Sunday, 14 January 2018

Appointment Utrasound

Antara ujian yang mesti dijalankan dalam mengesahkan penyakit tekanan darah tinggi ialah dengan melakukan ujian ultrasound ini. Tentang bagaimana penyakit tekanan darah tinggi ini dijalankan boleh dilihat di sini.

Kenapa ultrasound?

Tujuannya adalah untuk melihat sama ada masalah tekanan darah tinggi yang dialami itu adalah disebabkan oleh masalah penyempitan arteri di buah pinggang. Arteri ni adalah salur darah yang membawa darah beroksigen dari jantung ke buah pinggang. Di buah pinggang, terdapat banyak saluran darah yangmengangkut darah untuk tujuan penapisan sebelum dibuang.

Apabila salurah arteri ini sempit, maka masalah tekanan darah tinggi boleh berlaku. Masalah ini juga dikenali sebagai renal artery stenosis. Stenosis ni penyempitan salur darah lah maksudnya.



Thursday, 7 December 2017

Himpunan Anekdot


Kisah pendek ini aku kongsikan semasa menjalani Latihan Pembantu Pegawai Farmasi (PPF) di Unit Farmasi sebuah klinik kesihatan di utara semenanjung.
Satu hari, aku menerima sekeping slip ubat kronik dari seorang kanak-kanak lelaki berumur dalam lingkungan 10-11 tahun di kaunter farmasi. Apabila ditanya tentang pemilik slip, adik itu pun menjawab bahawa slip yang dibawanya itu milik emaknya.

Aku bertanya di mana emaknya berada sekarang kerana pihak farmasi memerlukan buku hijau (Buku Rekod Pesakit atau Home Based Card) emaknya. Adik itu lantas  meminta izin untuk pergi meminta buku tersebut dari ibunya sebentar. Aku meminta adik tersebut duduk sebentar sementara ubat emaknya disediakan.
Siap. Nombor pesakit dipanggil. Aku berada di kaunter sebelah yang kebetulan kosong pada masa itu.

PPF R : Mak mana adik?
Adik X : Mak dalam kereta. Mak tak boleh jalan, stroke.

Aku lihat slip ubat emaknya. Emaknya berusia dalam lingkungan 40an sudah mengalami stroke. Jujur aku bersimpati.

PPF R : Adik tahu tak mak guna pen warna apa? (dengan harapan adik itu tahu)
Adik X : Warna hijau.
PPF R : Mak ada berapa pen dik?
Adik X : Pen ada satu. Warna hijau. Ubat ada dua, satu hijau satu lagi kuning.
PPF R : Tahu tak mak cucuk berapa unit biasanya?
Adik X : Siang cucuk 18, malam 22
PPF R : Siapa yang cucukkan ni, adik ke?
Adik X : Ya saya

Staf-staf yang hanya mendengar sahaja perbualan dari tadi serentak menoleh melihat adik di kaunter itu. MasyaAllah hebatnya adik ni, semua soalan dijawabnya dengan penuh yakin, tiada satu pun yang salah, berani pula tu cucukkan untuk emaknya. Kecil-kecil sudah pandai uruskan ubat emak sendiri, siap tahu teknik yang betul lagi!

Kagum. Di kala kanak-kanak lain sebayanya keluar bermain bola, minta sahaja hendak dibelikan apa sahaja, dan sebut sahaja mahu makan apa pada ibu masing-masing, tapi adik ini menghabiskan masa menguruskan ibunya yang tidak mampu bergerak bebas seperti biasa lagi.

Semasa mendispen ubat si ibu kepada adik tadi, dia hanya mengangguk tanda mengerti perihal semua ubat-ubatan itu tentang makannya berapa biji, masa mana, siap boleh bezakan lagi tarikh berjumpa doktor dengan tarikh untuk ambil ubat.

Hebat benar budak ni! Sedangkan ada sahaja pesakit yang sudah berulang kali datang mengambil ubat pun masih tidak boleh bezakan antara tarikh mengambil ubat dengan tarikh berjumpa doktor.

Sebelum adik itu beredar, PPF yang lain pula memanggil adik itu,

PPF Y : Adik, belajar rajin-rajin. Besar nanti jadi doktor tau. cucuk pandai dah tu!

Adik hebat itu hanya senyum dan berlalu pergi.

Untungnya si ibu memiliki anak hebat dan bertanggungjawab sepertinya.


2. Santun
Aku adalah seorang pesakit muda yang masih dalam pemerhatian pakar untuk didiagnos masalah tekanan darah tinggi. Aku diminta untuk menjalani ujian electrocardiogram (ECG). Aku tahu tentang prosedur tersebut, tentang tujuan dan bagaimana ia dilakukan. Aku juga dalam bidang sub-perubatan.
Nasib menyebelahi aku. Alhamdulillah aku dapat pembantu pegawai perubatan (MA) perempuan untuk dilakukan ujian pada hari tersebut. Berkat tidak putus berdoa sehingga hari yang dijanjikan barangkali.
Ditutupnya rapat langsir dari semua sudut, dipinta dengan penuh santun bahasanya akan setiap arahan, diminta maaf pula apabila diperlukan untuk membuka aurat badanku. Penuh cermat kerjanya.
Dikongsikan pula serba-sedikit ilmu mengenai masalah aku itu. Dia juga menenangkan aku dengan menyatakan ECG ini cuma ujian sahaja, juga memberi aku harapan supaya aku benar-benar tidak menghidap penyakit kronik itu.
Sangat baik, sangat membantu, sangat ramah.
Aku masih mencari adegan-adegan buruk staf perubatan yang teruk dipropakan media. Tidak pernah ditemui, semenjak kecil aku tidak pernah mendapat layanan buruk, baik semasa ditahan di hospital, atau sebagai pesakit luar sahaja.
Mereka ingin membantu kita, mudahkan kerja mereka.

3. Malu
Usai menukar pakaian kepada gaun pembedahan, aku diminta kembali ke wad untuk bersedia dipanggil menjalani pembedahan appendicitis. Prosedur memerlukan aku untuk menukar tudung kepada topi pembedahan.
Jururawat seraya berkata, “takpa kita tukar kat tempat lain ya. Adik ni malu kot tukar kat sini” dengan senyuman manisnya. Barangkali jelas kelihatan cuak di raut mukaku. Seperti dijanjikan, dia menukar tudung kepada topi pembedahan untukku di ruang yang kurang orang ramai.
Walaupun peristiwa ini sudah 6 tahun berlalu, namun aku masih ingat kebaikannya. Semoga dia terus dirahmati urusan hidupnya.

4. Pakcik yang meracau
Sedang aku leka melayari akaun Facebook semasa menjaga anak sepupuku yang terlantar akibat kemalangan jalan raya, tiba-tiba satu suara garau yang kuat kedengaran memecah kesunyian petang.
“Pahhhh, Pahhhh, Pahhhh”
Suaranya semakin lama semakin kuat. Semua yang berada di situ menoleh ke arahnya. Dua orang jururawat dari kaunter bergegas berjalan menuju ke katil pakcik yang kelihatan awal 60-an itu.
“Pakcik, pakcik tak boleh bising macam ni pakcik. Bising ni, pakcik kacau orang lain”
Pesakit itu diam sebentar.
Tak lama kemudian dia bersuara lagi. Kali ini pula dia menyebut “Allahu Akbar” berulang kali. Pakcik itu sekali lagi didatangi jururawat dan doktor pula. Masih lagi menyuruhnya menenang dan bertanya sekiranya dia berasa sakit.
Suasana kembali sunyi.
Aku palingkan wajahku ke skrin telefon bimbit kembali. Seorang makcik yang menjaga pesakit di katil sebelah datang memberitahuku mengenai pesakit yang meracau sebentar tadi.
Katanya pakcik tersebut terlibat dalam kemalangan semasa hendak ke tempat kerja. Dia mengalami kecederaan pada kebanyakan bahagian tubuhnya. Tiada pula siapa yang menjaganya. Kalau ada pun, hanya isteri dan anaknya yang datang sekali-sekala, itu pun sekejap sahaja. Isterinya bersikap bengis terhadapnya, sering memarahinya yang terlantar itu.
Aku sekadar mengangguk dan bersimpati dengan pesakit tersebut.
Apalah agaknya salah pakcik tersebut hingga dilayan sebegitu rupa. Aku kembali merenung diri. Adakah aku juga akan dilayan sebegitu rupa kelak oleh anak dan suamiku nanti? Lantas aku istighfar dan berazam menjadi dan memberi yang terbaik untuk semua.
Skrin telefon kembali aku tatap. Tiada lagi yang menarik.

5. Uncle Lau Chua
Kalau terdengar nama ini, pasti aku akan terenyum sendirian.
Seorang pesakit yang berusia lewat 50-an aku kira, berbangsa Cina. Dia sangat peramah. Dia akan tegur semua orang yang berada di sekitarnya. Baik kanak-kanak, jururawat, staf-staf lain, hingga aku yang pelajar praktikal pun dia akan tegur. Suaranya pula kuat apabila bersuara. Jika dia mula masuk klinik, sah kami tahu dia datang klinik hari itu.
Uncle Chua jenis yang banyak cakap juga. Satu hari, dia datang untuk mengambil ubat ulangannya. Tapi kali ini dia membawa sejumlah ubat yang tidak habis digunakan milik isterinya untuk dipulangkan. Kali ini nadanya agak sugul.
Dia mengadu soal isterinya yang terikut-ikut dengan hasutan jiran yang menghalangnya memakan ubat hospital. Kata mereka bahaya dan boleh merosakkan buah pinggang.
Tapi Uncle Chua tidak beranggapan begitu. Dia sangat patuh dengan pemakanan ubat darah tinggi dan kencing manis untuk mengawal penyakitnya itu. Namun isteri kesayangannya itu gagal dia nasihatkan. Aku turut kecewa dengan sikap saling menghasut, namun aku lebih sedih melihat Uncle Chua yang tidak ceria seperti selalu.








Sunday, 3 December 2017

Parking medication short notes

these facts i got during my practical session and through discussion also..

Ubat yg diambil 3 kali sehari in bersifat short acting dan boleh guna utk tujuan emergency sbb cpt bertindak.
Eg Nifedipine.

Dlm BegCase di klinik desa, Tab Nifedipine pun diletakkan jugak bersama paracetamol, Vitamin K, Ferrous Fumarate dan Folate.

Nifedipine ni brtindak sbg ubat yg emergency digunakan utk turunkn tekanan darah pesakit yg nak lahirkan bayi.

....

pre eclampsia tu apa?

Risiko utk dpt sawan disebabkan masa pregnant ada mslh spt tekanan darah tinggi, edema, mslh jantung, proteinuria, diabetes etc

saluran darah mengecut bila pressure tggi. So oxygen dll zat penting x leh smpai kat baby. Risiko kematian yg tggi dlm kes kematian bayi bru lahir

.....

Edema tu  bengkak. Ubat tekanan darah tinggi yg diuretics mcm hydrochlorothiazide (HCTZ), moduretic, spironolactone n frusemide tu smua ubat utk buang air lh. Edema ni boleh jdi sbb water retention, air bertakung dlm bdn.

Jd ubat diuretics ni flush air kluar lah. Sbb tu  diuretic digalakkan untuk diambil pagi atau siang.

Kalo dose lebih sekali, maka dos terakhir adlh sblum pkl 6 ptg, kang pesakit x larat berulang ke toilet pulak kan mlm.

....

macam mana dengan proteinurea?

Proteinurea ni brlaku bila ada protein dlm air kencing. Prkara ni x boleh brlaku sbb protein spatutnya diserap kluar dri urine masa kat kidney. Protein ni molekul dia bsr. Jdi bila dia dok dlm urine mksudnya bahaya lah. Sbb boleh rosakkan kidney

Structure nephron tulaa kalau dia rosak akn ada masalah dlm water regulation dlm bdn kita..


Haa kalau minum bnyk tp x boleh nk kencing..itu problem laa tu..itu nama dia water retention..mungkin part kidney yg dkt collecting duct tu x boleh nk absorb air dlm kidney utk nk dibuang so volume air akn tinggi dlm darah..bila volume darah tinggi ity yg boleh mnybbkan hypertension (tekanan darah tinggi)

.....

memang kesan sampingan ubat tekanan darah tinggi kelas ACEi boleh menyebabkan batuk. jadi tak digalakkan untuk mengambilnya pada waktu malam, sebelum makan. contoh Enalapril, Perindopril (Coversyl), Captopril (Capoten) etc.

...

Mcm Cerumol (ubat utk tahi telinga keras) mungkin ada side effect lain. Tp kne aware dgn org yg allergy kacang sebab bahan dalam Cerumol ni berasaskan kacang.

...

Ubat tablet utk semput (Salbutamol) mmg boleh bg rasa ketat dada sebab mmg dia nak bg kesan tu
(merehatkan saluran pernafasan)

....

antibiotic tu ubat nak bunuh kuman. Harga dia mahal kalau nak beli sndiri. Bila bdn kita kena jangkitan atau infection, Dr akan bg antibiotic utk lawan jangkitan tu . dos yg Dr bagi adlh cukup utk matikan kuman tu . kalau ubat x dhabiskn, pastu kuman tu  dtg balik nnti, pastu Dr bg antibiotic tu x jalan dah sbb bdn dah kebal. Then kita prlukn ubat antibiotic lain yg lbih kuat masa tu.

Tu  cerita kerintangan antibiotic kita panggil atau antibiotics resistance. Kalo ada nmpk pamphlet atau streamer ke poster ke psl ni elok baca lah. ada kes yg plg teruk berlaku di Amerika kalau x silap, pesakit yang mati akhirnya sebab 26 jenis antibiotik badan dia dah kebal, so takda dah antibiotik lagi yang sesuai utk dia

...

Kalo ubat antiradang tu  pulak dia kan steroid. Jadi dos kena cukup untuk dptkn kesan tu . Sbb ubt yg sma kalau dos beza, fungsi akn beza.
Contoh ubat aspirin. Sebijik 300mg. Untuk cairkan darah pesakit kolestrol tinggi, drh tggi n kencing manis kena makan 150mg je, separuh bijik. Tpi 300mg atau sebijik tu  bagi utk pesakit utk tujuan tahan sakit. Tp praktis kat msia kita x bg lah sebijik utk tahan sakit. Kita bg ubat lain je

Kalau makan dgn dos yg betul, ikut saranan n arahan Dr xdak mslh punya utk masa dpn. Cumanya dlm kes2 yg jarang berlaku ada je side effect teruk. Sbb org lain mkn x jadi n dia mkn-jadi. Tu side effect lah. X semua org akn dpt. Bila dah jadi kena segera dptkn rwtn.

....

Steroid ni ubat power. Utk tujuan perubatan, Tahan sakit boleh, semput boleh, allergy blh, kena sengat binatang mcm lebah pun boleh. Tp mestilah ats arahan Dr

long term pngambilan ubat steroid ni boleh mnyebabkan tulang rapuh (osteoporosis), moon-face (muka jadi bulat)

....

utk masa dpn bagi pemegang kad alahan ni, bila nak jumpa Dr nanti antara bnda pntg kena bgtau tu mcm kita ada alergik ubat ke, kita pregnant ke, kita penah mkn ubt tu tp rasa x sesuai ke, ada G6PD, dsb. Kalo lupa bgtau Dr, bgtau time smpai kat frmasi pun boleh diorg tlg inform terus ke Dr utk bincang either tukar ubat etc

*makluma lanjut baca sini

pregnant n breast feeding lagiiii penting kena bgtau. Sbb ubat ni utk dia keluar dri badan adlh mlalui air kncing, najis n susu ibu.

Bergantung pada ubat lah. Lain ubat lain cara dia dikumuhkan/dibuang

...

G6PD?

Masalah enzim dlm badan. Semua baby yg lahir akan dibuat ujian tu. Diorg akn test sama ada baby tu g6pd negatif atau positif. Kalo negatif bagus lah. Kalo positif g6pd kena berjaga2 sbb org mcm ni Allah izin sel darah merah dia senang pecah bila berhadapan dgn bahan kimia tertentu. Contohnya mcm ubat gegat, ubat nyamuk (alternatif, ada parent yg bg anak dia guna ubat nyamuk elektrik bru ok), kacang parang xleh makan dll.

Kalo g6pd ni kena bgtau Dr sebab ada senarai ubat yg biasanya x boleh bagi pd psakit tu. Mcm ubat demam paracetamol (panadol), ubat batuk yg air tu diorg x leh ambik nnti jdi lg teruk
Tp ada je pesakit yg x jadi apa2 pun bergantung pd badan. Badan manusia ni berbeza even kembar seiras pun sistem badan x sama

Thursday, 9 November 2017

Tekanan Darah Tinggi

1.      Ujian-ujian yang dilakukan untuk mengesahkan penyakit tekanan darah tinggi ialah
ü  Ujian fungsi thyroid
ü  Ujian electrocardiogram [ECG/EKG]
ü  Ujian air kencing
ü  Ujian ultrasound buah pinggang, ureter, pundi kencing
ü  Ujian ultrasound kidney droppler [fungsi buah pinggang]

2.      Ujian-ujian ini penting dilaksanakan kerana komplikasi atau masalah jangka masa panjang yang datang dari tekanan darah yang tinggi boleh membawa kepada kerosakan
Ø  Jantung
Ø  Mata
Ø  Saraf
Ø  Buah pinggang

3.      Masalah tekanan darah tinggi pula boleh berpunca dari
§  Penyakit buah pinggang dan hati [dikenalpasti melalui ujian air kencing]
§  Paras kolesterol, kalium dan natrium yang tinggi [dikenalpasti melalui ujian darah]
§  Penyakit kencing manis


SMBP

Sebelum semua ujian ni dilakukan, biasanya pesakit diminta untuk melakukan SMBP [self monitoring blood pressure] atau pemantauan bacaan tekanan darah tinggi kendiri supaya trend bacaan tekanan darah tersebut dapat dilihat dan dinilai,

Faktor-faktor lain pula akan diselidik seperti adakah disebabkan tekanan, sejarah keluarga dan sebagainya. Bagi SMBP, ia digalakkan dibuat di rumah menggunakan alat sphygmometer atau sekarang ni boleh didapati dengan harga kurang RM2OO je untuk menghapuskan faktor ‘white coat syndrome’.

White coat syndrome ni macam perasaan cemas yang dialami pesakit apabila berkunjung ke fasiliti kesihatan seperti klinik dan hospital. Apabila SMBP dijalankan di rumah, maka bacaan tekanan darah pesakit dapat dilihat dengan serafam kerana pesakit akan lebih tenang. 

Contohnya pesakit tu tekanan darah dia normal je, tapi dia mengalami white coat syndrome, bila ambil je bacaan tekanan darah di klinik/hospital, tekanan darah dia terus jadi tinggi. Ini masalah bukan jadi kat orang tua je tau, orang muda pun boleh jadi *macam saya hihi*

Tapi bagi yang tak berkemampuan untuk beli alat periksa tekanan darah tu boleh je buat di klinik kesihatan, klinik desa, farmasi komuniti [kedai farmasi] dan sebagainya. Kebanyakan klinik desa dan klinik kesihatan memang menyediakan ruang untuk pesakit kendalikan sendiri atau dengan bantuan staf kesihatan untuk tujuan pemantauan.  

Biasanya doktor akan minta pesakit jalankan SMBP ni selang dua hari atau dua hari sekali, pada waktu yang sama. Adalah DIGALAKKAN pada waktu pagi kerana keadaan badan kita masih segar dan bertenaga. Kalau ambil bacaan tu leaps waktu pejabat ke, waktu tengah hari rambang pans ke, tengah lapar ke memang sengaja nak tengok bacaan tak cantik ler tu hehe.

Rekod bacaan SMBP tu kemudiannya nanti boleh dibawa untuk ditunjukkan pada doktor semasa temujanji atau kali pertama nak jumpa doktor untuk bincang masalah ni. Doktor akan nilai untuk dibawa ke ujian yang seterusnya pula.

Kalau dah dihapuskan faktor stress, genetik, obesity semua tu, dan masih tinggi bacaannya kenalah dibuat ujian-ujian lain untuk tujuan mencari sebab.


UJIAN FUNGSI TIROID

Untuk jalankan ujian ni, darah akan diambil dan dihantar ke makmal untuk dilihat bacaan fungsi tiroid ni.

Tiroid ni sejenis hormone yang sangatt penting Allah jadikan dalam badan manusia. Kuantitinya mestilah mencukupi. Kalau terlebih boleh jadi hyperthyroidism dan kalau kurang dinamakan hypothyroidism.

Okey jom tengok dulu maksud hormone. 

Hormone ialah bahan kimia yang dihasilkan/dirembeskan untuk memberi insyarat melalui cecair badan [mengalir dalam saluran darah]. Ia bertindak sebagai mesej pengatur yang berkomunikasi atau molekul perantara yang dirembeskan dari mana-mana bahagian badan untuk mengawal atur aktiviti sel dalam bahagian tubuh yang lain.

Kelenjar tiroid yang menghasilkan hormone tiroid ini berfungsi dalam mengawal atur metabolism tubuh [T3 & T4] dan mengurangkan kadar kalsium dalam tubuh [Calcitonin].
Metabolism tubuh ni maksudnya proses-proses yang berlaku dalam badan lah. Kalau sekecil-kecil proses dalam tubuh pun ada masalah pasti akan ganggu sistem atau bahagian tubuh yang lain.

Penyakit hiportiroid disebabkan oleh metabolisma badan adalah rendah dan ia berlawanan dengan penyakit hipertiroid. Perbezaannya boleh gugel je sebab banyak. Tapi point pentingnya bila metabolism badan rendah [hipotiroid], gula yang dimakan akan disimpan dalam badan, berlaku peningkatan berat badan kerana gula tidak digunakan dengan efisien/cekap.

Bila keputusan ujian darah untuk mengukur paras tiroid keluar, doktor akan memaklumkan sama ada bacaan tiroid pesakit sama ada berada dalam paras rendah, normal atau tinggi.








Tuesday, 7 November 2017

Beza antara Suppository, Enema, Pessary

Sebelum masuk pasal perbezaan, bagi yang tak tahu, ketiga-tiga nama ni merujuk kepada ubat-ubat  yang semua ni masuk dekat 'bawah' tuuuutt. masuk kat part mana ? jom sambung baca~ bentuknya mostly macam peluru kecuali enema.

SUPPOSITORY @ SUPOSITORI


elehh beza pada ejaan je pun, sebutan sama. senang kata orang kita panggil 'ubat cucuk bontot' hehe. term ni mak-mak yang ada anak kecik biasanya tau lah. ambe yang masih single-mingle ini first time jugak dengar hiks.. ok jom sambung.

kadang-kadang yang expert sikit sebut 'supp' (baca : sap) je ubat ni.

>saluran : dubur

> indikasi/kegunaan :

  • Antipiretik/analgesik: demam/tahan sakit untuk kanak-kanak biasanya. Bekerja dengan menurunkan demam (antipiretik) dan mengurangkan kesakitan. 
  • Buasir : Anusol

>>contoh: Paracetamol (Panadol) 125mg, Paracetamol 250mg,
*mg tu milligram, refer kepada strength (kekuatan) ubat. 125mg tu untuk baby, 250mg untuk kanak-kanak besar sikit dari baby

ubat ni boleh turunkan demam yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak dengan cepat. tapi dia short acting, maksudnya boleh jadi demam tu naik balik lepas tu. kebaikannya sesuai lah untuk baby ke anak kecil ke yang demam panas tengah-tengah malam tu kan, jadi new moms, tahu lah kan lepas ni 😄😄

cakap pasal ubat demam budak, biasanya kita bagi 3 kali sehari iaitu setiap 8 jam. tapi kalau demam tinggi sangat kita boleh bagi maksimum setiap 6 jam iaitu 4 kali sehari. kekerapan maksimum lah tu 4x sehari tau.

disebabkan supp paracetamol ni adalah ubat demam, jika dapat juga ubat demam air (syrup paracetamol), JANGAN DIAMBIL BERSAMA ya! maksudnya katakan pergi klinik tu demam tinggi sangat, jadi diorang dekat emergency klinik tu pun bagi ubat bontot kat anak tu, jangan lah lepas balik bagi minum pulak ubat demam air tu, dua-dua ubat sama, kang overdose pulak. nak bagi, tunggu 6 atau 8 jam lepas tu takpa.

>cara simpan : dalam peti sejuk, contoh tempat letak telur tu. JANGAN LETAK DALAM FREEZER tau! ubat ni macam mentega yang dibekukan material dia. beku nanti ntah laa apa jadi. tapi tak boleh juga letak dekat selain peti sejuk atau tempat panas untuk elakkan ubat cair.

>sebelum guna : keluarkan awal sikit supaya turun sikit sejuknya tu. celupkan ke dalam minyak atau air sikit supaya ubat tu licin, mudah masuk dan tak kesat (sakit wey huhu)

>>ANUSOL SUPP

tu haa panjang punya cerita pasal panadol saja, ni masuk pasal anusol pulak. anusol ni ubat untuk buasir. cara simpan dia sama macam supp yang lain iaitu dalam peti sejuk. saluran ubat mestilah dalam dubur.

>cara guna : sama je macam supp paracetamol tu. cuma tahan sakit sikit lah. kalau tak tahan letak Lignocaine gel (ubat bius setempat, kalau dapat sekali).

Anusol ni bersifat antiseptik, astrigen (mengecutkan), melembutkan/melegakan, mengurangkan ketidakselesaan pada masalah rektal yang berlaku.


kembali pada cerita supp tadi, ada yang bertanya kenapa dubur? kenapa tak bagi je ubat ni utk makan??
ni soalan menarik.
sebabnya dubur / anus / bahagian akhir usus kita tu banyak salur darah. jadi kalau kita bagi ubat demam, jadi dia cepat bertindak. cepat bagi kesan juga.

untuk Anusol tu, memang kesan dia kita nak bagi dekat situ pun. ubat makan pun ada juga, tapi bergantung jugak lah yg buasir tu jenis internal ke external kan..


PESSARY @ PESARI 


ubat ni khusus untuk wanita sahaja ye.

>saluran ubat : vagina

>contoh : Clotrimazole Pessary.

>indikasi : ni untuk jangkitan kulat pada saluran peranakan (vagina).

ia hadir bersama applicator/holder. orang mengandung tak payah guna applicator ni haa, guna tangan bersih je. orang tak mengandung boleh guna ^^

>cara simpan : sama macam supp, dalam peti sejuk dan bukan freezer. keluarkan awal sikit sebelum guna untuk turunkan sikit sejuknya tu.

>do's and dont's :
-guna sebelum tidur malam tu
-pergi toilet dan lepaskan apa yang patut siap-siap
-basuh tangan bersih-bersih sebelum guna
-masukkan ke dalam saluran peranakan sampai rasa uncomfortable bak kata mereka
-tunggu sekejap sebab ubat tu akan cair bila terdedah pada suhu badan manusia, dalam lima ke sepuluh minit
-jangan bangun lagi, terus tidur atau kalau perlu bangun juga tunggu lama sikit baru bangun supaya ubat tak jatuh keluar. ubat kalau dah jatuh tak boleh guna semula dah
-pakai pantyliner sebab akan ada kesan lelehan ubat  untuk tempoh dalam 3 hari. kesan tu macam wax sikit, jadi boleh rosakkan seluar dalam
-dinasihatkan supaya tak bersama dengan suami untuk tempoh 3 hari juga
-kalau sakit masih tak sembuh selepas 3 hari jumpa doktor semula ya~


ENEMA


>saluran : dubur

>indikasi : sembelit

>contoh : Ravin Enema

ubat ni kita bagi pada kanak-kanak boleh, orang dewasa boleh, pesakit bedridden pun boleh (spt stroke, OKU dll)

>cara simpan : pada suhu bilik, jauhkan dari kanak-kanak dan sinaran matahari secara terus

rupa dia macam dalam gambar bawah ni, cecair jernih dalam kantung ubat gitu. ubat ni sekali guna sahaja. tak boleh pakai separuh-separuh ehh, kalau untuk budak kan pakai separuh, baki tu buang ye, jangkitan kuman pulak nanti.[ada je saiz untuk dos budak, so boleh bagi full seketul tu hehe]

>cara guna :
-dalam keadaan bercangkung, masukkan ubat ni sedikit demi sedikit ke dalam dubur. tunggu sekejap dan jangan keluar tandas lagi sebab sekejap lagi akan rasa nak membuang tu.

berdasarkan pengalaman orang yang pernah guna, katanya sakit tu macam mengerang, macam gempa bumi dalam perut, tapi best katanya sebab lega boleh membuang hehe



okay done. any questions sila lontarkan di ruangan komen ye, salah informasi dsb pun boleh betulkan ^^



REFERENS
https://www.medicines.org.uk/emc/medicine/7159


Renal & Pelvic Ultrasound

Tips - Drink a lot of water before the RENAL procedure. Bring your own bottle of water to keep drink while waiting for your turn.

*renal=kidney=buah pinggang=ginjal

Sebenarnya banyak jenis ultrasound yang wujud dalam dunia perubatan moden kini. Namun yang hendak dikongsi pada post ini hanyalah berkaitan buah pinggang dan pelvis sahaja. Lain-lain jenis ultrasound boleh dilihat di sini


Overview -

Scan ultrasound ini tidak menyakitkan, tiada radiasi atau suntikan digunakan untuk pengimejan, semestinya selamat sebab frekuensinya adalah rendah sahaja. sebarang jenis besi, pin dan sebagainya tidak akan mempengaruhi pengimejan ini

Pesakit akan diarahkan untuk baring seperti biasa semasa imbasan dilakukan, dan dikehendaki mengiring apabila diarahkan.

Gel base air yang sejuk akan disapu pada alat pengesan [transducer] untuk melancarkan proses pengimejan. Transducer akan ditekan sedikit dan digerakkan atas abdomen pesakit semasa imbasan dijalankan. Hasil imbasan akan dipamerkan di skrin komputer untuk tujuan penilaian doktor.

Pesakit akan diarahkan untuk menahan nafas untuk beberapa ketika, bernafas dengan biasa dan tenang, menahan kembali nafas dan bernafas seperti biasa. Biasanya tiga set dilaksanakan untuk merakam imej, bergantung kepada keperluan. 


#Fact -

-Untuk scan buah pinggang or renal doppler, urinary bladder [pundi kencing] mestilah penuh, maksudnya pesakit dikehendaki menahan diri dari membuang air kecil..

Sama juga untuk tujuan scan USG KUB [ultrasonography of kidney, ureter, bladder].

-Untuk scan uterus a.k.a rahim pula, urinary bladder perlulah dikosongkan. ini bermakna pesakit dikehendaki membuang air kecil terlebih dahulu sebelum prosedur dijalankan.

Namun ada pendapat yang mengatakan pundi kencing hendaklah sebahagiannya terisi. Maksudnya tidaklah pundi kencing itu kosong kerana pundi kencing yang penuh akan menolak usus keluar dari rongga pelvis, jadi pengimejan uterus dan ovari lebih jelas.
Bladder mestilah dalam keadaan selesa, tidak menyakitkan dan tidak terlalu penuh.


#why?

Sebabnya cuba tengok rajah di bawah, kedudukan uterus adalah di atas bladder.
Bila bladder mengempis selepas buang air kecil, jadi uterus boleh dilihat dengan jelas semasa scan dijalankan.

sebaliknya..

Bladder yang penuh akibat tahan kencing membantu proses scan bladder dijalankan supaya bladder boleh dilihat dengan jelasnya sebab pundi kencing sedang mengembang.

Urinary bladder kita adalah organ berotot yang berupaya mengembang dan mengempis untuk menampung urin sebelum dikeluarkan dari badan ('=



#Mengapa ultrasound renal arteri doppler dijalankan?

Ujian diagnostik ini dijalankan untuk mengenalpasti sebarang sumbatan atau penyempitan arteri renal [a.k.a stenosis atau penyakit renovascular, stenosis adalah penyempitan pada salur arteri renal]. Salur darah aorta di abdomen juga dinilai. Bunyi seperti nadi berdenyut boleh didengari semasa ujian ini dijalankan dan ia adalah normal.

Berkenaan penyakit arteri renal stenosis ini, ia adalah masalah yang berlaku akibat penyempitan salur arteri yang membawa darah dari jantung ke kedua-dua buah pinggang. biasanya masalah ini dihadapi oleh golongan tua yang turut mengalami artherosclerosis (pengerasan arteri). Masalah ini boleh menjadi lebih teruk di mana ia boleh membawa kepada hipertensi (tekanan darah tinggi) dan kecederaan buah pinggang. Petanda ini ditunjukkan oleh perembesan hormon-hormon dari buah pinggang yang membawa kepada peningkatan tekanan darah. Untuk tempoh jangka masa panjang, renal arteri stenosis boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang.


#Mengapa ultrasound renal dijalankan?

Ujian ini dijalankan untuk menilai saiz, bentuk dan mengesan sebarang cyst, tumor, mass seperti fibroid dan sebagainya, batu atau lain-lain sumbatan pada buah pinggang.

Ultrasound ini juga dapat menunjukkan :
-tanda-tanda kecederaan pada buah pinggang
-ketidaknormalan pada buah pinggang sejak lahir
-komplikasi jangkitan saluran kencing (UTI)


#Mengapa ultrasound pelvic dijalankan?

Ultrasound pelvic atau gynaecologic ultrasound khusus untuk wanita. Ia dijalankan untuk memeriksa organ pelvis wanita termasuklah uterus [rahim/womb], endometrium [lapisan paling dalam pada rahim]. serviks dan ovari wanita.

Sebarang masalah berkaitan haid mungkin akan dilakukan ujian ini untuk mengkaji sebarang kemungkinan.

Namun begitu, tidak semua wanita memerlukan imbasan ultrasound ini. Hal ini kerana ultrasound pelvis ini berguna dalam mengkaji masalah-masalah yang berlaku akibat perkara berikut agar para doktor dapat melakukan diagnosis yang tepat iaitu :

  • haid yang banyak dan menyakitkan
  • sakit pada bahagian pelvis termasuklah ketika melakukan persetubuhan
  • ketidaksuburan
  • haid yang tidak tetap dan tidak kerap
  • pendarahan setelah menapaus
Selepas selesai imbasan ini, pesakit dibenarkan melakukan semua aktiviti seperti biasa.

REFERENS
http://www.mtnkidney.com/index.cfm/do/Patients.usInstructions
http://patofisiologi.blogspot.my/2014/09/pemeriksaan-radiologis-penyakit-ginjal.html
http://www.advancedwomensimaging.com.au/pelvic-gynaecologic-ultrasound
http://kidshealth.org/en/parents/renal-ultrasound.html
https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/renal-artery-stenosis-symptoms-treatments#1

Saturday, 4 November 2017

Tak Semua Usaha Akan Dihargai


I’m done my part, the best one that I can do.

Tak kisahlah sekiranya orang lain masih lihat kerja kita sebagai satu bentuk kelemahan. Tapi pernahkan orang lain itu melihatnya dengan pandangan penghargaan kerana kegigihan seseorang itu. Tak semua orang mampu.  Pernahkah kalian terfikir mengapa wujudnya terma “buat sekadar yang mampu”? pada aku, semua orang ada limitasi tersendiri.

Semua orang cuba melakukan perkara yang diarahkan sama ada secara paksa atau rela, sesetengahnya ingin cuba melakukan yang terbaik, sesetengah dari itu pula akan melakukan sehingga maksima mungkin sehingga diri sendiri yang jatuh sakit, tumbang dan tewas. Tetapi yang lain tidak, tahukah mengapa? Sebab kemampuan dan limitasi manusia berbeza lah.Ada orang melakukan sesuatu pekerjaan itu sehingga diri sendiri cedera dek ingin melakukan yang terbaik.

Tapi dihargaikah usahanya itu? Jawapannya ada pada diri masing-masing.

Aku acapkali tertarik pada kebanyakan filem Jepun yang ditonton. Apabila seseorang itu telah berusaha tetapi gagal, pasti yang lainnya akan katakan bahawa dia telah melakukan yang terbaik, cukuplah!


Passion

Ini adalah satu perkara yang akan menunjukkan perbezaan terhadap sekumpulan manusia yang melakukan pekerjaan yang sama untuk tempoh yang lama. ada orang mampu belajar lama, faham dan boleh melakukan sesuatu kerja itu dengan cekap sekali, malah perform pula keputusan dia. Tapi disebabkan tiada passion itu, maka dia akan berasa bosan dan hasilnya akan dilihat pada attitude buruknya.

Tapi sedarkah bahawa ada orang yang tidak mampu belajar lama, minat dengan ilmu berkenaan, tidak pandai, perlu diulang beberapa kali sebelum boleh buat, itu tak termasuk cekap lagi. Tapi disebabkan dia ada passion dalam bidang yang diceburinya itu, kesungguhannya dapat dilihat. Dia sanggup berusaha keras dan berkorban apa yang ada padanya untuk terus berada dalam bidang itu.

Aku selalu berasa cemburu dengan orang pada golongan yang pertama itu atas kelebihan-kelebihan yang dimiliki mereka itu. Akhirnya aku lupa bahawa usaha kerasku untuk berada dalam bidang yang sedang aku ceburi ini sedang dinilai untuk balasan di ‘sana’ kelak.

Semasa sekolah menengah dahulu, guru selalu berpesan bahawa usaha keras yang kita lakukan itulah yang akan membantu kita ke syurga kerana dilipatgandakan usaha kita. Berbanding orang yang pandai, mereka tidak perlu berusaha keras untuk memahami perkara yang sama dipelajari semua orang.

Kalau lah hidup ini umpama permainan gadjet Subway Surf, setiap pahala yang dilakukan dijelmakan dalam bentuk syiling emas itu, pastinya semua orang akan berusaha melakukan yang terbaik sebanyak mungkin.

Tapi manusia ini diciptakan dengan sifat pelupa. Jadi iman lah yang membantu supaya kita terus teguh dalam landasan yang benar.


PASSION SCENES

Scene Number # 1

Aku tiba di lokasi usrah. Kak Mai atau biasa dengan panggilan Along bagitahu aku yang dia ke klinik kesihatan baru-baru ni kerana buasir. Dia lantas bererita tentang apa yang berlaku serta ubat yang diperolehnya. Katanya ahli keluarga dia yang lain juga ada masalah buasir ni.




Aku pun bercerita tentang bagaimana buasir boleh berlaku berdasarkan kefahaman aku. Along pun sangatlah ralit mendengar penjelasan aku. Orang lain pun tengok je aku bercerita.

Dalam perjalanan pulang, aku dan Along menaiki kereta yang sama. Katanya, “Nani, kami Nampak hampa ada passion lah dalam bidang hampa ni. Hampa boleh explain one-by-one macam tadi Jadi pharmacist berjaya tau!”

Alhamdulillah. Ni semua dari Allah, ameen.

Scene Number #2

Semasa dalam perjalanan menuju ke Seminar Pengucapan Awam bulan lepas, Makcik Khairiah yang juga sahabat baik ibuku memberitahu aku bahawa dia baru sahaja didiagnos penyakit kencing manis. Kini dia perlu mengambil ubat tablet Metformin siang dan malam.

Dia bertanya kepadaku adakah penyakitnya itu akan sembuh. Maka aku pun bercerita tentang kencing manis atau diabetes bahawa ia adalah penyakit kronik yang tidak boleh disembuhkan tetapi hanya dapat dikawal bagi mengelakkan serangan stroke. Ia juga adalah sejenis penyakit degenerative (akan merosot dari masa ke masa).

Setibanya ke destinasi, kawan baikku mengatakan bahawa dia mengagumi kemampuan aku memberi penerangan mengenai penyakit itu. Aku hanya tersenyum syukur.

Alhamdulillah. ini semua dari Allah.

to tie up,

guys, be appreciative! orang yang tak mampu berterima kasih pada Allah takkan tahu berterima kasih kepada manusia. jangan sehingga Allah tutup hati kita dari mensyukuri nikmat-nikmat-Nya. 



Dilindungi

Dalam menuju kematangan, banyak perkara perlu dipelajari sendiri tanpa diajar. Ada yang mudah, ada yang susah. Ada yang ada formula untuk me...