di situ. Alhamdulillah all is well.

Thanks to my friend yg layan aku punya sembang sebab nak hilangkan nervous tu hihi. Dia ingat aku sorang je boleh distract dia, dia pun boleh lah.

Thanks to the dentist dan semua yg terlibat tadi. Moga Allah mudahkan urusan kalian di pagi Jumaat yang barakah ini dan hari2 seterusnya =)

Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...