Thursday, 9 November 2017

Tekanan Darah Tinggi

1.      Ujian-ujian yang dilakukan untuk mengesahkan penyakit tekanan darah tinggi ialah
ü  Ujian fungsi thyroid
ü  Ujian electrocardiogram [ECG/EKG]
ü  Ujian air kencing
ü  Ujian ultrasound buah pinggang, ureter, pundi kencing
ü  Ujian ultrasound kidney droppler [fungsi buah pinggang]

2.      Ujian-ujian ini penting dilaksanakan kerana komplikasi atau masalah jangka masa panjang yang datang dari tekanan darah yang tinggi boleh membawa kepada kerosakan
Ø  Jantung
Ø  Mata
Ø  Saraf
Ø  Buah pinggang

3.      Masalah tekanan darah tinggi pula boleh berpunca dari
§  Penyakit buah pinggang dan hati [dikenalpasti melalui ujian air kencing]
§  Paras kolesterol, kalium dan natrium yang tinggi [dikenalpasti melalui ujian darah]
§  Penyakit kencing manis


SMBP

Sebelum semua ujian ni dilakukan, biasanya pesakit diminta untuk melakukan SMBP [self monitoring blood pressure] atau pemantauan bacaan tekanan darah tinggi kendiri supaya trend bacaan tekanan darah tersebut dapat dilihat dan dinilai,

Faktor-faktor lain pula akan diselidik seperti adakah disebabkan tekanan, sejarah keluarga dan sebagainya. Bagi SMBP, ia digalakkan dibuat di rumah menggunakan alat sphygmometer atau sekarang ni boleh didapati dengan harga kurang RM2OO je untuk menghapuskan faktor ‘white coat syndrome’.

White coat syndrome ni macam perasaan cemas yang dialami pesakit apabila berkunjung ke fasiliti kesihatan seperti klinik dan hospital. Apabila SMBP dijalankan di rumah, maka bacaan tekanan darah pesakit dapat dilihat dengan serafam kerana pesakit akan lebih tenang. 

Contohnya pesakit tu tekanan darah dia normal je, tapi dia mengalami white coat syndrome, bila ambil je bacaan tekanan darah di klinik/hospital, tekanan darah dia terus jadi tinggi. Ini masalah bukan jadi kat orang tua je tau, orang muda pun boleh jadi *macam saya hihi*

Tapi bagi yang tak berkemampuan untuk beli alat periksa tekanan darah tu boleh je buat di klinik kesihatan, klinik desa, farmasi komuniti [kedai farmasi] dan sebagainya. Kebanyakan klinik desa dan klinik kesihatan memang menyediakan ruang untuk pesakit kendalikan sendiri atau dengan bantuan staf kesihatan untuk tujuan pemantauan.  

Biasanya doktor akan minta pesakit jalankan SMBP ni selang dua hari atau dua hari sekali, pada waktu yang sama. Adalah DIGALAKKAN pada waktu pagi kerana keadaan badan kita masih segar dan bertenaga. Kalau ambil bacaan tu leaps waktu pejabat ke, waktu tengah hari rambang pans ke, tengah lapar ke memang sengaja nak tengok bacaan tak cantik ler tu hehe.

Rekod bacaan SMBP tu kemudiannya nanti boleh dibawa untuk ditunjukkan pada doktor semasa temujanji atau kali pertama nak jumpa doktor untuk bincang masalah ni. Doktor akan nilai untuk dibawa ke ujian yang seterusnya pula.

Kalau dah dihapuskan faktor stress, genetik, obesity semua tu, dan masih tinggi bacaannya kenalah dibuat ujian-ujian lain untuk tujuan mencari sebab.


UJIAN FUNGSI TIROID

Untuk jalankan ujian ni, darah akan diambil dan dihantar ke makmal untuk dilihat bacaan fungsi tiroid ni.

Tiroid ni sejenis hormone yang sangatt penting Allah jadikan dalam badan manusia. Kuantitinya mestilah mencukupi. Kalau terlebih boleh jadi hyperthyroidism dan kalau kurang dinamakan hypothyroidism.

Okey jom tengok dulu maksud hormone. 

Hormone ialah bahan kimia yang dihasilkan/dirembeskan untuk memberi insyarat melalui cecair badan [mengalir dalam saluran darah]. Ia bertindak sebagai mesej pengatur yang berkomunikasi atau molekul perantara yang dirembeskan dari mana-mana bahagian badan untuk mengawal atur aktiviti sel dalam bahagian tubuh yang lain.

Kelenjar tiroid yang menghasilkan hormone tiroid ini berfungsi dalam mengawal atur metabolism tubuh [T3 & T4] dan mengurangkan kadar kalsium dalam tubuh [Calcitonin].
Metabolism tubuh ni maksudnya proses-proses yang berlaku dalam badan lah. Kalau sekecil-kecil proses dalam tubuh pun ada masalah pasti akan ganggu sistem atau bahagian tubuh yang lain.

Penyakit hiportiroid disebabkan oleh metabolisma badan adalah rendah dan ia berlawanan dengan penyakit hipertiroid. Perbezaannya boleh gugel je sebab banyak. Tapi point pentingnya bila metabolism badan rendah [hipotiroid], gula yang dimakan akan disimpan dalam badan, berlaku peningkatan berat badan kerana gula tidak digunakan dengan efisien/cekap.

Bila keputusan ujian darah untuk mengukur paras tiroid keluar, doktor akan memaklumkan sama ada bacaan tiroid pesakit sama ada berada dalam paras rendah, normal atau tinggi.








Tuesday, 7 November 2017

Beza antara Suppository, Enema, Pessary

Sebelum masuk pasal perbezaan, bagi yang tak tahu, ketiga-tiga nama ni merujuk kepada ubat-ubat  yang semua ni masuk dekat 'bawah' tuuuutt. masuk kat part mana ? jom sambung baca~ bentuknya mostly macam peluru kecuali enema.

SUPPOSITORY @ SUPOSITORI


elehh beza pada ejaan je pun, sebutan sama. senang kata orang kita panggil 'ubat cucuk bontot' hehe. term ni mak-mak yang ada anak kecik biasanya tau lah. ambe yang masih single-mingle ini first time jugak dengar hiks.. ok jom sambung.

kadang-kadang yang expert sikit sebut 'supp' (baca : sap) je ubat ni.

>saluran : dubur

> indikasi/kegunaan :

  • Antipiretik/analgesik: demam/tahan sakit untuk kanak-kanak biasanya. Bekerja dengan menurunkan demam (antipiretik) dan mengurangkan kesakitan. 
  • Buasir : Anusol

>>contoh: Paracetamol (Panadol) 125mg, Paracetamol 250mg,
*mg tu milligram, refer kepada strength (kekuatan) ubat. 125mg tu untuk baby, 250mg untuk kanak-kanak besar sikit dari baby

ubat ni boleh turunkan demam yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak dengan cepat. tapi dia short acting, maksudnya boleh jadi demam tu naik balik lepas tu. kebaikannya sesuai lah untuk baby ke anak kecil ke yang demam panas tengah-tengah malam tu kan, jadi new moms, tahu lah kan lepas ni 😄😄

cakap pasal ubat demam budak, biasanya kita bagi 3 kali sehari iaitu setiap 8 jam. tapi kalau demam tinggi sangat kita boleh bagi maksimum setiap 6 jam iaitu 4 kali sehari. kekerapan maksimum lah tu 4x sehari tau.

disebabkan supp paracetamol ni adalah ubat demam, jika dapat juga ubat demam air (syrup paracetamol), JANGAN DIAMBIL BERSAMA ya! maksudnya katakan pergi klinik tu demam tinggi sangat, jadi diorang dekat emergency klinik tu pun bagi ubat bontot kat anak tu, jangan lah lepas balik bagi minum pulak ubat demam air tu, dua-dua ubat sama, kang overdose pulak. nak bagi, tunggu 6 atau 8 jam lepas tu takpa.

>cara simpan : dalam peti sejuk, contoh tempat letak telur tu. JANGAN LETAK DALAM FREEZER tau! ubat ni macam mentega yang dibekukan material dia. beku nanti ntah laa apa jadi. tapi tak boleh juga letak dekat selain peti sejuk atau tempat panas untuk elakkan ubat cair.

>sebelum guna : keluarkan awal sikit supaya turun sikit sejuknya tu. celupkan ke dalam minyak atau air sikit supaya ubat tu licin, mudah masuk dan tak kesat (sakit wey huhu)

>>ANUSOL SUPP

tu haa panjang punya cerita pasal panadol saja, ni masuk pasal anusol pulak. anusol ni ubat untuk buasir. cara simpan dia sama macam supp yang lain iaitu dalam peti sejuk. saluran ubat mestilah dalam dubur.

>cara guna : sama je macam supp paracetamol tu. cuma tahan sakit sikit lah. kalau tak tahan letak Lignocaine gel (ubat bius setempat, kalau dapat sekali).

Anusol ni bersifat antiseptik, astrigen (mengecutkan), melembutkan/melegakan, mengurangkan ketidakselesaan pada masalah rektal yang berlaku.


kembali pada cerita supp tadi, ada yang bertanya kenapa dubur? kenapa tak bagi je ubat ni utk makan??
ni soalan menarik.
sebabnya dubur / anus / bahagian akhir usus kita tu banyak salur darah. jadi kalau kita bagi ubat demam, jadi dia cepat bertindak. cepat bagi kesan juga.

untuk Anusol tu, memang kesan dia kita nak bagi dekat situ pun. ubat makan pun ada juga, tapi bergantung jugak lah yg buasir tu jenis internal ke external kan..


PESSARY @ PESARI 


ubat ni khusus untuk wanita sahaja ye.

>saluran ubat : vagina

>contoh : Clotrimazole Pessary.

>indikasi : ni untuk jangkitan kulat pada saluran peranakan (vagina).

ia hadir bersama applicator/holder. orang mengandung tak payah guna applicator ni haa, guna tangan bersih je. orang tak mengandung boleh guna ^^

>cara simpan : sama macam supp, dalam peti sejuk dan bukan freezer. keluarkan awal sikit sebelum guna untuk turunkan sikit sejuknya tu.

>do's and dont's :
-guna sebelum tidur malam tu
-pergi toilet dan lepaskan apa yang patut siap-siap
-basuh tangan bersih-bersih sebelum guna
-masukkan ke dalam saluran peranakan sampai rasa uncomfortable bak kata mereka
-tunggu sekejap sebab ubat tu akan cair bila terdedah pada suhu badan manusia, dalam lima ke sepuluh minit
-jangan bangun lagi, terus tidur atau kalau perlu bangun juga tunggu lama sikit baru bangun supaya ubat tak jatuh keluar. ubat kalau dah jatuh tak boleh guna semula dah
-pakai pantyliner sebab akan ada kesan lelehan ubat  untuk tempoh dalam 3 hari. kesan tu macam wax sikit, jadi boleh rosakkan seluar dalam
-dinasihatkan supaya tak bersama dengan suami untuk tempoh 3 hari juga
-kalau sakit masih tak sembuh selepas 3 hari jumpa doktor semula ya~


ENEMA


>saluran : dubur

>indikasi : sembelit

>contoh : Ravin Enema

ubat ni kita bagi pada kanak-kanak boleh, orang dewasa boleh, pesakit bedridden pun boleh (spt stroke, OKU dll)

>cara simpan : pada suhu bilik, jauhkan dari kanak-kanak dan sinaran matahari secara terus

rupa dia macam dalam gambar bawah ni, cecair jernih dalam kantung ubat gitu. ubat ni sekali guna sahaja. tak boleh pakai separuh-separuh ehh, kalau untuk budak kan pakai separuh, baki tu buang ye, jangkitan kuman pulak nanti.[ada je saiz untuk dos budak, so boleh bagi full seketul tu hehe]

>cara guna :
-dalam keadaan bercangkung, masukkan ubat ni sedikit demi sedikit ke dalam dubur. tunggu sekejap dan jangan keluar tandas lagi sebab sekejap lagi akan rasa nak membuang tu.

berdasarkan pengalaman orang yang pernah guna, katanya sakit tu macam mengerang, macam gempa bumi dalam perut, tapi best katanya sebab lega boleh membuang hehe



okay done. any questions sila lontarkan di ruangan komen ye, salah informasi dsb pun boleh betulkan ^^



REFERENS
https://www.medicines.org.uk/emc/medicine/7159


Renal & Pelvic Ultrasound

Tips - Drink a lot of water before the RENAL procedure. Bring your own bottle of water to keep drink while waiting for your turn.

*renal=kidney=buah pinggang=ginjal

Sebenarnya banyak jenis ultrasound yang wujud dalam dunia perubatan moden kini. Namun yang hendak dikongsi pada post ini hanyalah berkaitan buah pinggang dan pelvis sahaja. Lain-lain jenis ultrasound boleh dilihat di sini


Overview -

Scan ultrasound ini tidak menyakitkan, tiada radiasi atau suntikan digunakan untuk pengimejan, semestinya selamat sebab frekuensinya adalah rendah sahaja. sebarang jenis besi, pin dan sebagainya tidak akan mempengaruhi pengimejan ini

Pesakit akan diarahkan untuk baring seperti biasa semasa imbasan dilakukan, dan dikehendaki mengiring apabila diarahkan.

Gel base air yang sejuk akan disapu pada alat pengesan [transducer] untuk melancarkan proses pengimejan. Transducer akan ditekan sedikit dan digerakkan atas abdomen pesakit semasa imbasan dijalankan. Hasil imbasan akan dipamerkan di skrin komputer untuk tujuan penilaian doktor.

Pesakit akan diarahkan untuk menahan nafas untuk beberapa ketika, bernafas dengan biasa dan tenang, menahan kembali nafas dan bernafas seperti biasa. Biasanya tiga set dilaksanakan untuk merakam imej, bergantung kepada keperluan. 


#Fact -

-Untuk scan buah pinggang or renal doppler, urinary bladder [pundi kencing] mestilah penuh, maksudnya pesakit dikehendaki menahan diri dari membuang air kecil..

Sama juga untuk tujuan scan USG KUB [ultrasonography of kidney, ureter, bladder].

-Untuk scan uterus a.k.a rahim pula, urinary bladder perlulah dikosongkan. ini bermakna pesakit dikehendaki membuang air kecil terlebih dahulu sebelum prosedur dijalankan.

Namun ada pendapat yang mengatakan pundi kencing hendaklah sebahagiannya terisi. Maksudnya tidaklah pundi kencing itu kosong kerana pundi kencing yang penuh akan menolak usus keluar dari rongga pelvis, jadi pengimejan uterus dan ovari lebih jelas.
Bladder mestilah dalam keadaan selesa, tidak menyakitkan dan tidak terlalu penuh.


#why?

Sebabnya cuba tengok rajah di bawah, kedudukan uterus adalah di atas bladder.
Bila bladder mengempis selepas buang air kecil, jadi uterus boleh dilihat dengan jelas semasa scan dijalankan.

sebaliknya..

Bladder yang penuh akibat tahan kencing membantu proses scan bladder dijalankan supaya bladder boleh dilihat dengan jelasnya sebab pundi kencing sedang mengembang.

Urinary bladder kita adalah organ berotot yang berupaya mengembang dan mengempis untuk menampung urin sebelum dikeluarkan dari badan ('=



#Mengapa ultrasound renal arteri doppler dijalankan?

Ujian diagnostik ini dijalankan untuk mengenalpasti sebarang sumbatan atau penyempitan arteri renal [a.k.a stenosis atau penyakit renovascular, stenosis adalah penyempitan pada salur arteri renal]. Salur darah aorta di abdomen juga dinilai. Bunyi seperti nadi berdenyut boleh didengari semasa ujian ini dijalankan dan ia adalah normal.

Berkenaan penyakit arteri renal stenosis ini, ia adalah masalah yang berlaku akibat penyempitan salur arteri yang membawa darah dari jantung ke kedua-dua buah pinggang. biasanya masalah ini dihadapi oleh golongan tua yang turut mengalami artherosclerosis (pengerasan arteri). Masalah ini boleh menjadi lebih teruk di mana ia boleh membawa kepada hipertensi (tekanan darah tinggidan kecederaan buah pinggang. Petanda ini ditunjukkan oleh perembesan hormon-hormon dari buah pinggang yang membawa kepada peningkatan tekanan darah. Untuk tempoh jangka masa panjang, renal arteri stenosis boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang.


#Mengapa ultrasound renal dijalankan?

Ujian ini dijalankan untuk menilai saiz, bentuk dan mengesan sebarang cyst, tumor, mass seperti fibroid dan sebagainya, batu atau lain-lain sumbatan pada buah pinggang.

Ultrasound ini juga dapat menunjukkan :
-tanda-tanda kecederaan pada buah pinggang
-ketidaknormalan pada buah pinggang sejak lahir
-komplikasi jangkitan saluran kencing (UTI)


#Mengapa ultrasound pelvic dijalankan?

Ultrasound pelvic atau gynaecologic ultrasound khusus untuk wanita. Ia dijalankan untuk memeriksa organ pelvis wanita termasuklah uterus [rahim/womb], endometrium [lapisan paling dalam pada rahim]. serviks dan ovari wanita.

Sebarang masalah berkaitan haid mungkin akan dilakukan ujian ini untuk mengkaji sebarang kemungkinan.

Namun begitu, tidak semua wanita memerlukan imbasan ultrasound ini. Hal ini kerana ultrasound pelvis ini berguna dalam mengkaji masalah-masalah yang berlaku akibat perkara berikut agar para doktor dapat melakukan diagnosis yang tepat iaitu :

  • haid yang banyak dan menyakitkan
  • sakit pada bahagian pelvis termasuklah ketika melakukan persetubuhan
  • ketidaksuburan
  • haid yang tidak tetap dan tidak kerap
  • pendarahan setelah menapaus
Selepas selesai imbasan ini, pesakit dibenarkan melakukan semua aktiviti seperti biasa.

REFERENS
http://www.mtnkidney.com/index.cfm/do/Patients.usInstructions
http://patofisiologi.blogspot.my/2014/09/pemeriksaan-radiologis-penyakit-ginjal.html
http://www.advancedwomensimaging.com.au/pelvic-gynaecologic-ultrasound
http://kidshealth.org/en/parents/renal-ultrasound.html
https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/renal-artery-stenosis-symptoms-treatments#1

Saturday, 4 November 2017

Tak Semua Usaha Akan Dihargai


I’m done my part, the best one that I can do.

Tak kisahlah sekiranya orang lain masih lihat kerja kita sebagai satu bentuk kelemahan. Tapi pernahkan orang lain itu melihatnya dengan pandangan penghargaan kerana kegigihan seseorang itu. Tak semua orang mampu.  Pernahkah kalian terfikir mengapa wujudnya terma “buat sekadar yang mampu”? pada aku, semua orang ada limitasi tersendiri.

Semua orang cuba melakukan perkara yang diarahkan sama ada secara paksa atau rela, sesetengahnya ingin cuba melakukan yang terbaik, sesetengah dari itu pula akan melakukan sehingga maksima mungkin sehingga diri sendiri yang jatuh sakit, tumbang dan tewas. Tetapi yang lain tidak, tahukah mengapa? Sebab kemampuan dan limitasi manusia berbeza lah.Ada orang melakukan sesuatu pekerjaan itu sehingga diri sendiri cedera dek ingin melakukan yang terbaik.

Tapi dihargaikah usahanya itu? Jawapannya ada pada diri masing-masing.

Aku acapkali tertarik pada kebanyakan filem Jepun yang ditonton. Apabila seseorang itu telah berusaha tetapi gagal, pasti yang lainnya akan katakan bahawa dia telah melakukan yang terbaik, cukuplah!


Passion

Ini adalah satu perkara yang akan menunjukkan perbezaan terhadap sekumpulan manusia yang melakukan pekerjaan yang sama untuk tempoh yang lama. ada orang mampu belajar lama, faham dan boleh melakukan sesuatu kerja itu dengan cekap sekali, malah perform pula keputusan dia. Tapi disebabkan tiada passion itu, maka dia akan berasa bosan dan hasilnya akan dilihat pada attitude buruknya.

Tapi sedarkah bahawa ada orang yang tidak mampu belajar lama, minat dengan ilmu berkenaan, tidak pandai, perlu diulang beberapa kali sebelum boleh buat, itu tak termasuk cekap lagi. Tapi disebabkan dia ada passion dalam bidang yang diceburinya itu, kesungguhannya dapat dilihat. Dia sanggup berusaha keras dan berkorban apa yang ada padanya untuk terus berada dalam bidang itu.

Aku selalu berasa cemburu dengan orang pada golongan yang pertama itu atas kelebihan-kelebihan yang dimiliki mereka itu. Akhirnya aku lupa bahawa usaha kerasku untuk berada dalam bidang yang sedang aku ceburi ini sedang dinilai untuk balasan di ‘sana’ kelak.

Semasa sekolah menengah dahulu, guru selalu berpesan bahawa usaha keras yang kita lakukan itulah yang akan membantu kita ke syurga kerana dilipatgandakan usaha kita. Berbanding orang yang pandai, mereka tidak perlu berusaha keras untuk memahami perkara yang sama dipelajari semua orang.

Kalau lah hidup ini umpama permainan gadjet Subway Surf, setiap pahala yang dilakukan dijelmakan dalam bentuk syiling emas itu, pastinya semua orang akan berusaha melakukan yang terbaik sebanyak mungkin.

Tapi manusia ini diciptakan dengan sifat pelupa. Jadi iman lah yang membantu supaya kita terus teguh dalam landasan yang benar.


PASSION SCENES

Scene Number # 1

Aku tiba di lokasi usrah. Kak Mai atau biasa dengan panggilan Along bagitahu aku yang dia ke klinik kesihatan baru-baru ni kerana buasir. Dia lantas bererita tentang apa yang berlaku serta ubat yang diperolehnya. Katanya ahli keluarga dia yang lain juga ada masalah buasir ni.




Aku pun bercerita tentang bagaimana buasir boleh berlaku berdasarkan kefahaman aku. Along pun sangatlah ralit mendengar penjelasan aku. Orang lain pun tengok je aku bercerita.

Dalam perjalanan pulang, aku dan Along menaiki kereta yang sama. Katanya, “Nani, kami Nampak hampa ada passion lah dalam bidang hampa ni. Hampa boleh explain one-by-one macam tadi Jadi pharmacist berjaya tau!”

Alhamdulillah. Ni semua dari Allah, ameen.

Scene Number #2

Semasa dalam perjalanan menuju ke Seminar Pengucapan Awam bulan lepas, Makcik Khairiah yang juga sahabat baik ibuku memberitahu aku bahawa dia baru sahaja didiagnos penyakit kencing manis. Kini dia perlu mengambil ubat tablet Metformin siang dan malam.

Dia bertanya kepadaku adakah penyakitnya itu akan sembuh. Maka aku pun bercerita tentang kencing manis atau diabetes bahawa ia adalah penyakit kronik yang tidak boleh disembuhkan tetapi hanya dapat dikawal bagi mengelakkan serangan stroke. Ia juga adalah sejenis penyakit degenerative (akan merosot dari masa ke masa).

Setibanya ke destinasi, kawan baikku mengatakan bahawa dia mengagumi kemampuan aku memberi penerangan mengenai penyakit itu. Aku hanya tersenyum syukur.

Alhamdulillah. ini semua dari Allah.

to tie up,

guys, be appreciative! orang yang tak mampu berterima kasih pada Allah takkan tahu berterima kasih kepada manusia. jangan sehingga Allah tutup hati kita dari mensyukuri nikmat-nikmat-Nya. 



Aku tak suka buat keputusan!


MAKING DECISION
Menjelang usia 20-an ni, memang hidup menuntut aku untuk buat keputusan sendiri. Percaya atau tak, aku tak suka benda ni. Sebab aku jenis seorang yang lebih suka bekerja bawah arahan. Keputusan sendiri hanyalah dibuat atas kertas exam sahaja haha, (betul salah masalah aku je kan, tak libatkan orang lain) dan selebihnya aku lebih suka orang buatkan keputusan untuk aku. 

point is : Aku takut keputusan yang aku buat tu jadi musibah di kemudian hari. Aku tak kuat menadah telinga untuk mendengar buah mulut manusia.


SOALAN BETUL SALAH

Kak Reva, Pen. Peg. Farmasi tempat aku praktikal tu aku dapat rasakan yang dia nampak kelemahan aku dalam membuat keputusan ni. 

Satu hari dia tanya aku,
PPF Reva: Nani, you tau tak kenapa wujudnya soalan betul/salah dalam kertas exam?
Me: sebab diorang nak jawapan tepat?
PPF Reva: Ya. Sebab diorang nak latih kita confident dengan keputusan yang kita buat.
Me: Sebab tu jugak lah saya tak suka soalan macam tu, sebab tak boleh ‘goreng’, unless kalau saya dah master dalam bab tu jadi saya bersedia hehe..


ni contoh part aku quiet master nak buat keputusan~ part ni je laa

Sampai bila nak stick dengan word ‘bersedia’? dalam hidup ni banyak perkara yang datang tanpa  minta izin, tanpa amaran, dan tak ada pun musibah yang datang tu bagi penguman pun dulu untuk kita bersedia. so kena fleksibel lah wahai diri!


BUDAK KECIK NI JADI PENGARAH PROGRAM

Masa Kem Pesona 2.0 Oktober 2017 yang lalu, aku dipilih untuk jadi Pengarah program disebabkan aku je yang menepati kriteria yang dikehendaki. Awal-awalnya aku rasa selamat sebab AJK Modul yakni Kak Maysarah selalu ulang, “takpe kami ada je kat belakang Nani, apa-apa tak jelas tanya je okay”. Tapi sampai bila je kan Kak May boleh support aku, akan tiba juga masa-masa yang menuntut aku untuk buat keputusan. Dia pulak tak boleh turun masa program.

Dari meeting ke meeting, hinggalah hari program tiba, keadaan mendesak aku untuk buat keputusan. Allah izin Timbalan Pengarah, Kak Fatin Amran kena balik untuk last day since dia ada komitmen lain. Aku memang perasan yang dia suka biar aku decide sendiri apa-apa yang AJK, Fasilitator (FC) dan Urusetia Tanya. Banyak kali aku ulang dan merayu supaya dia tolong aku untuk buat keputusan, dan dia selalu buat donno, serah balik persoalan yang dilontarkan tu kat aku. Malam tu dengan nada lemah, aku cakap dekat dia yang aku ni lemah, aku tak pernah berada di tempat ni, tolonglah. Masa TOT sendiri pun dia tak fokus sangat.  Sedih sangat.

Sebelum dia bergerak balik, dia pesan dekat aku supaya buat keputusan yang terbaik untuk semuanya. Time tu aku rasa aku dah tak ada siapa dah untuk bersandar. Rasa lemah sangat. Tiap solat aku doa supaya Allah pimpin aku supaya setiap keputusan yang keluar dari lisan aku adalah Ilham-Nya, bukan kehendak aku.

Alhamdulillah aku sedar yang aku masih ada AJK yang memang orang lama dalam program : Kak Tasnim, Kak Izyan, Kak Afifah. And they helped me so much.  Tu pun setelah aku minta pandangan. Kak Tasnim dan Kak Izyan prefer berbincang dulu dan Kak Afifah prefer buat keputusan dengan tegas setelah dinilai baik buruk.   

Pada kebanyakan kem, aku biasanya jadi FC dan Urusetia shj, jadi tak penat, tak tension, tak stress sebab kita cuma stick dengan job scope yang ditetapkan, dan jalan ke sana sini sesuka hati bila siap kerja. 

Being a Director, you must know all the things, making sure everything going to be well. 

Setiap sudut kena diperhati, jangan terlepas pandang. Penat dia boleh tahan lah. Berjalan sana sini, usung kertas modul dan running order ke hulu hilir, pastikan semuanya berjalan lancar termasuklah slot akan datang lagi!

Fikiran aku asyik berputar-putar sambil flashback macam mana lah Kak Nailah bekerja dulu, pantau semua AJK, selaraskan dengan FC lagi, kegigihan dia, kesabaran dia, ketegasan dia memang aku fahami dan hargai bila aku berada di tempat sama seperti dia masa tu. Memang dia dihormati lah dalam kalangan kami semua penggerak ni.

Malam sebelum majlis penutup, AJK multimedia surrender tak reti buat video. Pada asalnya aku kurang tekankan pasal video sebab tu hal kecil je. Tapi lama-lama fikir balik, seronoknya sesuatu kem tu adalah apabila ada video untuk peserta tengok balik kan. Aku decide untuk buat sendiri video. Tapi penat punya pasal, aku tumbang tertidur kepenatan malam tu. Kononnya nak buat esok . Allah izin keesokannya sangat sibuk, memang tak sempat buat video, dengan mengantuk tak hilang-hilang Allahu..

Sebelum majlis penutup, aku nampak Kak Fatin datang. Aku terus jalan ke arah dia dan peluk dia, rasa macam nak nangis mengadu semua benda. Tapi kesuntukan masa sangat. Dia usap aku, dia faham. Aku marah dia sebab dia tinggalkan aku. Aku bagitau dah sebelum program, tolong berada di sisi aku, aku tak kuat. 

Tahu apa jawapan dia?

“masa ni lah Nani kena berlatih buat keputusan.”

Aku terdiam.

Sampai bila aku nak bergantung pada orang untuk buatkan keputusan untuk aku. Aku belajar untuk buat keputusan setelah dipertimbangkan pro n cons. Dan semestinya aku kena bersedia atas segala kemungkinan yang berlaku.

Antara sebab aku tak suka buat keputusan adalah sebab aku tak sanggup menghadap apa yang mendatang. Jadi sekarang aku kena bersedia. Diam dan terima, tegakkan kebenaran bila perlu. Terima kasih Allah sebab bagi aku peluang untuk peroleh ‘kemahiran’ ni. 


PERSPEKTIF TERHADAP ORANG MEDIKAL

selingan..

Perspektif atau pandangan kasar aku terhadap orang medical dulu, diorang ni biasanya jenis yang suka buat keputusan, suka mengarah, ada saja pendirian tegas tersendiri. I’m wondering why it is that so until I’m apart of them. Aku dapat jawapan akhirnya. Hidup dalam bidang tu lah yang menuntut mereka untuk jadi begitu. Akibatnya perangai tu diorang terbawa-bawa dalam hidup bersosial.
Tak salah, Cuma yang aku perasan diorang akan kurang pertimbangkan banyak hal termasuk isu hati dan perasaan.

Hidup dalam dunia perubatan (walaupun aku bukan dalam bidang perubatan yang tepat, cuma cabangnya sahaja) ni, kau kena buat keputusan yang tepat dan cepat. Orang sekeliling menanti keputusan kita. Tiada yang akan marah dengan keputusan kau selagi tak salah, Cuma kalau ada alternative baru lah akan dibawa untuk berbincang semula. Jadi kami ni dicop sebagai : tegas membuat keputusan. Bab cakap belakang buat-buatlah tak dengar asalkan keputusan tu tak dosa, tak langgar peraturan dsb.


MAKING MY OWN DECISION DURING ATTACHMENT

Aku pernah mengalami kejutan budaya sikit masa awal-awal nak suaikan diri dalam norma kerja sebenar  masa praktikal dulu. Semasa proses pengisian ubat, diorang akan tanya sama ada aku ambil ubat untuk berapa lama. aku pun jawab dengan tidak yakinnya sekian-sekian tempohnya. Aku terus tanya adakah salah? Dan diorang akan jawab, “taklah, nak pastikan je”. Dan babak ni berlaku berulang kali sehingga aku benar-benar faham  bahawa aku sedang buat keputusan. 

Diorang takkan faham betapa aku ada masalah dalam membuat keputusan. Jadi antara hikmah aku dapat masa praktikal ni, ‘kemahirann dan keyakinan’ dalam mebuat keputusan. Asalkan kau ada ilmu, fikir habis baik dah, pertimbangkan dah semua perkara yang sepatutnya, tengok corak (trend) rekod lama dan silakan buat keputusan. Jangan lupa minta Allah bantu!

Pernah sekali tu diorang tanya berapa banyak ubat insulin aku ambil untuk pesakit tu kerana limitnya hanyalah 5 vial sahaja. Kalau jumlahnya 6 vial, baru kita boleh consider. Tapi untuk kes ni, keperluan untuk pesakit tersebut untuk tempoh sebulan tu lebih 5 vial dan hampir 10 vial! 

Jadi jawapan ringkas aku, 

“bagi 5 saja, patient tak compliance. Insulin lama pun tak habis ni datang nak ambil yang baru pula. Nanti habis dia sendiri pun tahu yang dia kena datang ambil”.

Guess what, diorang terdiam dengan jawapan aku bukti diorang terima alasan aku. dan dah tentu jawapan aku tu tak salah pun, kenapa nak takut ? Alhamdulillah aku rasa sedikit berpuas hati atas keputusan yang dibuat. Aku yakin, ni bantuan Allah sebenarnya. tak sangka juga aku akan buat keputusan cemtu hehe


COME ON, GROW NOW SMALL LADY !

Teringat masa tengah praktikal di farmasi jugak dulu, PF Yani gelakkan aku sebab aku tak mampu buat keputusan even nak makan apa je pun. Katanya, “budak ni ntah-ntah nanti nak kahwin pun was-was jugak”. Aku sengih je tapi hakikatnya kabus seram menyelubungi hati aku, nak kahwin nanti pun aku tak berani nak buat keputusan sebenarnya.

Sudah-sudahlah tu. Kau kena berani. Nak jadi student berjaya, nak jadi isteri orang, nak jadi sayap kiri sebuah rumah tangga nanti kan. Kalau tak ada keberanian dalam buat keputusan, macam mana masa depan anak-anak?

“kebaikan yang tidak dirancang akan tewas oleh kebatilan yang terancang”

Ayat ni selalu aku dengar masa sekolah dulu. Maksudnya kalau kita tak bersedia, tak plan apa-apa, takda pendirian maka kita terpaksa ikut orang lain yang ‘merancang’ sesuatu untuk kita.

“make your own habit, don’t let the habits making up yourself”

Nasiblah kalau terasa dengan ayat atas ni. Aku dah terasa hihi. Kalau kita tak plan untuk berjaya so kita plan untuk gagal lah kan?

Ok see ya, sedang melatih tubi buat keputusan. Nak berjaya ke tak ehh~















Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...